BAB 52

6.2K 102 3
                                    

'Ish, tak boleh jadi ni, aku kena masuk juga'Daniel sudah tidak dapat menahan perasaannya. Kakinya diatur mendaki tangga ke pintu. Belum sempat Daniel memulas tombol pintu, seseorang telah membukanya dari dalam dan meluru keluar dengan laju sehingga  tidak sengaja melanggarnya. 

"Aduh, sakitnya."Dhia telah melanggar seseorang di luar pintu chalet. Segera dia bangun dari duduknya, begitu juga Daniel. Matanya sudah mencerlung memandang Dhia.

"So, inilah aktiviti tak bermoral kau selama ini? Aku tak tahu kenapa aku terkahwin dengan perempuan macam kau Dhia? Jijik betul aku dengan kau."Daniel terus-terusan menuduh Dhia yang masih terpinga-pinga menghadam kata-kata Daniel.

"Hahaha. So, awak dah nampak semua kan? Baguslah. Tak payah saya nak selindung lagi."Dhia sengaja membangkitkan api kemarahan Daniel. Dia lagi sakit hati mendengar segala tuduhan Daniel yang melulu tanpa sebarang usul periksa.

Panggg! Satu tamparan hinggap di pipi putih Dhia sehingga berdarah di tepi bibirnya. Dhia begitu terkejut dengan tindakan Daniel yang langsung tidak mempedulikan darah di bibirnya.

"Dhia, dah ke..."belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, kolar bajunya kini ditarik kasar oleh Daniel sebeum ditumbuk kuat di muka kawan baiknya tu.

"Kau memang melampau kan? Sedap sangat ke layanan dia sampai ke sini kau ikut dia?"kali ni tuduhan yang berat dirasakan Dhia. Langkah kakinya diatur menuruni tangga dan meluru ke keretanya.'Mengapa Daniel bagitu membenci dirinya?'bisiknya di dalam hati.

"Kau ni dah kenapa? Kau patut berterima kasih dekat Dhia. Kalau dia tak ada, aku tak tahu apa jadi dekat adik kau. Kau pergilah masuk. Aku dah penat nak bergaduh."Hakimi semakin tidak mengerti dengan sikap Daniel. Dia dah penat nak bergaduh dengan Daniel kerana dia telah penat membelasah Zarul di dalam tadi. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Daniel disitu.

'Bella, kenapa dengan Bella?'hatinya jadi tidak sedap. Cepat-cepat langkahnya diatur masuk ke dalam bilik. Alangkah terkejutnya dia bila melihat Bella baring tidak sedarkan diri seorang diri di atas katil. Kelihatan Zarul terbaring di lantai dengan mukanya penuh dengan kesan darah dan lebam. 

"Tak guna kau Zarul!"kakinya kini telah dihayunkan ke perut Zarul yang sedang bergerak sedikit. Zarul terbaring semula di lantai dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Chill la bro. Aku belum sempat lagi nak ngap adik kau yang cun tu."kata-kata Zarul menaikkan lagi kemarahan Daniel. Panas sungguh hatinya. Dia terus menendang perut Zarul beberapa kali sehingga Zarul kelihatan lemah.

Bella dicempungnya dan dimasukkan ke dalam kereta sebelum menuju ke hospital berdekatan. 'Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Aku dah tuduh isteriku sebegitu hina sekali. Maafkan abang, Dhia' runtun hatinya saat ini mengenangkan kembali tuduhan melampaunya terhadap Dhia. Sungguh, ingin sahaja sekarang dia berlari mendapatkan Dhia tapi, nyawa adiknya kini lagi penting.

"Encik Daniel, cik Bella akan sedar sebentar lagi. Dia ada ambil ubat tidur secara berlebihan ke?"soal doktor yang merawat adiknya.

"Hmm, adik saya tidak ada masalah sukar untuk tidur doktor."jawabnya jujur.

"Ow, saya dapati dia telah mengambil ubat tidur secara berlebihan. Tapi tak apa, saya sudah memberikannya ubat. Kita tunggu sahaja dia sedar."balas doktor tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan Daniel sendririan di situ.

                                                                            *********

"Hello, Dhia kat mana? Dhia ok ke tu?"soal Hakimi cemas apabila dia tidak dapat mencari kelibat Dhia di sekitar chalet.

"Hello, abang Hakimi ke? Dhia kat rumah ni, baru sampai. Kenapa abang call Dhia ni?"Dhia sehabis baik mengawal suaranya. Dia tak nak dianggap lemah walaupun dia baru lepas menangus sendirian di dalam kereta tadi.

"Oh, dah sampai rumah ke? Ha baguslah. Risau abang tadi bila Dhia tiba-tiba hilang." terangnya jujur. Dia memang menganggap Dhia seperti adiknya.

"Kenapa bang? Bella ok?" tiba-tiba dia teringatkan adik iparnya.

"Tak ada apa. Bella ok kot. Tadi abang dah bagitahu Daniel supaya tengok Bella dalam bilik tu."pelik juga dengan sikap Dhia. Sudah dicaci Daniel pun, masih boleh ambil berat tentang adik iparnya. 

"Hmm, ok la bang. Dhia mengantuk la. Dhia tidur dulu ya. Assalamualaikum." talian dimatikan sebelum Hakimi sempat membalas. 

'Waalaikumussalam.'Hakimi menjawab salamnya sendirian. Kesian dia mengenangkan nasib Dhia sekarang ini. Apalah dosanya diperlakukan begitu oleh Daniel. Kakinya diatur balik ke biliknya semula untuk membersihkan diri dan berehat. Zarul? Lantak lah dia. Pandai-pandai la dia nak hidup.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now