BAB 31

5.4K 108 1
                                    

Sudah sebulan Daniel terlantar koma di hospital. Puan Rohana dan ahli keluarga yang lain tidak putus-putus memanjatkan doa supaya anaknya cepat sedar. Tiada lagi linangan air matanya setakat hari ini. 

"Hello, abang Syafiq. Boleh tolong Dhia tak?"Syafiq hairan dengan suara Dhia yang sedikit serak.

"Tolong apa Dhia?"

"Daniel dekat hospital mana ya? Dhia nak lawat dia."tenang sahaja tutur katanya kali ni.

Seperti yang dijanjikan, Syafiq mengambil Dhia di stesen bas. Dhia berkeras untuk menaiki bas walaupun sudah dihalang Syafiq. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain lagi. Kali ini, Farish tidak dibawanya. Syafiq hanya akur permintaan Dhia.

"Jom, kita dah sampai hospital ni."kereta diparkir berdekatan pintu masuk hospital. Segera Dhia membuka seatbelt dan mengekori Syafiq menuju ke lif. Daniel masih lagi dalam pengawasan doktor dan dijaga rapi di wad ICU.

Sesampainya di depan bilik ICU, mama Daniel sedang duduk di kerusi yang telah disediakan. Ternyata Puan Rohana terkejut dengan kehadiran Dhia dan Syafiq.

"Eh, kau buat apa kat sini ha? Kau dah lari dengan jantan ni dan tinggalkan anak aku begitu, berani kau muncul depan muka aku ni?"marah Puan Rohana mengingatkan apa yang Daniel pernah beritahunya dulu.

"Maafkan saya Puan. Apa yang puan dengar tu semuanya fitnah. Saya tak pernah ada apa-apa hubungan dengan Syafiq."jelas Dhia sedikit menahan sebak. Mengapa mama Daniel begitu membenci dirinya.

"Dah, kau jangan nak berlakon ya. Kenapa la Daniel tak nak ceraikan kau aje. Nak simpan lagi pon bukan boleh buat dia bahagia. Menderita lagi ada lah."bebelnya lagi. Dhia dan Syafiq sudah tidak mahu berperang lagi memandangkan mereka sekarang berada di hospital.

"Puan, saya nak masuk dalam ziarah Daniel sekejap boleh?"anak mata Puan Rohana dikerling sekejap. 

"Ish, kalau ikutkan hati aku ni, memang aku tak izinkan kau tengok anak aku tahu? Aku izinkan untuk kali ni saja. Ini pertama dan terakhir kau boleh jenguk Daniel,"ujar Puan Rohana lagi. Dhia hanya mengangguk dan mengambil pakaian khas sebelum masuk ke bilik itu.

Sayu hati Dhia saat terpandangkan wajah kesayangannya yang sedang terlantar itu. Ingin dia menangis tapi pantas dia menyekanya. Wayar di badan Daniel begitu banyak dan kepala yang dibalut dilihat ada tompokan kuning. Mungkin ubat luka yang doktor letak sebelum membalut luka di kepala Daniel.

"Abang, Assalamualaikum. Maaf ya Dhia datang ni. Tapi, ini mungkin kali pertama dan terakhir Dhia tengok abang. Kesian abang. Dhia harap abang kuat ya melawan sakit ini."sesekali tangannya memegang telapak tangan Daniel. Diusap muka Daniel perlahan. Dhia hanya menahan sebak dan lantas mengucup pipi Daniel.

"Abang, Dhia dah bersalin tapi Dhia tak bawa Farish datang sini. Dhia tak nak bawa dia jalan jauh, nanti dia sakit. Anak Dhia comel tau abang, sama muka macam abang,"laju Dhia bercerita walaupun Daniel tidak memberikan respon apa-apa. Dhia menunjukkan gambar Farish yang ada di telefon bimbit miliknya.

"Dhia balik dulu ya abang. Abang rehat la dulu. Inshaa Allah kalau jodoh kita panjang, kita berjumpa lagi."berat langkah kakinya ingin meninggalkan Daniel namun apakan daya, Dhia terpaksa akur dengan permintaan Puan Rohana.




SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now