61

46.3K 1.9K 119
                                    

               
                             Nek pah baru sahaja usai menunaikan solat isyak, dia duduk bersimpuh di atas sajadah, dan kedua belah tapak tangannya di tadah untuk berdoa.

"ya Allah, kau ampunkan lah dosa-dosa yang cucu aku telah lakukan pada naura. Kau lindungilah hubungan mereka daripada segala kejahatan yang ada ya Allah. Biarpun, dia telah membenciku namun aku tidak pernah membencinya malah tidak langsung pernah membuangnya jauh daripada keluarga.."

Terkumat-kamit mulutnya membaca doa, dan akhirnya dia mengaminkan segala yang di bacanya. Moga doanya di terima Allah S.W.T

"Naura, nek pah tak kesah kalau kamu nak bencikan nek pah sebab itu yang suami kamu suka naura. Tapi nek pah takkan pernah benci kamu. Nek pah harap sangat kamu jaga hati aryan dengan baik, walau macam mana sekalipun perangai dia." ujar nek pah seorang diri.

"nek pah cuma mampu mengharapkan, yang kamu dan aryan dapat terima nek pah untuk jadi sebahagian keluarga kamu nanti. Nek pah tak sanggup nak bersubahat dengan angah dan kak long lagi."




                             kini mereka berada di sebuah cafe. Angah dan faris memandang melur yang tidak habis mengacau airnya.

"Kau okay tak ni sebenarnya?" soal angah.

Melur menggeleng, sudu diletakkan di atas meja. Dia memandang angah dan faris yang duduk bersebelahan.

"betul ke aryan tu yang rogol aku? Aku macam was-was nak percaya korang selepas cemito cakap dia ada bukti. Kalau aku tahu ini semua kerja korang, automatik aku buat report tau."

"wow! Rilex, girl. Kalau kami yang rancang benda tu, takkan kami berani jumpa kau? Bukan ke kalau orang tu dah buat silap dia akan cuba mengelak?" ujar angah.

Melur terdiam. Betul juga apa yang angah kata, kalau dah buat salah takkan berani berdepan pula kan?
Mereka tersenyum sinis, senang betul melur makan umpan.

"Habis? Aku nak buat apa Sekarang? Kalau aku report lagi sekali pun dah tak guna." keluhnya.

Faris menepuk meja, dia ada satu cadangan. Tersentak melur di buatnya tadi.

"aku rasa, baik kau minta aryan bertanggung jawab atas apa yang dia dah buat dekat kau." cadangnya.

Melur mengerut kening, tidak faham apa yang cuba faris sampaikan.

"maksud kau?"

"maksud aku, kau suruh aryan kawin dengan kau." ujar faris.

Angah mengangguk setuju, melur tenganga. Sah-sah kena tendang dengan aryan!

"kau ingat aku ni perampas suami orang?"

"kita bukan nak rampas, melur. Kau cuba nak hak kau. Hak seorang wanita dimana kau di rogol oleh aryan. So? Tak salah kalau kau nak minta dia bertanggungjawab. Bukan salah kau, salah aryan!" degus angah.

"kalau aku kawin dengan dia, naura nak campak mana? Aku malaslah nak jadi perosak hubungan diaorang."

"kau tak payah fikir pasal naura lah, melur.  Dia pun tak fikir pasal kau so sia-sia aje kau ambil kesah pasal perempuan tu. Naura tu lagi pentingkan suami dia daripada kau tahu tak?"

"tapi.."

"melur, dia sanggup bela aryan yang dah rogol kau tau? Takkan kau tak sakit hati? Please, melur jangan jadi baik sangat dengan orang kalau tak kau kena pijak macam tu je."

Melur mendiam. Faris memandang angah dengan senyuman jahat, angah mengenyitkan sebelah matanya tanda dia berjaya membuatkan melur mempercayainya.

"kalau aryan tak nak kawin dengan aku? Macam mana?" soal melur.

Faris dah angah saling berpandangan, Anak ikan dah makan umpan.

"i know what to do, melur. Come hear, aku bagitau kau."

Melur mendekatkan sedikit jarak mereka untuk mendengar plan yang angah ingin ceritakan.

Apa pula kali ni yang bakal melur lakukan?

My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATEWhere stories live. Discover now