10🥀

2.4K 318 28
                                    

Jihyo mendengar bunyi loceng rumah berbunyi. Segera dia pergi ke arah pintu utama. Dia melihat ada satu kereta polis di hadapan gate besar lalu jihyo membukanya. Automatik gate tersebut terbuka.

Jihyo pelik kenapa polis datang ke sini. Seorang detektif lelaki diikuti bersama detektif perempuan mula keluar daripada kereta lalu menghampiri jihyo.

"Awak puan song kan?"

Jihyo mengangguk. "Ya saya, kenapa encik datang ke rumah keluarga song. Ada apa-apa masalah ke?" tanya jihyo.

"Kami berdua datang ke sini sebab nak berjumpa dengan puan song dan tuan song joong ki mengenai kes 15 tahun lepas" ujarnya. Jihyo mengangguk lalu menjemput mereka berdua masuk.

Jihyo mula memanggil joong ki untuk turun berjumpa dengan dua detektif tersebut, Lalu mereka berdua duduk di hadapan dua detektif yang bertugas datang pada hari ni.

"Nama saya Choi minho. Boleh panggil saya detektif minho. Gembira jumpa dengan encik joong ki" mereka berdua bangun lalu berjabat tangan.

"Di sebelah saya ini rakan sekerja saya. Nama dia Im yoona. Boleh panggil dia yoona" sambung minho sambil memperkenalkan yoona sekali. Yoona hanya tersenyum ke arah jihyo dan joongki.

Di tingkat atas pula sunmi, ara dan jiae hanya memerhati dari bawah dan cuba mendengar perbualan mereka semua. Tetapi perbualan itu tidak dapat didengari jadi mereka bertiga hanya mampu melihat. Tanpa mereka semua sedar adik beradik song sudah berdiri di belakang mereka bertiga.

"Ehem!!"

Taehyung cuba menarik perhatian ketiga tiga gadis tersebut. "Ara unnie boleh tak jangan buat suara macam tu. Jiae nak dengar pun rasa ganggu tau!" rungut jiae. Jungkook hanya tersengih kecil melihat jiae marah. Comel betul.

"Yang kau salahkan unnie ni dah kenapa?! bukan unnie lah buat" ara mula menjeling tajam ke arah jiae. "Habis tu siapa pula kalau bukan unnie?! hantu? babi? jiran sebelah?!" perli jiae dan ara mula naik angin.

Sunmi berpusing ke belakang terkejut dia melihat figura tiga namja di situ.

"Sudah lah tu"

Sunmi menepuk bahu jiae dan ara pelan. Segera mereka berdua menepisnya. "Unnie boleh tak jangan masuk campur! ara nak ajar sikit budak bernama song jiae ni!!" jiae hanya menjelirkan lidahnya mengejek.

"Ingat jiae takut ke dengan unnie?! hmm kacang je kalau gaduh dengan unnie ni"perli jiae.

"Kau  cakap apa budak?! eii kau mari sini!!" ara mula menyinsing lengan baju nya sampai ke siku. Sedia nak bergaduh dengan jiae. Jiae juga mengikut gaya ara.

"Lawan ah kalau berani!"cabar jiae dan dia pun tak berpuas hati.

Sunmi geram lalu menarik cuping telinga jiae dengan ara serentak supaya berpusing menghadap ke belakang.

"Argh! unnie!!"

Terus mereka berdua terdiam bila melihat tiga lelaki yang dikenali berada di hadapan mereka semua.

Ara memejam matanya kerana malu bila adik beradik song melihat drama pergaduhan yang tidak berbayar tadi. Dia hanya tersengih dan jiae pula melarikan pandangannya bila jungkook melihatnya.

"Bergaduh sampai tak sedar kami bertiga dekat sini hah?" tanya taehyung lalu jungkook dengan jimin tergelak kecil.

"Maaf ya, kawan-kawan saya memang macam ni. Mereka jenis agak kebudak budakan dan nakal" serentak jiae dan ara memandang tajam ke arah sunmi. Ya mereka berdua malu.

"Awak semua nak apa? ada apa-apa kami bertiga boleh tolong?" tanya sunmi. "Saya nak tahu kenapa awak semua curi-curi dengar padahal awak semua tiada langsung kaitan dengan hal ini" kata jungkook lalu membuat ketiga tiga gadis itu hanya menundukkan kepala mereka.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now