9🥀

2.4K 326 14
                                    

Jihyo mengambil kunci dari dalam biliknya dan menuju ke bilik milik mendiang ibu dan ayahnya semasa mereka masih hidup dahulu. Dia membukanya dan bilik tersebut masih lagi dalam keadaan yang sama.

Dia membuka almari pakaian dan mengambil peti yang kecil. Di situ terdapat banyak keratan akhbar mengenai pembunuhan keluarga song yang sangat terkenal di korea dahulu. Ya 15 tahun lepas.

Masa itu jihyo masih lagi pelajar sekolah menengah dan cucu-cucu keluarga song masih kecil lagi. Mungkin berumur dalam 6 ataupun 7 tahun seiingatnya. Jihyo melihat satu persatu keratan-keratan akhbar tersebut.

Dulu keluarga song merupakan ahli usahawan yang berjaya dan mempunyai syarikat yang besar di korea. Hanya disebabkan peristiwa hitam ini seluruh korea dikejutkan dengan berita sedih. Jihyo mengeluh.

Dia cuma bernasib baik pada hari kejadian. Kalau lah dia tak teman jimin,jungkook dan taehyung pergi ke taman tema hari tersebut mesti nyawa dia turut melayang juga. Sama juga seperti adik beradik song.

Jihyo ingat dengan jelas masa di hospital. Dia berusaha sedaya upaya menenangkan tangisan pilu jimin,jungkook dan taehyung. Jungkook pula demam sampai seminggu.

Jimin sampai tak nak makan selama tiga hari dan puas dia memujuk jimin. Taehyung pula menjadi seorang pendiam dan suka memberontak.

Hanya dia dan joongki tahu hal yang sebenar. Jihyo sedih kerana ibu dan ayahnya juga turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Jihyo menangis dalam diam. Dia janji akan jaga budak-budak tu sampai dia mati. Dia akan pastikan jimin, jungkook dan taehyung bahagia suatu hari nanti. Cuma dia nak tahu siapa dalang di sebalik semua yang terjadi ini.

Setahu dia keluarga song tiada musuh. Hanya tiga keluarga yang rapat dengan keluarga song iaitu keluarga jung, kim dan min. Adakah salah satu antara mereka semua. Mungkin cemburu atau dengki dengan kejayaan melimpah ruah keluarga song. Jihyo pun tak pasti.

Dia cuma nak cari pembunuh tersebut dan menuntut keadilan demi keluarga song.

🌸🌸🌸

Taehyung melirik ke arah ara yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya sementara dia masih lagi memandu. "Macam mana bila dah jumpa budak-budak tu?"tanya taehyung.

"Saya gembira tengok mereka seronok je hari ni. Cuma saya teringat zaman saya masih kecil lagi sama macam mereka semua" balas ara. So apa persamaannya?"ara tersenyum nipis. "Sebab saya sama macam budak-budak tu. Anak yatim piatu" terus taehyung diam.

Dia mula rasa bersalah. "maaf saya tak bermaksud yan----". Ara tergelak kecil. "tak mengapa saya faham"ujarnya tenang. "Saya berasa simpati atas kejadian yang menimpa keluarga awak".

"Ara..Omma dan appa saya meninggal bukan sebab mereka berdua kemalangan. Tapi.." dahi ara berkerut dan ingin tahu. "habis tu sebab apa?" ara tertanya tanya.

"Mereka dibunuh dengan kejam" mata ara membesar dan dia menekup mulutnya sebab tak percaya. "sa-sa-ya" ara mula gagap. "dahlah perkara tu dah lepas" balas taehyung lalu matanya fokus melihat jalan didepannya.

Dia mula teringat akan jihyo dan joongki ingin menyembunyikan kejadian ini daripada semua pihak dengan berita palsu iaitu kes kemalangan yang menimpa keluarga song bukannya kes pembunuhan yang kejam.

Mereka bertiga berasa kecewa dan menangis tetapi disebabkan jihyo dan joongki mereka semua cuba bertahan.

Ara melihat ke arah taehyung. " Boleh saya tahu siapa yang dalang disebalik pembunuhan tu?"

Taehyung hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya tak tahu ara"

Ara hanya terdiam.

