Chapter 10 : Conflict Between Yagami And Kusanagi?

376 69 2
                                    


Loceng tanda waktu rehat bergema,lantas aku mengemas dan bangun dari tempat duduk. Aku tiada mood buat masa ini,aku rasa geram sangat dan Rumi menghampiri aku.

"Awak nak ke mana?" soal Rumi.

"Kafe.." jawab aku pendek.

"Kami ikut sekali..." Kaguya mencelah.

"Tak,tak apa.. Aku nak bersendirian.." ujar aku terus meninggalkan mereka.

Kaguya dan Rumi hanya memerhatikan aku pergi tanpa berkata apa-apa,seketika Takeru menghampiri Kaguya sebaik aku pergi.

"Yagami..." sapa Takeru.

"Ya?" sahut Kaguya.

"Kita perlu berbincang..."

"Hah?"

Aku menyedut air kotak kemudian menghela nafas lega,entah kenapa aku rasa tidak selasa jika terus berada di dalam kelas. Muka Kusanagi Takeru bermain di fikiran,aku rasa nak tumbuk sahaja muka mamat tu.

"Kusanagi Takeru...!" ujar aku memerah air kotak sehingga kemek.

"Yo Inui! Apa kau buat di sini?" suara yang aku kenal menegur dari belakang.

Sebaik sahaja aku toleh muka Kamui begitu rapat,aku dan Kamui berbalas pandangan. Muka Kamui yang teruja membuatkan aku bengang,urat timbul di atas dahi aku dan hayunan tangan aku lakukan.

DUUUSSH!!

"Jarang kau lepak sini? Sejak jadi presiden perwakilan pelajar..." ujar aku melihat Kamui yang mukanya dalam keadaan lebam teruk,perbuatan aku sudah semestinya.

"Kau memang tak pernah berubah,tetap kuat seperti dulu... Hehehe..." Kamui berkata sambil tersenyum sinis.

"Nak kena lagi?" soal aku meregangkan tulang jari-jemari aku.

"Haha.. Aku menolak,baiklah..." ujar Kamui membetulkan cermin matanya.

"Kau tahu bukan pelajar pertukaran yang baru?" soal Kamui.

"Kau kenal dia?" soal aku pula.

"Mestilah,sebab aku student council president.." jelas Kamui.

"Jadi apa maklumat yang kau ada..?" soal aku lagi.

"Nampaknya dia dari 3 Sacred Family,sama seperti kau..." jelas Kamui lagi sambil membersihkan cermin matanya.

"Tekaan aku betul... Tak guna,kenapa Kusanagi pula berada di sini?" ujar aku sendirian.

"Hey Inui..." Kamui menepuk bahu aku.

"Kalau kau perlukan bantuan,persatuan pelajar ada membantu..." jelas Kamui dengan tersenyum.

Kamui dan aku telah kenal lama sejak dari sekolah rendah,kami berkawan rapat sehingga sekarang tetapi dia sibuk dengan urusan perwakilan pelajar sebagai pengerusi. Namun dia tetap ambil berat mengenai aku,dia adalah satu-satunya orang lain yang tahu mengenai hal konflik keluarga aku.

"Kamui..." ujar aku terharu.

"Tidak lupa,aku bagi kerusi selesa dalam persatuan perwakilan pelajar..." ujar Kamui masih tidak putus asa dengan memujuk aku menyertai dia.

"Lupakannya!" ujar aku pula menampar mukanya.

"Auwww.. Kau memang dingin.." kata Kamui memeluk tubuhnya.

"Kau kenal aku..kan.." kata aku tersengih dan Kamui juga membalas dengan senyuman.

Aku mendongak kepala ke atas langit,awan putih berarak dengan langit membiru. Angin bertiup dingin dan burung-burung kelihatan dengan kicauan merdu,Kamui sekadar diam dan menikmati tiupan angin.

Alangkah bagusnya aku menjadi burung..

Bebas terbang ke sana ke sini..

Namun aku sebagai manusia,sudah cukup baik kerana mempunyai fikiran..

Akal haiwan terhad dan sukar untuk mereka berfikir dengan baik..

Tetapi apa yang paling penting,tidak terlibat dengan konflik keluarga seperti manusia..

Sedang aku menikmati tiupan angin yang dingin dan selesa,kami diganggu dengan bunyi hentaman pintu dan segera kami menoleh. Rumi muncul di hadapan pintu,aku kehairanan kenapa dia termengah-mengah?

"Rumi?"

"Inui-san! Masalah!" ujar Rumi.

"Masalah?" Aku kehairanan.

"Kaguya! Dia sedang bergaduh dengan Kusanagi!" jelas Inui dan aku terkejut kemudian berbalas pandangan dengan Kamui.

Aku berlari mengekori Rumi dari belakang,Kamui turut bersama kami. Sampai di satu sudut kelihatan Kaguya sedang bercakap dengan seseorang,aku boleh agak dengan siapa.

"Jaga sikit mulut kau,Kusanagi! Jangan hina Inui dengan mulut kau yang busuk tu!" langkah aku terhenti kemudian aku menghalang Kamui dan Rumi dari terus mara.

"Kenapa?" soal Rumi.

"Kita dengar dulu apa yang mereka bualkan.." jelas Kamui pula dan aku sekadar mengangguk.

"Ha? Kenapa kau sebagai tunang aku membela dia?" soal Takeru dan kami terkejut,tidak bagi aku kerana pasal pertunangan Kusanagi dan Yagami adalah perkara sememangnya Kurogami tahu.

"Saya tak mengakui kau tunang saya,dan saya tidak akan terima sampai bila-bila...!" ujar Kaguya dan aku kagum dengan pendiriannya.

"Apa yang bagus sangat tentang dia yang buang keluarga sendiri,dia gagal sebagai pewaris utama Kurogami.. Kau minat pada orang seperti dia?!" soal Takeru tidak puas hati.

"Jika saya minat,itu bukan masalah kau..!" kata Kaguya dan terus beredar.

"Ha? Aku tak habis cakap lagi!" Takeru menangkap lengan gadis itu,Kaguya pula terkejut.

"Aku adalah pewaris keluarga Kusanagi.. Tindakan kau memalukan keluarga aku!" ujar Takeru geram.

"Keluarga kau masalah kau,ia tiada kena-mengena dengan saya...!" bidas Kaguya dan aku kagum dengan ketegasan dia.

"Berani kau!" Takeru mengangkat tangannya.

Kaguya memejamkan matanya dan air mata mengalir,Takeru terus menghayunkan tangannya ingin memukul gadis yang di hadapannya. Namun aku lebih pantas menahannya,Takeru terkejut dan Kaguya membuka matanya. Dia terkedu dengan kehadiran aku,mata aku pula merenung tajam ke arah Takeru dengan tangan aku menahan tangan Takeru.

"Kau...." ujar Takeru tidak puas hati.

"Inui?" Kaguya hanya mampu tergamam.

"Hentikannya,kau tak malu ke?" ujar aku.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now