38

53K 2.3K 38
                                    

                      Nek pah duduk di surau, tiada tempat lain yang dia boleh menumpang selain di sini.

Nak balik kampung? Mana ada duit. Makanan dan minuman pun hanya berharap pada melur yang membeli makanan dari luar.

"Assalamualaikum nek pah! Saya ada bawakan mee goreng mamak, nanti nek pah makan lah ye."

Melur menyerahkan bungkusan mee goreng pada nek pah, tersenyum nek pah mengambilnya. Baik betul kawan si naura ni, walaupun kuat gosip.

"terima kasih, melur. Mak cik tak tahu nak balas jasa kamu macam mana? Kadang-kadang rasa macam menyusahkan orang saja."keluh nek pah.

Dia menunduk, melur menggeleng. Tidak tepat apa yang nek pah jangkakan.

"itu cuma makanan aje nek pah, setakat dua tiga ringgit tak jadi masalah pun. Tapi, saya memang tak boleh nak bagi tempat tinggal. Kalau nak bawa nek pah tinggal dengan saya pun tak boleh sebab family saya ramai, nanti nek pah nak tidur dekat mana kan?"

"takpa. Ini pun dah cukup untuk nek pah."
Ujar nek pah.

Melur melabuh punggung di sebelah nek pah, dia memandang nek pah yang sedang membelek makanan.

"kenapa angah jadi macam tu ye? Baru tadi dia datang office nak cari aryan. Mak cik tau tak si angah tu saja nak pikat suami naura? Saya geram betullah dengan perangai dia!"

"semua sebab harta.. "

Melur mengerut kening. Dia tidak faham.

"harta apa nek pah?"

" Wasiat yang kononnya suruh naura kawin dengan faris sebenarnya tak wujud, Tapi yang wujud adalah.. Sesiapa yang kawin dengan naura atau yang bergelar sebagai suami sah naura akan mendapat ke semua harta pusaka yang naura pegang. Dan itu yang jadi rebutan sekarang." ujar nek pah.

"maksud nek pah, aryan nak ambil harta naura ke?"

"bukan. Nek pah tak rasa aryan tahu tentang wasiat tu, dia kawin ikhlas dengan naura. Dan nek pah pasti dia berhak dapat semua tu daripada faris. Diaorang cuma nak hancurkan naura atas sebab harta tu je."

"ish, bahaya tu nek pah kalau tak bagitahu suami dia. Yela, manalah tahu kalau tiba-tiba diaorang buat something yang tak elok kan susah?"

"nek pah tak mampu, melur." keluhnya.

"kenapa pulak tak mampu? Nek pah kan nenek naura? Nek pah berhak halang apa yang angah buat sekarang ni." degusnya.

Memang betul apa yang melur kata, tapi tidak sesenang yang di jangkakan. Nak dekat setapak dengan aryan pun dah kena halau.

"nek pah tak tahu naura dekat mana sekarang, nek pah nak jumpa dia untuk bagitahu semua ni. Kalau suami dia tak boleh dengar penjelasan nek pah, Mungkin naura faham." ujarnya.

"saya tahu mana naura tinggal. Mak cik nak alamat dia ke?" soal melur.

Nek pah mengangguk, melur mengeluarkan pen dan kertas daripada beg sandangnya, dia menulis alamat rumah aryan dan nombor talefon rumah lalu di serahkan pada nek pah.

"kalau mak cik nak jumpa dia, pastikan aryan takda. Kalau tidak, memang mak cik kena halau macam haritu."

"terima kasih, melur."

"sama-sama. Baiklah, saya nak kena masuk kerja semula. Time lunch dah tamat. Saya pergi dulu, assalamualaikum."

Melur menyalam tangan nek pah sebelum bangun beredar daripada surau.


                              KRING! KRING!
Talefon rumah berdering, kuat. Pantas naura bergegas turun daripada anak tangga, mengangkat panggilan itu.

"assalamualaikum, cari siapa?" soal naura.

Senyap. Tiada suara, selain terdengar bunyi bising.

"hello?"

"naura.. "

Naura tergamam. Dia kenal suara itu, nek pah. Naura memandang kiri dan kanan, tiada sesiapa.

Dia cuba menahan sebak, rindunya pada nenek.

"nek.. Nek pah?"

"kamu sihat ke, naura? Nek pah rindu kamu. Dah lama kamu menghilang daripada nek pah, maafkan nek pah sayang. Nek pah tak patut paksa kamu kawin dengan faris.. "
                           
"tak.. Takpa nek pah. Naura tak marahkan nek pah. Macam mana nek pah dapat nombor talefon rumah ni?"

"melur yang bagi, naura. Naura janganlah marah dia, dia tak salah."

Naura menggeleng, kenapa pula dia harus marah? Dia bukan aryan.

"Naura.. "

"ye nek pah?"

"kamu jangan balik sini lagi ye. Nek pah merayu pada kamu, Jangan jumpa angah lagi."

Naura mengerut kening. Dia menunduk kesal, pasti mereka tidak mahu berjumpa dengan aku kerana aku dah malukan mereka.

"nek pah tolong maafkan naura, jangan buang naura daripada keluarga. Naura sayang family, naura takda niat nak burukkan nama keluarga kita.. " sebak naura, menangis.

"bukan macam tu, naura. Nek lah tak pernah buang naura daripada keluarga ataupun benci naura. Tapi ini untuk kebaikan naura, dan kebahagiaan naura bersama suami."

"tapi kenapa nek pah? Kenapa sampai naura tak boleh jumpa nek pah? Angah? Takda benda lain selain nek pah bencikan naura, betul kan?"

"bukan. Nek pah tak nak kamu kecewa. Tolong faham nek pah, jaga suami kamu tu baik-baik. Jangan derhaka dengan suami,  apa yang aryan buat pada naura..naura maafkanlah dia. Nek pah pasti, dia suami yang baik untuk naura."

"tapi nek pah.. "

"Jangan pernah lawan apa yang dia pinta ye naura. Mungkin ada sebab kenapa aryan buat macam tu. Nek pah mungkin dah dapat jawapannya, tapi kamu belum. Nek pah cuma mampu doakan kamu bahagia."

"nek pah jangan tinggalkan naura please..  Naura perlukan nek pah. Nek pah carilah naura.. " rayu naura.

Nek pah menggeleng, dia pasti. Jalan yang terbaik adalah jauh daripada naura supaya angah tidak dapat kesan.

"nek pah sayang kamu naura.".

Terus panggilan terputus. Naura mengemam bibirnya, air mata menitis perlahan.

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now