🌸🌸🌸

Ara menuju ke bilik dan ingin memberitahu kawan-kawanya hal mengenai keluarga song. Dia membuka pintu. Jiae dan sunmi tiada di dalam bilik. "mana mereka berdua pergi ni?" Ara menutup kembali pintu dan pergi mencari jiae dan sunmi.

Sunmi melihat jimin yang tidur lena perlahan lahan menarik tangan jimin yang melingkari pinggangnya itu. Dia buat dengan berhati hati. Kalau jimin sedar nanti sampai ke pagi lah dia kena berada di sisi jimin.

Sunmi mengambil bantal mengantikan posisinya dan meletakkan betul-betul di dalam pelukan jimin. Automatik jimin memeluk bantal itu dengan erat. Sunmi tersenyum lebar. Dia mengusap lembut rambut jimin.

Akhirnya dia keluar dari bilik itu.

"Sunmi unnie!!"

"Ish diam lah!"

Bisik sunmi sambil besarkan matanya kerana mereka berdua masih lagi di depan bilik jimin. Takut jimin terjaga. Ara tersengih lalu menarik tangan sunmi mengikutinya.

Jiae melihat jungkook ke tandas. Dia mengambil kesempatan ini untuk keluar dari bilik itu. Sejujurnya dia masih terasa dengan perbuatan jungkook tadi. Dia perlukan masa untuk tenangkan dirinya.

Jiae melihat ara dan sunmi tidak jauh dari lokasinya. Segera berlari ke arah mereka.

"Unnie!!"

Bergema jeritan jiae di dalam rumah agam ini. Serentak jiae menerima pukulan daripada ara dan sunmi. "sakitlah!" rungut jiae lalu mengosok kepalanya yang sakit itu.

"Mari masuk bilik. Aku ada benda penting nak beritahu ni?!" ujar ara lalu menarik kedua dua tangan jiae dan sunmi. Ara mengunci pintu tersebut lalu memandang mereka berdua.

"Unnie dah kenapa ni? macam serius jer perkara nak beritahu ni?!"

"Cepat lah apa benda yang ara nak beritahu ni?" kata sunmi dan dia pun ingin tahu.
Ara duduk di sebelah sunmi.

"Pasal keluarga song"

"Kenapa dengan keluarga song pula ni?" kening jiae terangkat. "Tahu kan punca keluarga song meninggal disebabkan kemalangan" Jiae dan sunmi mengangguk. "Tapi keluarga song meninggal bukan disebabkan kemalangan" tambah ara.

"Habis tu disebabkan apa pula?!"

Jiae makin tak sabar dan masih menunggu ara untuk sambung. Ara menarik nafasnya lalu sambung.

"Mereka semua dibunuh dengan kejam"

"MWO?!"

Mereka berdua terkejut.

"Kau betul ke ni ara? macam mana kau tahu mereka dibunuh pula?" tanya sunmi curiga. "Taehyung sendiri yang beritahu masa ara keluar dengan dia petang tadi" balasnya jujur.

"Unnie date dengan taehyung ehhh?" Jiae tersenyum nakal dan keningnya diangkat angkat. Mengusik ara.

Ara geram lalu mengambil bantal dan membaling tepat-tepat terkena muka jiae.

"Aduh!!"

Jiae mengadu sakit. Baru puas hati ara. "Kau ni sampai ke situ pula. Sekarang ni kita tengah cakap pasal keluarga song tahu tak?!" marah ara. Jiae mula mencebik.

"Taehyung ada beritahu tak siapa dalang semua tu?" ara menggelengkan kepalanya perlahan. "Taehyung sendiri pun tak tahu. Mungkin tuan joongki dan puan jihyo tahu" teka jiae.

"Kita semua orang luar. Unnie rasa kita tak patut masuk campur hal ni. Walaupun kita tahu apa-apa pun. Unnie nak kita semua rahsiakan dan tutup mulut. Bila ada hal yang teruk berlaku. Baru kita bertindak faham tak ni?" jiae dan ara mengangguk faham apa yang dikatakan sunmi tadi betul.

🌸🌸🌸

Jangan lupa vote tau!

Fighting🌸

TBC

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now