8🥀

2.6K 324 23
                                    

Sunmi memasak bubur yang diminta oleh jihyo. Dia pelik siapa yang sakit dan dengan cepat dia meletakkan bubur tersebut di dalam mangkuk dan jihyo pun baru sahaja turun.

"Puan song saya dah siapkan bubur ni" ujar sunmi lalu memandang ke arah jihyo. Jihyo menghampiri sunmi. "Sunmi saya ada sesuatu nak beritahu awak ni. Saya harap awak tak kisah" sunmi hanya mengangguk.

"Saya tahu jimin sukakan kamu" mata sunmi mula membesar dan dia takut kalau disebabkan hal itu dia bersama dengan yang lain akan dipecat. "Puan! saya janji takkan dekat dengan jimin! tolong puan jangan pecat saya!" rayu sunmi.

"Saya takkan pecat kamu lah. Jangan risau".

"Habis tu puan nak suruh saya buat apa?"

Puan song tersenyum nipis "Layan dia dengan baik bukan bermaksud benda lain sunmi. Saya cuma nak kamu layan jimin dengan baik dan lembut. Kalau dia ada buat apa-apa perkara buruk dekat kamu beritahu saya dengan segera faham?".

"Tapi puan nanti jimin makin sukakan saya pula macam mana?"sunmi mula gelisah.

"Bukan selamanya kamu dan kawan-kawan kamu yang lain kerja dekat sini kan?"sunmi mengangguk faham dan setuju. Dia tahu apa yang puan song maksudkan.

"Sementara kamu masih bekerja dekat sini lagi layan dia dengan baik. Saya janji akan naikkan gaji kamu dengan yang lain".

"Baiklah puan saya akan cuba berusaha" balas sunmi lalu menunduk sopan. "Kalau jimin layan kamu istimewa macam yeojachingu dia. Tolong terima dan layan dia dengan baik. Jangan sesekali sakitkan hati dia dan saya sayang dia macam adik saya sendiri. Sunmi awak penting dalam hidup dia" sambung jihyo dan nadanya kedengaran tegas.

Sunmi mendengarnya merasakan dirinya dipikul tanggungjawab besar untuk menjaga hati jimin itu. "Baik lah saya harap kamu buat apa yang kita berdua janjikan tadi. Hantar bubur ni di dalam bilik jimin. Dia pasti suka" arah puan song. Dengan perlahan sunmi mengangkat dulang tersebut dan naik ke atas.

Sunmi mula membuka pintu bilik jimin. Jimin terus mengeluh sebab jimin berfikir bahawa jihyo yang masuk dan dia terus sembunyikan dirinya di dalam selimut.

 Jimin terus mengeluh sebab jimin berfikir bahawa jihyo yang masuk dan dia terus sembunyikan dirinya di dalam selimut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nuna chim tiada selera lah nak makan"rungutnya. Sunmi hanya meletakkan bubur tersebut di atas meja. Dia menghampiri jimin dan menarik selimut lalu meletakkan tangannya di dahi jimin.

Jimin terkejut dengan tindakan sunmi. "awak masih panas lagi lah jimin. Makan lah dulu biar saya suapkan nak?"tanya sunmi lembut. Jimin mula bangun dan matanya tak lepas memandang sunmi.

"Awak nak makan tak ni?" tanya sunmi. Jimin mengangguk kecil lalu tersenyum kecil. Hati jimin tersentuh dia ingatkan sunmi takkan melayani nya seperti apa yang berlaku pagi tadi.

Jihyo tersenyum lebar bila melihat jimin makan dengan lahap dan ketawa hal itu membuatkan dia bahagia kalau jimin gembira. Perlahan lahan dia menutup pintu tersebut supaya tidak menganggu.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now