Epilogue

422 53 7
                                    

Kurogami Shiina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kurogami Shiina

Pagi yang cerah seperti kebiasaan,matahari bersinar dengan terang. Cahaya dia memberikan hidupan hijau tumbuh segar,seseorang sedang berjalan sendirian. Kurogami Inui berjalan sambil memegang bunga,tidak lama seseorang muncul dan Inui berhenti lalu menghampirinya.

"Kaguya!" ujar Inui.

"Saya dengar Shiina-nee dah sedar?" soal Kaguya.

"Ya.. Saya dalam perjalanan ke sana!" kata Inui.

"Saya ikut sekali!" ujar Kaguya.

Inui tidak berkata apa-apa dan terus berlari,diekori oleh Kaguya dan sambil diperhatikan oleh Jun serta Hina. Mereka berdua berbalas pandangan,kemudian tersenyum sahaja. Inui berlari keluar dari perhentian Tokyo bersama Kaguya,dia telah beritahu perkara ini pada kakaknya iaitu Ushio yang ketika berada di luar negara.

Namun tiada balasan kerana sibuk,Ushio jarang bawa telefon ke tempat kerja. Inui dan Kaguya tiba di hadapan pintu pagar hospital,mereka berlari masuk dan Reina muncul dengan tiba-tiba.

"Hey jangan lari dalam hospital!" Reina menghalang Inui dan Kaguya dari terus mara.

"Oka-san! Shiina-nee!" kata Inui dan Reina mengusap kepala Inui.

"Cuba bertenang.. Kakak kamu sudah sedar... Mari ikut ibu.."

Inui dan Kaguya tersenyum sahaja,masing-masing sudah termengah-mengah kepenatan. Inui berdiri di hadapan pintu bilik wad yang menempatkan Shiina,Inui mula ragu-ragu untuk membuka tetapi Kaguya dengan tiba-tiba menyentuh tangannya.

"Jangan risau.. Saya ada dengan awak.." kata Kaguya.

Inui mulanya terkejut menjadi tersenyum,kemudian dia mengangguk dan terus membuka pintu bilik. Inui melangkah masuk ke dalam dan terkedu,seorang perempuan berambut putih sedang memandang ke luar tingkap.

Perempuan itu menoleh dan terkejut,dia memandang ke arah Inui. Tidak lama dia mula menangis,Inui mengetap gigi dan berlari ke arah perempuan tersebut.

"Shiina-nee!"

Dua beradik itu berpelukan,Kaguya mengesat air mata terharu. Reina memerhatikan dari luar,Raito tidak lama muncul dan menyedari kehadiran Kaguya. Dia hanya menjengah dari belakang Kaguya,manakala Kaguya yang terkejut disuruh oleh Raito supaya mendiamkan sahaja tanda jangan beritahu mengenai kehadirannya.

Shiina kemalangan ketika Inui berusia 15 tahun,koma selama 2 tahun dan akhirnya sedar tanpa ada sebarang masalah ingatan. Doktor memberitahu ini adalah keajaiban,tidak lama selepas sahaja Shiina sedar Ushio pulang ke negara Jepun beberapa hari kemudian.

Ushio tergamam melihat Shiina tersenyum kepadanya,dia mula mengalirkan air mata dan Shiina pula menggelengkan kepala.

"Nee-san.." ujar Ushio menangis.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now