BAB 38

5.3K 100 2
                                    

"Dhia, jom kita keluar bawa Farish nak? Kita pergi QCM" kak Intan mengajak Dhia ke sana untuk mencuci mata. Esok mereka akan pulang ke chalet pula.

"Kat mana tu kak? Macam pelik je nama tempat tu," kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Haha, Quill City Mall la, kat area sini je." Balas Intan sambil mendukung Farish. Farish hanya melentokkan kepalanya di bahu Intan.

"Anak aunty nak jalan-jalan tak? Jom ikut aunty and mummy jalan-jalan ya," Intan bercakap-cakap dengan Farish.

Farish pula hanya senyum menampakkan 4 batang giginya yang sudah tumbuh seperti faham apa yang dituturkan kak Intan. Selesai bersarapan, mereka bersiap.

                                                                                       *****

"Bik, saya dengan Bella nak keluar ni. Nak ke airport. Nanti tolong kejutkan Daniel ya."arah Puan Rohana sebelum keluar rumah. Dia mahu menjemput suaminya yang baru pulang dari outstation.

Tok Tok Tok!

Pintu rumah Daniel diketuk berkali-kali. Tangannya yang putih sudah bertukar warna merah. 'Ish mana semua orang ni? Tak kan tidur lagi? Dah pukul berapa ni' gumam Dania di depan pintu. Beberapa saat kemudian, kedengaran pintu rumah dikuak dari dalam.

"Eh, cik Dania. Maaf ya lambat buka. Saya dekat dapur tadi." terang bibik Yah. Kecut perutnya melihat wajah Dania yang sudah merah menahan marah. Dia memberi laluan kepada Dania untuk masuk ke dalam.

"Huh, Daniel mana? Sunyi je? Majikan you mana?"bertalu-talu soalan diajukan Dania sambil memerhati keadaan sekeliling.

"Err,,puan dengan Bella dah ke airport. Nak ambil tuan. Daniel masih di biliknya."belum sempat menghabiskan ayatnya, Dania sudah mendaki anak tangga untuk ke bilik Daniel. Bibiknya hanya mampu menggeleng melihat perlakuan berani Dania. Dilihat Dania sudah membuka pintu bilik Daniel.

Dania tidak menghiraukan bibik Yah yang sudah memerhatinya sejak tadi. Segera dia memboloskan dirinya ke dalam bilik Daniel. Kakinya diatur perlahan mendekati katil Daniel. Dengkuran halus Daniel mengusik jiwanya. 'Alangkah bagusnya jika dia menjadi isteri Daniel saat ini.'luahnya lagi.

"Ermmm.."Daniel bergerak sedikit tatkala merasakan pipinya dielus seseorang. Khayalannya hanya pada Dhia sekarang ini. Tanpa berlengah, tubuh di depannya dipeluk erat. Dania terkejut dengan perlakuan Daniel. Dia hanya membiarkan sahaja untuk beberapa ketika.

"I love you Dhia. I miss you"ucap Daniel perlahan sebelum mulutnya ingin mencium pipi Dania yang disangkakan Dhia. Dania hampa apabila mendengar luahan hati Daniel. Segera dia menekup mulut Daniel yang belum sempat mendarat ke pipinya.

Daniel tersedar dari khayalannya dan memandang Dania tanpa berkelip. Segera dia melepaskan pelukan dari tubuh Dania. Merah mukanya menahan malu dan marah kepada Dania.

"You! buat apa kat bilik I ni? Macam mana you boleh masuk? Mama mana?"seperti peluru pistol pertanyaannya. Dikemaskan sedikit rambutnya yang serabai itu. Dania hanya tersenyum sinis melihat wajah polos Daniel itu. 'Kau masih belum boleh lupakan Dhia rupanya. Tak apa. This is just a beginning Daniel. I akan rampas you dari dia juga' Dania sekadar bermonolog.

"Mama you tak ada, pergi airport. I datang sini nak ajak you keluar. Bosan la. You teman I shopping ya?" Dania memujuk rayu Daniel. Ya, dia lupa pula papanya outstation.

"Jomlah baby,,,"rengek Dania lagi.

"Ha okay okay. You tunggu luar dulu. I bersiap sekejap."pintunya kali ini dikunci. 'Dia dengar ke apa aku cakap tadi ha?''Hmm, abang rindu Dhia sangat-sangat.'hatinya berteka teki dengan perbuatannya ke atas Dania tadi. Akhirnya dia mengeluh sendirian sebelum bersiap.

SELAMANYA MENCINTAIMUΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα