BAB 39

5.2K 97 0
                                    

"You nak shopping kat mana ni?"tersentak Dania yang sedang asyik bermain handphone. Daniel mengemaskan bajunya t-shirt polonya semasa menuruni tangga. Terpegun seketika dengan imej Daniel hari ini. 'Kenapa lah macam terlebih kacak buah hatiku hari ni!'jerit Dania dalam hatinya.

"Hello darling? Dah sampai mana tu?"perli Daniel. Dania hanya tersenyum sumbing memandang Daniel. Tangan Daniel dipaut erat sebelum berjalan keluar.

"You are soooo handsome today, baby!"Daniel hanya ketawa melihat gelagat Dania yang seperti budak-budak lepasan sekolah. Semalam dia sudah potong rambut. Mungkin, hari ni dia nampak lain sikit lah tu.

"So, where are we going now?"soal Daniel sebelum memulakan perjalanan.

"Hmm,,QCM boleh?"pinta Dania. Skirt paras peha nya sudah ditarik ke lututnya sedikit kerana dari tadi Daniel melihat peha nya. Daniel sedikit tersentak apabila Dania cuba melabuhkan skirtnya. Air liurnya diteguk berkali-kali. Dania hanya memandang luar sambil tersenyum puas kerana dapat menggoda Daniel.

"Sorry,"ucap Daniel. Dia tahu dia telah tergoda dengan Dania. 'Ish Dania ni memang saja nak goda aku ke apa?'bentak Daniel dalam hatinya. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

                                                                                     *****

"Farish, jom!"Dhia memegang tangan anaknya berjalan memasuki mall. Farish baru pandai berjalan jatuh hanya mengikut langkah mummynya.

"Kita nak ke mana ni kak?"soal Dhia.

"Hmm, jom kita bawa Farish tengok baju baru nak?"Intan mahu membelikan beberapa pasang baju jalan untuk Farish. Pasti nampak comel dengan baju berjenama di sini.

"Oh ok. Jom!"Dhia mendukung Farish semula dan menuju ke kedai pakaian kanak-kanak.

Sedang asyik mereka berjalan ke kedai, Dhia terlanggar dengan seorang lelaki di hadapannya. Macam mana boleh terlanggar? Matanya leka memandang setiap baris kedai yang ada di mall itu.

"Err,, maaf encik. Saya tak sengaja."Dhia membetulkan dukungan Farish dan mengangkat mukanya.

"Hmm, Dhia kan?"ujar lelaki itu. Alangkah terkejutnya Dhia saat terpandangkan Zarul kini di depan matanya.

"Dhia ok tak ni? Kesian Farish aunty ni ya.."kak Intan berlari mendapatkan Dhia yang sudah berdiri tegak macam patung disitu. Dia menjawab panggilan telefon suaminya tadi dan tidak sedar dia sudah berjalan jauh ke depan.

"Eh, you Intan kan?"kak Intan hanya mengerutkan wajahnya apabila ditegur Zarul.

"Ow, you tak kenal I ke? Zarul anak Dato' Haris. Dulu you kerja dengan papa I la. Masa tu kan I belum habis belajar,"berkerut-kerut wajah Intan cuba untuk mengingatinya kembali.

"Oh, you ke Zarul playboy tu?"balas Intan pula. Dhia hanya buat-buat sibuk kerana Zarul tidak lepas memandangnya dari tadi. Sesekali sahaja dia terpaksa senyum takut kak Intan tahu keadaan sebenar yang Zarul kawan belajarnya dulu.

"Haha. Playboy tu dulu lah Intan. I sekarang dah berubah." Jelasnya lagi. Dhia seakan tidak percaya apa yang Zarul beritahu tu. 'Tak akanlah dia dah berubah'.bisik hati Dhia. Tanpa mereka sedar, pertembungan mereka disaksikan dua makhluk perosak (hehe gurau je ya).

"Eh you, tu bukan client kita ke? Urm siapa nama dia?"jari telunjuknya diletak ke mulutnya sambil memikirkan kembali gerangan clientnya.

"Ha, puan Intan kan? Tapi, tu bukan wife you ke? Amboi, mesranya. Siapa lelaki tu? Next husband ker?"Dania sengaja menambah perisa supaya Daniel panas hati dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

Hatinya juga panas melihat Zarul yang sudah lama menghilang itu. Mahu sahaja dia menghadiahkan penumbuknya namun dia sedar sekarang bukan tempat yang sesuai. Daniel membiarkan sahaja pertanyaan Dania dan berlalu pergi ke tempat lain. Dania hanya tersenyum puas melihat reaksi Daniel.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now