BAB 42

5.3K 91 0
                                    

"Sayang, ini kertas kerja untuk Family Day tu nanti. You semak ya"Dania meletakkan kertas kerja tersebut di atas meja Daniel. Daniel kelihatan biasa sahaja hari ni. Dia hanya memandang Dania yang sudah berjalan ke arahnya.

"You, nanti boleh la kita dating kat pantai kan?"Dania begitu teruja memikirkan rancangannya untuk mencuri hati Daniel. Walau berkali-kali dia terpaksa mencubanya, dia sanggup asalkan Daniel menjadi miliknya.

"Hmm, anything for you Dania. Berapa bilik you book?"balas Daniel pula.

"Urm, lebih kurang 10 bilik. Ada 3 orang staff kita yang tak dapat join pulak. Ada yang kongsi bilik."Daniel mengangguk sahaja.

"And I sebilik dengan you! Yeay!!" jelasnya sambil menepuk tangan seperti budak kecil mendapat gula-gula. Membuntang mata Daniel dek kerana kejutan Dania sebentar tadi.

"Hahaha,,comel la you buat muka macam tu. Takkan you tak nak duduk sebilik dengan I baby,"sengaja kepalanya dilentokkan ke bahu Daniel. Daniel tidak menolak malah masih memegang erat pinggang Dania.

"You biar betul Dania. Apa nanti staff lain cakap?"rambut panjang Dania pula diciumnya. Sungguh dia tidak tahan dengan godaan Dania. Dania seperti biasa hanya merelakan dirinya disentuh Daniel.

"Urm tak ada lah baby. Bella pon ada sekali. You janganlah risau ya."lega hatinya bila nama adiknya disebut. Terlupa pula dia yang adiknya ada sekali bekerja dengannya.

"Sayang, malam ni teman I pergi club nak?"pelawa Daniel. Lama dia tak merehatkan dirinya di sana. Masa dimarahi mamanya, dia berhenti sekejap la. Tapi, disebabkan Dhia tempoh hari, dia jadi semakin tertekan dengan dirinya. Baginya, Dhia sedang mencabar egonya dengan pura-pura tidak kenal akan dirinya malah boleh bermesra dengan Zarul pula tempoh hari.

"Nak, malam ni you pick up I ya!"balas Dania. Daniel hanya mengangguk. 'Cupp' Satu ciuman tiba-tiba hinggap di pipinya. Dania telah menciumnya sebelum sempat berlari ke pintu. Daniel hanya menggeleng melihat gelagat Dania.

                                                                                               *****

"Dhia, hujung bulan ni kita ada customer nak buat Family Day tau. Diorang ambil full package yang memang kita sediakan lah. Nanti akak nak minta tolong Dhia and team uruskan ya?" kak Intan menyerahkan tentatif program kepada Dhia.

Dhia mengambilnya dan meneliti tentatif tersebut. Mukanya berkerut melihat program pada hari terakhir.

'Sesi peragaan(hadiah disediakan oleh pihak chalet).' Bila masa pula pakej ni ada program ni?

"Kak, dalam pakej kita mana ada sesi peragaan. Hadiah kita kena sediakan pula tu."Dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"A'ah. Diorang tambah tu. Tapi, Dhia jangan risau, akak dah tempah dah hadiah tu."Dhia hanya mengangguk. Dia akan mengumpulkan pasukannya untuk membahagikan tugas.

"Ow ok. Eh kak,Dhia balik dulu lah. Dah pukul 5:30 ni. Esok Dhia and the team akan mulakan pembahagian tugas ya."terang Dhia sebelum meninggalkan Intan. Dia akan pastikan pelanggan-pelangannya berpuas hati dengan service dan hasil kerja pekerja-pekerja di chalet itu.

"Ha baiklah. Hati-hati bawa motor tu. Jangan laju-laju. Ciumkan Farish untuk akak." banyak sungguh nasihat kak Intan untuk dirinya. 'Sayang juga kak Intan kat aku.'perasan betul la😁

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now