22🥀

1.8K 236 10
                                    

"Saya tak kisah lah awak rapat macam mana sekalipun dengan dia!! saya tak suka orang sentuh hak milik saya terumatanya awak jung ara!!! jangan sebut pasal namjoon depan saya lagi! awak ikut saya sekarang!"

Taehyung dapat merasakan ara tidak mengikuti nya lalu berhenti. Dia berpusing ke belakang dan melihat ara masih lagi berdiri di tempat yang sama tanpa bergerak langsung buatkan dia lagi naik angin

"Kan saya dah cakap ikut saya jung ara!" Nada taehyung tegas memberi arahan kepada ara. Ara mula takut tapi dia cuba memberanikan diri.

"Saya tak nak"

Mungkin dia gila kerana baru sahaja menolak apa yang disuruh oleh taehyung. "Awak cuba cabar saya ke ara?" perlahan lahan taehyung menghampiri ara yang semakin mengundur diri kebelakang.

"Tak bukan macam tu. Tolong lah taehyung jangan buat saya macam ni" tanpa membuang masa taehyung dengan kasar menarik pergelangan tangan ara supaya mengikutinya.

Ara menjerit kecil.

"Taehyung!! awak bawa saya pergi mana ni?" ara cuba menarik tangannya. Dia memberontak dan tidak mahu. Tetapi taehyung memegangnya dengan erat dan ara hampir jatuh apabila tubuhnya yang kecil seperti diheret oleh taehyung.

Pergelangan tangan ara mula memerah dan ara terpaksa tahan sakit tersebut. "Taehyung!! tolong jangan buat saya macam ni"rayu ara dan dia mula menangis.

Taehyung hanya diam dan tidak menghiraukan rayuan ara tersebut lalu menuju ke tempat yang ingin dia pergi. Semestinya bilik tidurnya sendiri. Ara melihat tiada sesiapa berada di dalam rumah ketika ini.

Mustahil dia hendak meminta tolong. Secara tiba-tiba taehyung berhenti apabila dia bersemuka dengan jin yang baru sahaja balik daripada urusan syarikat.

Jin tersenyum dengan lebar dan dia dapat lihat dengan jelas ara cuba melepaskan diri daripada taehyung. "Taehyung baik kau lepaskan ara. Tangan dia sakit tu" pujuk jin lembut dan dia tahu dari anak mata ara sahaja meminta pertolongannya.

Jin memandang ara dengan berasa kasihan.
Taehyung tersenyum sinis. "Jangan sibuk dengan urusan aku" baru sahaja taehyung hendak melangkah pergi. Jin pula menghalang laluannya. "Taehyung aku bukan cuba nak masuk campur dalam urusan kau tapi aku tengok ara macam kena paksa"

"Kau kenal kan aku macam mana kim taehyung. Aku tak suka tengok perempuan dipaksa macam tu" keras nada jin bersuara. Taehyung mula sedar pergelangan tangan ara mula memerah disebabkannya.Perlahan lahan taehyung melepaskan ara. Dia rasa bersalah.

"Mian.."

Taehyung mula pergi meninggalkan mereka berdua di situ.

"Taehyung.."

Ara tidak sempat menerangkan segalanya pada taehyung dan dia hanya mengeluh kecil.

"Kalau saya tiada tadi macam mana lah nasib awak ara. Baik awak bincang baik-baik dengan taehyung. Dia akan faham juga nanti" dia menepuk pelan bahu ara. Ara mengangguk faham.


________________________

"Seok jae? buat apa dekat sini? hyung kamu mana?"

Yoongi bertembung dengan jae yang sedang sibuk memilih barang sekolahnya dan dia pula menemani ibunya membeli barang dapur hari ini.

"Jin hyung kerja. Hyung jangan risau sebab ada dua orang nuna yang teman jae beli barang" dia mengangguk faham.

Jin dengan yoongi merupakan sahabat baik daripada kecil lagi. Ayah mereka berdua selalu bekerjasama dalam projek syarikat yang besar. Boleh dikatakan keluarga yoongi dengan jin sememangnya rapat.

