BAB 37

5.3K 99 0
                                    

"Assalamualaikum Dhia, Dhia kat mana? Akak dah siap meeting ni."Dhia dan Farish dibawa ke KL bersama. Bukan apa, kak Intan sengaja ingin memberi rehat kepada Dhia dan membawa Farish berjalan. Suaminya tidak ikut kerana sibuk menolongnya menjaga chalet.

"Waalaikumussalam kak, Dhia ada kat bawah ni. Farish dah tertidur."balas Dhia.

"Ok akak turun ya."segera dia mematikan panggilan.

Sedang dia menunggu kak Intan turun, Dhia menolak Farish ke lobi utama pejabat itu.

"Hei, tunggu!"seseorang telah memanggil Dhia. Dhia menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa.

"Pandang atas,"sambung suara itu lagi. Dhia segera mendongakkan kepalanya. Air mukanya berubah saat terpandangkan Daniel yang sudah memulakan langkah untuk turun.

'Ya Allah, mana aku nak lari ni? Kak Intan mana ni? Aduii..'getus Dhia dalam hati. Daniel sudah pun berjalan ke arahnya. Renungan tajam matanya sudah menikam jantung Dhia.

"Kau buat apa dekat pejabat aku ha?"jerkah Daniel. Memandangkan sudah pukul 5 lebih, ramai pekerja yang sudah pulang ke rumah. Dhia tidak tahu bereaksi bagaimana. Tiba-tiba Dhia terfikirkan 1 idea.

"Eh, encik panggil saya ke tadi? Encik salah orang ke? Rasanya kita tak pernah kenal kan? Saya tunggu kawan saya kat sini."pantas Dhia menjawab soalan Daniel. Daniel bingung dengan perempuan di depannya itu. 'Masakan Dhia tak kenal aku?'bebel Daniel dalam hatinya.

"Kau jangan nak berlakon tak kenal aku ya. Oh, ini anak kau ya? Apa? Kau cari aku sampai ke sini semata-mata nak tunjuk budak ni kat aku? Nak claim ini anak aku pulak? Jangan nak tagih simpati dari aku lah. Berambus kau dari sini!"terkejut Dhia dengan jeritan halau dari Daniel. Sungguh tidak dia sangka, begitu sekali Daniel membenci dirinya.

Daniel berlalu pergi meninggalkan Dhia. Air mata yang ingin tumpah diseka perlahan. Dhia bersyukur kerana pertemuan mereka tadi tidak diperhatikan sesiapa.

"Eh, Dhia sorry akak lambat. Akak pergi ladies tadi. Tiba-tiba perut buat hal. Tak sempat inform Dhia."terang kak Intan panjang lebar. Dhia hanya tersenyum.

"Alah, tak apa kak. Jom lah. Nanti jalan jam pulak."jawabnya.

                                                                                          *****

"Kamu tak nak makan ke Daniel? Dah pukul 9 malam ni. Semua orang dah makan."Puan Rohana pelik dengan Daniel. Dari pulang kerja hingga sekarang asyik termenung je. TV yang tengok dia.

"Hmm kejap lagi Daniel makan."jawabnya malas.

'Hmm, betul ke itu Dhia? Kenapa dia tak kenal aku? Budak lelaki tu? Argghhhh serabutnya!!'Daniel meraup wajahnya berkali-kali. Sudah setahun dia tidak bertemu dengan Dhia, mungkin betul Dhia tidak mengenalinya. 

Kakinya dihayun ke arah meja makan. Banyak juga lauk yang bibiknya masak. Daniel hanya menjamahnya sedikit.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now