Final 30🥀

1.9K 240 12
                                    

Seminggu Kemudian..

"Dengan ini saya memutuskan bahawa Song Joongki akan dipenjarakan seumur hidup bersama dengan 50 kali sebatan kerana melakukan dua kali siri jenayah membunuh yang amat kejam" Kata ketua hakim dengan lantang lalu mengetuk sebagai tanda hukuman itu rasmi.

Semua orang bersorak kegembiraan. Jimin dengan taehyung berpelukan antara satu sama lain. Semua tersengih lebar bahawa joongki mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

"Jungkook kenapa diam ni?" tanya jiae dan dia melihat jungkook hanya mendiamkan diri. "Kalau lah omma appa ada dekat sini tengok yang mereka semua dapat keadilan macam ni mesti mereka semua gembira kan?" Jiae mengangguk kecil lalu memeluk jungkook.

Keadaan Jungkook belum lah pulih sepenuhnya kerana bahunya hendak lah diperiksa satu kali seminggu. Kebanyakkan jiae yang menolong menjaga jungkook.

Manakala sunmi dengan jin masih lagi ditahan di hospital kerana kedua-duanya ditembak pada bahagian yang sama. Tapi syukur kedua dua mereka semakin sihat cuma perlu dipantau. Jae pula semakin hari semakin kuat dan dia selalu menemani jin di hospital.

Tiba-tiba taehyung mendapat satu panggilan daripada pihak hospital terus taehyung menjawabnya.

"Baiklah kami akan segera ke sana"

"Kenapa taehyung?" tanya ara risau. Mereka semua melihat ke arahnya.

"Jihyo nuna dia perlukan kita semua"

Mendengar hal itu membuatkan mereka semua bergegas bergerak ke hospital.

            _________________________

"Nuna!!"

Terkejut jihyo bersama doktor melihat jimin menerjah masuk secara mengejut.

"Tak boleh ke ketuk dulu baru masuk hah song jimin?" tegur jihyo dan jimin hanya sengih kerana malu.

"Macam mana keadaan nuna doktor?" Tanya taehyung terlebih dahulu. Doktor Jang tersenyum nipis. "Boleh saya cakap dengan jungkook, taehyung dengan kamu jimin dekat luar?" pinta doktor jang. Mereka bertiga mengangguk kecil.

Jungkook melihat ke arah jihyo. "Kamu pergi lah ada ara dengan jiae jaga nuna dekat sini" Jungkook mengeluh kecil lalu keluar.

"Nampaknya kanser paru-paru puan jihyo sudah pun merebak ke stage 5 dengan cepat sekali dengan keadaan dia macam tu"

Mata mereka bertiga membesar dan tergamam sekali. "Apa doktor cakap?"

"Macam ni lah atas permintaan puan song sendiri. Dia ingin pulang dan luangkan masa dengan kamu semua sebelum dia pergi" Ujarnya dengan lembut lalu pergi.

Mereka semua terdiam. Selama mereka semua hidup bersama jihyo mereka tidak pernah tahu bahawa jihyo ada penyakit kanser sejak dahulu. Jihyo menyembunyikan sakitnya tanpa mereka bertiga ketahui. Patutlah jihyo enggan berkahwin sebaliknya ingin menjaga keluarga song sebagai tanggungjawabnya.

"Sekarang kita perlu kehilangan nuna?" suara jungkook mula pecah. Air matanya mengalir jua. Sukar untuk menerima dugaan sebegini. Jimin hanya menunduk dan menangis dalam diam. Betapa sukarnya apabila dapat tahu jihyo bakal pergi meninggalkan mereka bertiga buat selama lamanya.

Ara terkejut mendengar semuanya lalu masuk ke semula wad jihyo.

"Jihyo unnie..."

Jihyo mendepakan tangannya. Ara dengan jiae serentak memeluknya. "Uljima unnie ada masa lagi luangkan masa dengan kamu semua. Tapi unnie nak minta sesuatu dekat kamu berdua sama juga dengan sunmi boleh?"

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now