1🥀

4.3K 443 55
                                    

DIA mencampak beg-beg milik Ara, Sunmi dengan Jiae ke luar rumah.

"Kamu semua keluar! keluar dari sini!!"

"Apa salah kami bertiga mak cik? Kami bertiga tak buat apa-apa pun" Sunmi cuba mengajaknya berbincang.

"Penipu! dah buat salah tak nak mengak--"

PPANG!

Jiae menampar kuat wajah perempuan bernama Sora itu. "Kau yang buat kerja ni semua kan?!" Jiae menengkingnya.

Dia teringin menarik rambut Sora itu dengan kasar. Pantang sekali orang fitnah dia tanpa bukti yang kukuh.

Ara menarik Jiae ke belakang. Takut Jiae hilang kawalan. Kawannya Jiae bukan boleh dibawa main-main pun. Pernah sekali dia bergaduh besar dengan pelajar-pelajar wanita di sekolah menengah dahulu.

"Mak cik tengok dia tampar saya makcik. Makcik pun tengok sendiri kan perangai dia macam mana?!"

"Keluar sekarang! Keluar"

Mereka bertiga ditolak kasar ke luar pagar rumah.

"Mak cik benarkan kami bermalam dekat sini sehari sahaja! Esok kami bertiga akan pergi dari sini" rayu Ara meminta simpati.

"Keluar sekarang!!"

Jiae mula bangun dan dia tidak mampu bersabar lagi.

"Woi orang tua?! Kau ingat aku nak sangat ke tinggal dekat sini?! Lagi-lagi perangai kau yang macam setan tu?! Dahlah tua mengatal lagi. Kau ingat aku tak tahu ke?! Kau selalu buat maksiat dalam rumah ni?! Dah sedar diri tu tua. Buat lah macam orang tua. Tak sedar diri betul?!"

"Jomlah Unnie! kita semua pergi dari sini. Tak sanggup tinggal dengan orang tua pelacur ni?!" Jerit Jiae dengan suara yang lantang. Dia menutup pagar itu dengan kasar kerana malu dengan kata-kata Jiae sebentar tadi.

Mereka bertiga mula mengangkat beg galas masing-masing dan pergi dari situ.

"Jiae, boleh tak kawal sikit kemarahan kamu tu?" Tegur Sunmi.

"Unnie sorry tadi Jiae betul-betul tak boleh kawal. Biar padan muka orang tua. Jiae cakap benda yang betul apa!"

Dia mula menyilangkan tangannya dan dia masih lagi tidak berpuas hati.

"Betul tu Jiae! Tadi dalam hati unnie gembira tak terhingga tengok kamu kutuk dia teruk-teruk tadi hahaha" Ujar Ara menyokongnya.

Mereka berdua terus berhigh five antara satu sama lain. Sunmi hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai mereka berdua.

Hari mula malam, mereka bertiga masih tak menjumpai tempat penginapan lagi.

"Kita nak pergi mana lepas ni unnie? Jiae takut"

Jiae memaut lengan Ara dan Sunmi dengan kuat. Tengking orang nombor satu si Jiae ni tetapi bab penakut dia juga masih nombor satu. Sunmi mengeluarkan dompetnya. Nasib duit itu cukup buat mereka bertiga setakat ini.

"Unnie ada duit sikit. Kita menginap dekat hostel dulu untuk malam ni. Esok unnie cari tempat tinggal untuk kita" Tunjuk Sunmi ke arah hostel yang berdekatan.

Ara mengeluh kecil.

"Unnie kenapa hidup kita semua sentiasa susah macam ni. Ara rasa macam nak putus asa jer untuk teruskan hidup" Jiae mengangguk setuju dengan kata-kata Ara.

Sunmi mengelus kedua-dua rambut belakang Ara dan Jiae. Kedua dua dia dianggap seperti adik kandungnyasendiri

"Jangan cakap macam ni Ara. Unnie ada untuk kamu berdua. Percaya dengan unnie okay? Unnie janji akan cari hidup yang lebih baik untuk kita semua lepas ni."

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now