BAB 55

6.7K 98 1
                                    

"Assalamualaikum abang. Ada apa nak jumpa Dhia ni? Selalu kalau datang sini mesti singgah rumah."Dhia membetulkan duduknya menghadap ke arah Hakimi. Hairan benar dia dengan permintaan Hakimi melalui perbualan telefon dengannya malam tadi.

"Waalaikumussalam. Saja je. Tak kan lah abang nak bawa Elina pergi rumah umi pulak. Lagi pun memang Dhia kerja kat sini kan Senang jumpa kat sini je."balas Hakimi pula.

"So, ada apa abang nak jumpa Dhia? Macam penting je."Dhia bertanya lagi.

"Sebenarnya..hmmm.."kata-katanya terhenti seketika bila melihat kelibat Daniel sedang berjalan ke arah mereka.

"Hai Dhia, sebenarnya abang yang nak jumpa Dhia."Daniel bersuara setelah sampai di tepi tempat Dhia duduk. Dhia sungguh terkejut dengan kehadiran insan yang dirinduinya itu. Entah mengapa, badannya terus laju bangun untuk meninggalkan mereka berdua.

"Nanti dulu Dhia, bagi abang cakap dulu."lengan Dhia diraih kemas kali ini. Dia tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan Syafiq kepadanya. Matanya dikalih ke arah pantai. Dhia tidak mahu menangis lagi di hadapan lelaki itu.

"Dhia, abang harap Dhia bincang dan selesaikan dengan cara baik. Abang tunggu dekat pondok sana tu,"Hakimi tidak berniat untuk mendengar perbualan mereka. Tapi, dia akan pastikan Dhia selamat sahaja sekarang ini. Dia dapat rasa yang Daniel betul-betul masih sayangkan Dhia.

"Ehem..pertama sekali, abang nak minta maaf dekat Dhia sebab dah tuduh Dhia bukan-bukan semalam. And.."belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, tiba-tiba suara Dhia mencelah.

"Bukan selama ni memang dah tuduh saya macam-macam ke? Anak saya pun terkena tempias tuduhan awak tu. Saya je yang dia ada sekarang ini. Kalau lah dia faham dan dengar tohmahan awak pada dia hari ini, awak ingat dia nak panggil awak ayah ke?"jelingan tajam diberikan kepada Daniel kali ini. Dhia pun tidak dapat menahan perasaan marahnya kali ini.

"Hmmm, abang tahu abang dah banyak lukakan hati Dhia. Abang menyesal sebab terlepas cakap macam tu. Boleh kita perbaiki semula rumahtangga kita? Boleh Dhia bagi abang peluang untuk menebus semua kesalahan abang pada Dhia?"Daniel terus-menerus memujuk Dhia. Memang benar apa yang dikata oleh Dhia. Memang selama ini dia mengabaikan Dhia dan anaknya.

"Saya dah tak nak dengar la apa yang awak nak cakap. Yang saya tahu awak tolonglah lepaskan saya. Saya dah tak mampu untuk jadi isteri awak. Berilah peluang untuk saya bahagia dengan orang yang betul-betul sayang dan hargai saya."Dhia cuba berdalih kerana dia ingin melihat sejauh mana keikhlasan hati Daniel untuk memujuknya kembali.

"No, kali ni saya tak akan lepaskan awak. Saya sayangkan awak Dhia. Dari dulu hingga ke saat ini."air mata lelakinya jatuh juga waktu ini. Dhia hanya tergamam melihat Daniel mengesat sedikit air mata lelakinya.

Lama mereka terdiam melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba, Dania muncul tanpa disangka Daniel.

"Sayang, you buat apa kat sini? Lama tau I cari you. Dah la malam semalam you tak ada. Malam ni kita ada aktiviti BBQ tau. You jangan lupa pula."sengaja Dania menunjukkan adegan manjanya dengan menyandarkan kepalanya di bahu Daniel dan merangkul lengan sasa lelaki itu.

"Dania, you nampak tak I tengah berborak dengan wife I. Can you please leave us alone?"Daniel menolak Dania perlahan supaya meleraikan pelukan di lengannya.

"Opss sorry..B, you nak discuss apa lagi dengan wife you ni? Bukan kita nak kahwin dah ke?"Dania sekali lagi cuba untuk menyakitkan hati Dhia. Dia takut sebenarnya jika Daniel serius untuk memulihkan hubungan mereka.

"So, Dania kan? Boleh tolong pergi dari sini kejap tak? I dah lama tak jumpa husband I ni. Kasi la chance dekat I pula."giliran Dhia pula membalas sindiran Dania. Lengan Daniel sudah dipeluk manja dan ditarik ke arahnya.

Daniel bagaikan terpukau dengan tindakan drastik Dhia. Bukankah Dhia benar-benar marahkan dia sebentar tadi. Namun, dia hanya merelakan sahaja perbuatan Dhia dan menariknya untuk meninggalkan Dania di situ. Dania sudah tidak dapat menahan marahnya namun dia tidak berani untuk bertindak melampaui batas bila di hadapan Daniel.

'Tak apa Dhia. Kau tunggu lah nasib kau nanti. Aku akan pastikan kau tak akan bahagia.'Dania membebel sendirian sebelum berlalu ke biliknya.

SELAMANYA MENCINTAIMUOn viuen les histories. Descobreix ara