Dhia pantas berjalan menuju ke bilik yang didiami Zarul. Bimbang jika terjadi apa-apa kepada Bella nanti. Dhia menghubungi Hakimi semasa dalam perjalanannya.
"Hello abang, boleh tolong Dhia tak?"Hakimi yang baru ingin makan, terhenti perbuatannya apabila mendengar suara cemas Dhia di hujung talian.
"Dhia, kenapa ni?"pelik juga dia dengan suara cemas Dhia.
"Abang datang ke bilik 17 boleh? Tadi Dhia macam nampak Zarul dukung Bella. Dhia takut jadi apa-apa pada Bella. Sekarang Dhia on the way ke sana. Abang cepat ya.."sungguh Dhia betul-betul risau sekarang ini.
"Ha ok. Dhia tunggu abang, jangan buat apa-apa sebelum abang sampai ya."talian terus dimatikan dan meluru ke arah bilik yang dikatakan Dhia sebentar tadi.
Daniel yang duduk makan tidak jauh dari meja makan Syafiq Hakimi mencuri dengar perbualan mereka tatkala nama Dhia disebut. 'Tak mungkin Dhia sanggup berbuat begitu?'bisik hati jahatnya. Dia harus membuat perhitungan dengan Syafiq dan Dhia malam ini juga.
Langkah kakinya diatur untuk mengekori langkah Syafiq. Langkah laju Syafiq diekori perlahan kerana tidak mahu rahsianya mengekori Syafiq terbongkar. Setelah hampir 5 minit mengekori Syafiq, Daniel bersembunyi di sebalik pokok berdekatan bilik yang ditunggu Dhia.
"Dhia, ada bawa kunci pendua tak?"soal Hakimi sekadar berbisik. Dhia hanya mengangguk dan memberikan kunci tersebut kepada Hakimi.
"Ok, abang masuk dulu baru Dhia ikut ya."setelah Hakimi selamat membuka pintu dan melangkah masuk, Dhia mengekorinya. Dhia memerhatikan sekeliling diluar sebelum menutup pintu. Tujuannya supaya Zarul tidak dapat melarikan diri sebaik sahaja tertangkapoleh Hakimi nanti.
Hati Daniel tiba-tiba panas dan berkecamuk melihat mereka berdua masuk ke bilik seperti pencuri lagaknya. Dhia pula,,arrggghhh. 'Kenapa aku harus saksikan semua ini?' tangannya sudah menumbuk kuat batang pokok di hadapannya.
'Tak, aku tak boleh pergi dari sini! Aku akan berdepan dengan keduanya malam ini.'Niatnya terbantut untuk meninggalkan mereka berdua. Daniel sedar yang dia perlu selesaikan masalah rumahtangganya dengan Dhia malam ini. Dia bercadang untuk menunggu di tepi tangga sahaja.
"Kurang ajar kau Zarul!"tendangan kaki Syafiq tepat menendang punggung Zarul yang baru ingin menindih Bella yang tidak sedarkan diri di atas katil.
Zarul tidak dapat mengimbangkan badannya lalu tersemban ke lantai. Dia bangun sambil mengusap-usap punggungnya yang terasa sakit dek tendangan mengejut Syafiq.
"Wo wo wo. Macam mana kau boleh masuk bilik aku ha?"soalnya lagi sebelum matanya tepat memandang Dhia di belakang Syafiq.
"Kau ni memang tak berubah kan? Dulu Elina. Sekarang ni Bella pula? Hoi, dia adik kawan baik kita tau?"Syafiq melepaskan geramnya lagi. Dia tidak sangka Elina telah menjadi mangsa kawan baiknya sendiri tanpa dia sedar. Sakit hatinya saat mengenangkan kembali luahan hati Elina dulu.
"Haha. She deserved that! Kalau dia tak tolak cinta aku dan pergi kejar Daniel tu, dia tak akan dapat nasib macam tu. And you Dhia!"tangannya lurus menunjuk ke arah Dhia. Dhia yang ketakutan dari tadi terkejut mendengar namanya dipanggil.
"Kau pun reject aku kan dulu? Sebab kau, aku jadi macam ni."sambungnya lagi. Terkejut Dhia mendengarnya. 'Apa salah dia sampai Zarul jadi seteruk ini'bisik hati kecilnya pula.
"Let her go Zarul. Tolong jangan ikut perasaan dan bisikan syaitan tu."pujuk Syafiq lagi. Kata-katanya disambut gelak tawa dari Zarul.
"Dah alang-alang kau dekat sini, apa kata kau join aku malam ni?"Zarul memberi cadangan kotornya sambil melihat ke arah Bella yang masih tidak sedarkan diri. Membahang Syafiq mendengarnya. Sungguh dia jijik dengan perbuatan terkutuk Zarul tu.
"Kau pun mesti dah biasa dengan Dhia dulu kan? Kau ingat aku tak tau ke Dhia pernah duduk rumah kau dulu? Entah-entah memang betul anak dia sekarang ni bukan anak Daniel tapi anak kau,"sambung Zarul lagi. Tiba-tiba..
'Bukkkk!' Satu tumbukan kuat sudah hinggap di muka Zarul. Akhirnya, genggaman penumbuk yang dikepal Syafiq sedari tadi telah selamat mendarat ke muka Zarul.
"Kurang ajar kau ya. Makin melampau!"mereka berdua membalas tumbukan masing-masing. Dhia menjadi takut melihat keadaan yang sudah tidak terkawal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu untuk mendapatkan bantuan. 'Ya, dia akan memanggil pengawal keselamatan yang bertugas.'
P/S:-
Sampai sini dulu ya readers... Esok kalau tak ada apa-apa, saya sambung..
Sebenarnya esok birthday saya,,,hehehe...mungkin update lambat sikit...nak celebrate ngan cik shuben,,,,hehehe
Doakan saya panjang umur, sihat selalu, murah rezeki ya...heheh
Thank you guys for ur continuous supports.
Keep reading and voting ya guys!!
YOU ARE READING
SELAMANYA MENCINTAIMU
Non-Fiction"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka galeri dalam telefon miliknya. Akhirnya, inilah peluang aku untuk membalas dendam. 'Sorry bro.'omeln...