BAB 23

5.4K 119 0
                                    

"Sakit ma,arghhh!!"jerit Dhia dalam kereta. Sungguh sakit rasanya hendak bersalin. Dhia tidak dapat menahan kesakitan lagi. Perjalanan ke hospital yang berdekatan dirasakan sungguh jauh dek kerana kesakitan yang teramat.

"Sabar Dhia, mama ada. Istighfar ya nak. Fiq, laju sikit boleh. Kesian Dhia."ucap Puan Sri Zila yang sedari tadi menjadi peneman dan penenang Dhia.

Sesampainya mereka di hospital, Syafiq mendapatkan bantuan pegawai perubatan yang berada di kaunter. Dhia sudah diusung ke bilik pemeriksaan. Syafiq memakir kereta sementara mamanya menghubungi suaminya untuk memaklumkan keberadaannya sekarang.

15 minit kemudian....

"Siapa suami Dhia Nur Aliya?"panggil seorang doktor perempuan di luar bilik pemeriksaan.

"Suami dia tak..."belum sempat Puan Sri Zila menghabiskan ayatnya, Syafiq terlebih dahulu bersuara "Sa...saya"ucapnya pendek sambil termengah menahan nafas kerana berjalan laju tadi.

"Oh ok. Isteri encik akan kami tolak ke labour room kerana bukaannya sudah 8 cm. Bila-bila masa saja dia boleh bersalin. Harap encik dapat tunggu di sini sehingga selesai." terang doktor tersebut.

Sakit bersalin yang dirasakan sekarang ini hanya bertemankan air mata. Melihat pasangan lain bertemankan sang suami sangat meruntun jiwanya. Tidak dia sangka dia bakal melahirkan anaknya seminggu awal dari tarikh sepatutnya.

"Fiq, kenapa?"tanya Puan Sri Zila yang bingung dengan tindakan anaknya sebentar tadi.

"Ma, Dhia tak nak Daniel tahu dia bersalin bila. Biarlah Syafiq jadi 'suami' tak diiktiraf Dhia sekarang ni. Fiq kesian tengok Dhia."jelas Syafiq dengan perasaan yang bercampur baur. Ya, dia masih teringat akan permintaan Dhia tempoh hari. Kesian dia pada anak yang bakal lahir nanti.

Mereka masih setia menanti khabar gembira dari doktor.. Sudah hampir 2 jam mereka menunggu di luar dewan bersalin. Puan Sri Zila tidak putus-putus mendoakan keselamatan Dhia.

"Papa nak solat zuhur ni, kamu ikut sekali ya Fiq?" suara papanya kedengaran setelah lama mendiamkan diri. Syafiq hanya menganguk lemah. Dia menjadi semakin takut jika terjadi apa-apa pada Dhia. Perwatakan Dhia yang bersahaja telah menambat hati kecilnya dalam diam. 

'Ah, Dhia masih isteri Daniel.' gumamnya sendiri dan mengikut langkah papanya ke surau.

"Alhamdulillah encik. Puan Dhia selamat melahirkan. It's a boy!" ucap doktor Suraya dengan nada teruja. 

"Nanti kita akan pindahkan both of them ke wad biasa. Encik semua boleh lawat dia ya."sambungnya lagi.

Setelah doktor itu pergi, mereka semua menadah tangan memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga.

"Ya Allah, comelnya cucu mama ni."Puan Sri Zila begitu teruja melihat kehadiran putera sulung Dhia. Dia mengelus lembut pipi comel itu. Dhia hanya tersenyum. Dia masih penat bertarung nyawa sebentar tadi. Namun, demi anaknya, dia terus kuat menahan kesakitannya.

"Abang Syafiq boleh tolong Dhia tak?" Syafiq yang leka melihat bayi itu memandang wajah Dhia.

"Ermm, Dhia nak abang tolong apa?" balas Syafiq.

"Kalau tak keberatan, boleh tolong azankan Farish?"pinta Dhia pula.

"Oh, cucu nenek dah ada nama ya. Ha Syafiq, kamu tunggu apa lagi? Ambil Farish ni, azankan dia." arah Puan Sri Zila sambil meletakkan Farish di tangan Syafiq. Syafiq yang agak kekok terus mengambilnya dan mengazankan Farish. Lega hati Dhia. Sakitnya yang dirasakan tadi seakan hilang dibawa pergi. 


SELAMANYA MENCINTAIMUHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin