BAB 1

8.8K 157 0
                                    

Langkah kakinya begitu malas untuk bersiap. Dia akan memulakan sesi pembelajaran untuk sem baru ini. Sedar tak sedar, sesi pengajiannya sudah sampai ke sem 5. Ada lagi berbaki 1 sem untuk dia menamatkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

"Woi, kau tak siap lagi? Penat je aku kejut kau awal kan?"bising Shima kepadaku. "Ala, kejap la..baru pukul berapa weyh."beritahu Dhia kepadanya. "Kau ni siap awal pon bukan kelas jauh sangat. Ke nak jumpa buah hati?"duga Dhia lagi sambil tersenyum. 

"Banyak la kau buah hati. Aku laparlah.. Cepat la siap."rengek Shima lagi sambil memegang perutnya. Dhia tergelak dengan luahannya sebentar tadi. Tanpa berlengah, Dhia terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

10 Minit kemudian.

"Banyaknya kau makan Dhia. Aku pon lapar jugak tapi tak ada la macam kau ambil lauk tu."sergah Shima semasa Dhia hendak ke kaunter. Dhia yang sedikit malu terus melilau melihat keadaan sekeliling kafeteria. 'Nasib baik tak ramai orang'.bisiknya dalam hati. 

"Eyh kau ni, tadi ajak aku makan, sekarang bising pulak aku makan banyak. Bukan kau yang bayar pon kan?"saja Dhia bernada sedikit marah kepada Shima. Geram dia. Shima berlalu sambil tersenyum mengejek Dhia.

Selesai kami sarapan, kami bergerak ke kelas melalui jalan dalam. Bukan apa, kami lebih suka ikut jalan shortcut  sebab dekat dengan kelas pagi ni. Tapi, kalau Dhia seorang, memang tak lah nak lalu jalan ni. Takut jugak weyh dengar cerita macam-macam. Ye lah, bukan semua budak lelaki dalam u ni baik. 

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now