11🥀

2.4K 321 19
                                    

Ara leka berfikir mengenai hal semalam mengenai kes 15 tahun lepas sampai dia tak pun sedar dia menyiram rumput-rumput bukannya pasu-pasu bunga yang terletak  di dihadapannya.

Perasaan ingin tahunya membuak buak dan dia tidak sabar bila penjenayah tersebut akan ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal. Dia juga turut bersimpati dengan keluarga song atas apa yang terjadi.

Dia cuma geram terhadap individu yang sanggup membuat perkara yang kejam sebegini terhadap keluarga song. "Kalau lah benda tu tak terjadi mesti keluarga ni bahagia sekarang" fikirnya.

Puas taehyung mencari keberadaan ara di dalam rumah. Rupanya ara ditugaskan di taman oleh puan song. Taehyung tersenyum kecil lalu menghampiri ara yang masih lagi berdiri sambil mengelamun.Taehyung berdiri di sebelahnya.

"Ehem!!"

Ara tersentak seketika.

Ara mula melihat ke arah taehyung dan tersengih. Dia pun tak perasan sejak bila taehyung berada di sisinya.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya ara lembut. Taehyung hanya tersenyum manis dan diam. Mata ara terkebil kebil menunggu jawapan dari taehyung.

Dengan sabar Ara menunggu taehyung bersuara dari tadi tetapi taehyung masih lagi mendiamkan diri. Ara pula malas menunggu kerana banyak kerja hendak dibuat lagi selepas ini tak pasal-pasal kena bebel dengan sunmi nanti. Mulut sunmi kalau bebel boleh pekak telinga dia.

"Kalau awak tiada apa-apa lagi? saya pergi dulu! ada banyak kerja lagi saya nak buat" belum sempat ara pergi tangannya ditarik oleh taehyung.

"Ada apa lagi taehyung?" kening ara terangkat.

"Saya sukakan awak jung ara"

Ara terkedu. Mungkin dia salah dengar.

"Apa dia taehyung?"

Ara cuba meminta kepastian.

Taehyung menarik nafasnya.

"Saya sukakan awak jung ara dan saya tak main-main"

Mata ara terkebil kebil dan dia agak terkejut dengan pengakuan yang dikatakan oleh taehyung. Ara tak percaya dan mungkin taehyung hanya mahu bergurau dengannya.

"Taehyung saya tiada masa nak bergurau sekarang ni"

Taehyung mengeluh ditariknya ara supaya mendekatinya. Dia menarik dagu ara ke atas supaya memandang dirinya. Dia mengusap lembut pipi ara. Ara dapat rasakan jantung berdegup dengan kencang.

"Awak nampak saya macam bergurau ke? Saya betul-betul sukakan awak ara"

Ara dapat lihat anak mata milik taehyung memandangnya dengan jujur. Mata taehyung akhirnya jatuh melihat bibir mungil ara. Perlahan lahan dia mula menyengetkan kepalanya untuk mencium bibir itu.

Hampir sahaja bibir mereka berdua bertemu dan mata ara membesar. Dengan pantas dia mula menolak dada taehyung dengan kuat.

Taehyung kecewa dia ditolak. Dia sendiri pun tak sangka.

"Ara! awak tolak saya?"

Ara mula rasa bersalah lalu menunduk sopan beberapa kali.

"Mianhae taehyung! saya pergi dulu!"

Dengan cepat kakinya melangkah pergi daripada situ lalu masuk ke dalam rumah. Dia mula rasa bersalah dan takut.

Taehyung meraup rambutnya kebelakang dengan kasar.  Hatinya rasa terluka bila ara menolaknya cintanya. Adakah dirinya tak layak buat ara. Dia kecewa lalu pergi daripada situ.

Jihyo yang melihat hal itu dari jauh hanya mampu mengeluh. Dia mengikuti taehyung dari belakang dan cuba memujuknya.

      🥀🥀🥀

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now