21🥀

1.9K 257 18
                                    

Jiae berada di luar kafe sambil menunggu jungkook selesai melakukan pembayaran.

"Jiae?"

Tegur seseorang dan jiae memandang ke arahnya.

"Hoseok?"

Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan hoseok semula selepas insiden di supermarket hari yang dia lupa membawa dompetnya.

"Kenapa berdiri dekat luar? jomlah masuk" Ajaknya bersama lalu mengukir senyuman lebar.

"Tak saya cuma tunggu ju---"

Jiae mula teringatkan zaman sekolahnya dahulu. Hubungan jungkook dengan hoseok tidak lah begitu bagus. Hoseok sering membuli pelajar yang lemah dan nerd seperti jungkook. Dia juga lah selalu selamatkan jungkook daripada kena belasah dengan teruk serta merawat lukanya.

Jiae tahu hoseok menyimpan perasaan istimewa terhadapnya. Disebabkan dirinya selalu menolong jungkook. Hosok mula cemburu dan jungkook sering menjadi mangsa bulinya.

Hoseok merupakan pelajar sekolah yang bermasalah sering mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Itu salah satu perangai jiae tidak suka terhadapnya. Pernah satu hari mereka berdua bergaduh dengan teruk sampai 2 minggu tidak dibenarkan ke sekolah hanya gaduh kerana dia.

"Tunggu siapa?"

Belum sempat jiae hendak menjawab pertanyaan. Lengan nya ditarik lembut oleh jungkook dan menyembunyikan jiae di belakangnya.

"Dia tunggu aku" balas jungkook dingin. Dia merenung hoseok tajam.

Senyuman hoseok mengendur lalu tersenyum sinis. Tidak menyangka betapa drastiknya perubahan jungkook di depan matanya. Sebenarnya hoseok dan jungkook sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Kerana menyukai gadis yang sama  mereka berdua mula bermusuhan.

"Kau menyibuk apa lagi? kau dah boleh pergi jung hoseok" sindir jungkook sambil tersenyum senget. Hoseok pula ketawa sinis.

"Sedarlah jungkook yang jiae tu bukan milik kau!"

Baru hoseok ingin menarik tangan jiae tetapi dengan pantas jungkook menolak kasar dadanya sampai hoseok tertolak kebelakang.

"Kalau kau nak tahu Jiae dah jadi yeojachingu aku sekarang ni. Jangan nak sibuk nak ganggu hubungan kami berdua" keras sekali nada jungkook memberi amaran.

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau tu? entah- entah kau yang paksa dia kan?" teka hoseok lalu melihat ke arah jiae meminta jawapan.

Jungkook mula mengenggam tangannya dan bila-bila masa dia boleh hilang kawalan dengan menumbuk wajah hoseok di hadapannya.

"Kau nak tumbuk aku ke budak? silakan?" Cabar hoseok dan makin lama mereka berdua mula ke depan. Jiae melihat perkara itu terus ke tengah untuk berhentikan pergaduhan yang bakal dimulakan. Takut teruk pula yang jadi nanti.

"Dah lah tu?! tak malu ke orang ramai tengok ni?!"

Jiae menggunakan kedua dua tangannya menolak dada jungkook dan hoseok dengan kuat. Mereka berdua akur dan diam. "Jiae kalau ada masa nanti saya nak ajak keluar awak boleh?" tanya hoseok lembut dan jiae mengangguk pelan.

Jungkook melihat hal itu mula rasa cemburu. Dia cuba mengawal kemarahannya bila-bila masa boleh meletus kerana layanan mesra hosoek pada jiae.

"Kalau macam tu saya pergi dulu Bye" Sebelum hoseok pergi dia sempat juga dia mencuit hidung jiae dengan lembut. Jiae terkedu dan hanya tersengih kecil. Melihat hoseok telah pergi dia pun memandang ke arah jungkook semula.

"Awak tahu kan saya tak suka. Saya tak suka awak rapat dengan dia?! Awak lupa ke yang awak tu yeojachingu saya song jiae?!!" Terhinjut bahu jiae dibuatnya apabila jungkook menengkingnya.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now