BAB 33

5.4K 104 0
                                    

Dania tersenyum manja saat matanya melihat sesusuk tubuh yang sangat dirinduinya itu. Siapa lagi kalau bukan Daniel. Daniel hanya membalas senyuman Dania.

Dania melambai ke arah waiter dan memesan makanan western untuk dirinya dan Daniel. Sedang mereka asyik menjamah makanan, telinga Daniel menangkap bunyi gelak tawa selang beberapa meja di sebelah kanannya.

"Oh, kat sini kau ya? Siapa ni? Bapak budak yang kau kandung tu?"renungan tajam untuk Dhia kali ni. Sakit betul hatinya mendengar gelak tawa orang yang sangat dirinduinya itu. Tidak tahu mengapa kakinya melangkah laju ke arah meja tersebut.

"Kau ni memang tak tahu malu kan? Lepas ni kau nak perangkap siapa pulak? Dah la lari tinggalkan suami, sekarang menggatal dengan lelaki lain. Perempuan jenis apa lah kau ni."tempik Daniel lagi. Dhia hanya diam tidak berkutik. Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan lemah lagi. Tapi, bila terpandangkan suaminya itu, ingin sahaja dia berlari dan memeluk suami yang dirinduinya itu.

Abang Fathi yang ingin membalas terjahan Daniel terbantut kerana telah dihalang oleh Dhia. Dhia tidak membalas dan malu kerana ramai pelanggan di kedai itu sedang memerhatikan mereka. Fathi yang sudah mengepal penumbuknya kembali duduk di sebelah Dhia.

"Sayang, jom lah. Ramai yang tengok kita kat sini. You tak malu ke? Biar jelah perempuan ni. I kan ada."kedengaran suara Dania yang manja menyapa telinga Dhia. Dikerling sekilas perempuan itu. 'Hmm, memang taste dia ni tak cukup kain agaknya.'gumam Dhia.

Daniel akur dengan permintaan Dania lalu merek a pergi ke kaunter dan membuat bayaran. Malas dia hendak berlama-lama disitu.

"Abang Fathi tunggu sekejap ya. Dhia nak jumpa Daniel,"Fathi sudah pelik. Intan masih di dalam tandas. Lama betul dia ke tandas. Kalau dia ada tadi, pasti Dhia tidak dimalukan sebegitu.

"Hmm Tuan,"Daniel tersentak dengan panggilan Dhia di luar kedai makan. Dania hanya menjeling, sengaja di a memaut lengan Daniel erat. Daniel hanya membiarkan perlakuan Dania.

"Boleh Tuan lepaskan saya? Saya tahu Tuan dah benci sangat dengan saya kan? Saya pun bukan isteri yang baik untuk Tuan. Saya sedar diri. Lepaskan saja saya, saya tak akan ganggu hidup Tuan lagi lepas ni."Dhia sedaya upaya untuk tidak nangis di depan lelaki itu. Daniel hanya beriak selamba dan tersenyum sinis memandang Dhia. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia memeluk Dhia saat itu. Namun, ego lelakinya membatasi segalanya.

"Apa kau ingat aku nak sangat dengan kau? Kau sukalah kalau aku lepaskan kau, dah ramai lelaki yang menunggu kan? Dulu Syafiq, sekarang jantan tu? Aku tak akan lepaskan kau lah perempuan,"Daniel sesuka hati menuduh isterinya begitu.

Pannggg!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi putih milik Daniel. Tiada lagi kata-kata balas dari Dhia. Memerah muka Daniel saat itu menahan pedih. Dania yang ingin membalas tamparan Dhia segera ditahan oleh Daniel. Tangannya ditarik menuju ke kereta sebelum sempat dia berpesan kepada Dhia.

"Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau melutut dekat kaki aku." Dhia sedikit terpempan dengan tengkingan Daniel.

Dhia berlalu pergi dengan hati yang sebal. Tidak adakah sekelumit sayang Daniel pada dirinya lagi setelah lama tidak bersua muka? Lama dia merenung tangan yang menampar suaminya tadi. 'Apa yang aku dah buat ni? Maafkan Dhia abang'rintihnya. Dia tidak kuat untuk membalas tuduhan Daniel.

SELAMANYA MENCINTAIMUUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum