Chapter 12 : Kurogami Raito

287 62 0
                                    


Aku minta Rumi hantarkan Kaguya ke rumahnya,kemudian aku pulang sendirian dan sampai satu tempat. Langkah aku terhenti dan tidak lama,Yuuya berada di hadapan aku.

"Yo.." sapanya.

"Hey.. Terima kasih sebab bantu aku.." ujar aku.

"Untuk tuan muda,saya tidak kisah.." kata Yuuya.

"Aku bukan lagi tuan muda kau Yuuya-san.." ujar aku.

"Walaupun apa yang tuan muda katakan.. Tuan muda adalah tuan muda.. Saya tidak akan berkhidmat di bawah orang lain.." ujar Yuuya.

Aku mengalah kerana Yuuya mempunyai pendirian tetap,lagipun dia antara yang mengajar aku seni pertahanan diri. Dia lebih sesuai ditempatkan bawah ayah aku,tetapi kenapa orang tua itu letakkan dia sebagai penjaga aku.

Semakin aku fikir semakin aku pening untuk mencari jawapan,pemikiran orang tua aku sukar difahami. Dia cuma pandang kami dua beradik sebagai alat dia untuk mencapai matlamatnya,aku ingat dengan jelas bagaimana dia lakukan pada kakak aku.

Semata-mata untuk kejayaan,untuk nama dia menjadikan kakak seperti mainan. Sebab itu aku tidak menerima apa yang dilakukan oleh Kusanagi Takeru,aku mengetap gigi menahan geram dan menghayunkan penumbuk ke arah dinding.

"Tuan muda!!" Yuuya terkejut dengan tindakan aku.

Tangan aku mengalir darah dan segera Yuuya keluarkan first aid,dari mana dia capai benda tu?

Sekelip mata tangan aku sudah berbalut kemas,aku terkebil-kebil melihat penumbuk aku yang sudah siap berbalut seperti balutan daripada nurse di hospital.

"Terima kasih.." ujar aku memandang Yuuya yang tersenyum bangga.

"Tuan muda patut berhati-hati... Jangan lepaskan marah sesuka hati.." kata Yuuya dan aku hanya mendengar sahaja.

"Tuan muda teringat semula apa yang berlaku pada kakak tuan muda?" soalan Yuuya membuatkan aku tersentak.

Aku tertunduk mengingati apa yang berlaku,kakak aku dan kakak Ushio terbaring di wad ICU koma kerana kemalangan jalan raya.

Kenapa?

Kenapa aku boleh teringat mengenai hal itu?

Adakah kerana sebab aku lemah?

"Yuuya.. Beritahu aku?" soal aku pada Yuuya.

"Tuan muda?" Yuuya risau.

"Apa yang berlaku pada Shiina-nee adakah sebab aku lemah?" soalan aku hanya membuatkan Yuuya terdiam kemudian menundukkan kepalanya.

Kakak sulung kami Kurogami Shiina,adalah pewaris utama dalam keluarga. Dia dikatakan sebagai budak genius,ayah kami merupakan seorang yang tegas dan juga pada masa yang sama. Seorang yang inginkan kesempurnaan,dia terlalu obses dan Shiina-nee menjadi mangsa dia.

Aku dan Ushio-nee masih lagi kecil,kami sayangkan Shiina-nee dan apabila usia dia mencecah 12 tahun. Ayah kami semakin lama semakin tegas dan ketat cara didikannya,dia tidak benarkan Shiina-nee bergaul dengan rakan sebayanya.

Sehinggalah ayah mengaturkan perkahwinannya,kakak kami tertekan sehingga melarikan diri dan terlibat dalam kemalangan.

Shiina-nee koma dan kami semua bersedih tetapi,ayah kami langsung tidak tunjukkan rasa kesal dan sasarkan Ushio-nee. Tetapi tidak lama apabila aku keluar dari keluarga itu,bersama-sama Ushio-nee.

Orang tua itu tidak putus asa untuk membawa kakak aku,kembali ke dalam keluarga kami. Tetapi aku dan Daigo-nii bekerjasama menghalang semua itu,sekarang tinggal aku sahaja kerana kadang-kala Ushio-nee dan Daigo-nii ke luar negara untuk urusan kerja.

Aku hanya menghela nafas pendek,Yuuya hanya memerhatikan aku. Tidak lama muncul kenderaan limousin,berhenti betul-betul di sebelah aku. Cermin tingkap diturunkan dan aku terkejut,melihat siapa gerangan di dalam.

"Lama tak berjumpa anak tak sedar diuntung..." ujar lelaki itu.

"Tuan Kurogami..." Yuuya terkejut dengan kehadiran ayah aku.

Kurogami Raito itulah nama ayah aku,dia merenung aku dengan tajam. Aku hanya membalas renungannya sahaja,dia tersenyum sinis dan mendecih.

"Masuk dalam.. Aku ada benda nak cakap.." ujar ayah.

"Aku menolak,tiada sebab untuk aku dengar cakap kau.." balas aku dan ayah aku hanya memandang aku kosong.

"Degil seperti biasa... Baiklah..." kata ayah aku dan membuka pintu kereta.

Aku agak terkejut melihat tindakannya,dia keluar dari kenderaan dan berdiri di hadapan aku. Kami berbalas renungan agak lama,aku hanya mendiamkan diri.

"Pihak Kusanagi hubungi aku,kau ceroboh masuk rumah mereka.. Benar?" soal ayah aku dan aku terkejut,mungkin ini kerja Kusanagi Takeru.

"Apa yang tuan ingin buat jika saya ada lakukan?" soal aku dan ayah aku hanya merenung aku tanpa berkata apa-apa.

"Cukuplah Inui.. Baliklah rumah.." ayah aku berkata lembut.

"Untuk apa? Menjadi boneka ayah semula?" bidas aku.

Kata-kata aku hanya dibalas pandangan kosong olehnya,dia menghela nafas pendek kemudian kembali masuk ke dalam kenderaan.

"Fikir baik-baik.. Kamu mempunyai masa depan yang cerah.." ujar ayah aku.

"Masa depan saya lebih cerah tanpa bantuan Kurogami.. Tuan tidak perlu susahkan diri nak fikirkan hal kami berdua.." balas aku lagi.

"Kamu betul-betul bencikan ayah?" soal ayah aku dan aku hanya merenungnya tanpa menjawab soalannya.

Agak lama kami berbalas pandangan kemudian ayah aku,tersenyum pahit dan cermin tingkap dinaikkan. Tetapi dia sempat berkata sesuatu,aku hanya terdiam dan kenderaan di hadapan kami berlalu pergi sambil diperhatikan oleh aku serta Yuuya.

"Tuan muda..." ujar Yuuya dan aku menoleh ke arahnya.

"Aku salah dengar ke?" soal aku.

"Kenapa?" Yuuya kehairanan.

"Ayah aku macam cakap.. 'Maafkan ayah,berikan ayah peluang untuk tebusi kesilapan'...." ujar aku dan Yuuya bagaikan tidak percaya.

Aku mungkin salah dengar jika itu datang dari mulut ayah aku,kerana ego dia tinggi kalahkan petala langit. Aku harus berhati-hati jika itu taktik dia,aku tidak akan senang masuk perangkap.


















KUROGAMI RAITO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KUROGAMI RAITO

===========================

Double update baru

Moga terhibur

😊😊😊😊

Komen and vote please

Ciao!

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now