"Dekat sini kamu rupanya jae! puas nuna cari kamu tadi tau!" jae hanya tersengih bila dimarahi oleh sunmi. Salah dia juga sebab tidak memberitahu sunmi lebih awal.

Yoongi mula perasan yang sunmi ialah gadis yang dijumpainya ketika membeli barang pada hari tersebut. Yoongi mula tersenyum lebar dan dia gembira dia dapat jumpa sunmi semula.

"Nampaknya kita jumpa lagi sunmi?" Sunmi mula memandang ke arah yoongi.

"Yoongi? kamu kenal dengan jae ke?"tanya sunmi ingin tahu.

Tiba-tiba yoongi menarik bahu jae dan memeluknya. "Saya dengan jae dah macam adik beradik sama juga macam jin haha" Dahi jae berkerut dan dia berasa pelik dengan sikap yoongi mula mesra alam.

Selalunya dia dingin sahaja dan jae tahu hal tersebut. Tiba-tiba hari ini lain macam. "Hyung dah kenapa ni" bisik jae perlahan. "Kau diam kau ikut je aku!" balasnya lalu mereka berdua ketawa besar secara kekok dan sunmi juga turut ketawa kecil. Jiae yang baru sampai turut diperkenalkan oleh sunmi kepada yoongi.

"Yoongi! omma dah siap pilih barang ni" tegur puan min lalu menghampiri satu satunya anak tunggalnya itu sedang bersembang dengan dua orang gadis yang tidak dikenalinya. Lagi seorang puan min sememangnya dah tahu itu seok jae.

"Omma! sorry yoongi tak perasan pula. Sunmi,jiae ni omma kesayangan saya" segera jiae dengan sunmi menunduk hormat dan perkenalkan diri masing-masing.

Puan Min berasa pelik dengan perangai anak bujangnya itu. Selama ini dan setahu dia sikap yoongi acuh tak acuh dengan gadis-gadis yang ditemuinya tetapi kali ini bukan main mesra alam. Terkejut juga dia.

Tak pernah-pernah dia tengok yoongi senyum dan gelak dengan gadis padahal sebelum ini asyik tayang muka kerek tambah dingin itu tak habis-habis itulah membuatkan puan min geram dengan sikap yoongi. Nak cari menantu pun susah.

"Omma boleh tak yoongi tumpangkan sunmi , jiae dengan jae. Mereka bertiga tinggal serumah" Puan min hanya mengangguk.

Puan min menarik sedikit lengan yoongi dan mula berbisik. "Sejak bila kamu ni mesra dengan perempuan ni? omma tak tahu pun? ingatkan omma kamu ni berkunyit dengan seok jin je" membesar mata yoongi mendengar hal itu keluar daripada mulut ibunya sendiri.

"Omma! tolonglah jangan anggap anak kesayangan omma ni kunyit. Yoongi ni still ada taste dekat perempuan okay. Cuma yoongi belum cari lagi masa tu" terangnya dan puan min tergelak kecil.

"Omma nampak kamu ni suka sangat dengan perempuan nama sunmi tu?" yoongi mula tersenyum malu dan puan min mula menyampah pula. Hilang perangai swag anak dia tu. Baguslah ada juga dia menantu nanti.

"Kalau omma nak tahu kan dia bakal akan menjadi menantu omma suatu hari nanti. Percaya lah cakap yoongi ni" dengan yakin yoongi menepuk dadanya dengan bangga. Puan min ketawa besar. Semangat betul anak bujang dia ni.

"Jom omma!! kesian future wife yoongi tunggu lama-lama dekat kereta tu" ditariknya lembut lengan puan min menuju ke tempat parking kereta.

Puan min sekadar mengelengkan kepalanya. Dia lega mungkin yoongi dah jumpa perempuan yang dia suka. Dia berharap sangat gadis itu sesuai dengan yoongi. Dia mahu yoongi bahagia itu sahaja dia mahu.

________________________

Amboi yoongeh haha

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC...

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now