Chapter 7 : I Have A Sister

406 69 0
                                    

Aku berbalas pandangan dengan ibu aku,Rei dan Yuuya. Mereka tidak berani berkata apa-apa,apatah lagi ingin melakukan tindakan namun Rei menghentak tiang.

"Berani kau sebut nama perempuan tu?!" soal Rei dan meluru ke arah aku serta mengepalkan penumbuknya.

"What a pain..." ujar aku sambil jatuhkan beg,dan bersiap-sedia untuk mempertahankan diri.

"SAYA CAKAP JANGAN BERGERAK BUKAN?!" Ibu aku meninggikan suara dengan tiba-tiba,Rei terus terhenti saat ingin menumbuk aku.

Suasana menjadi tegang apabila kejadian itu,telah menarik perhatian para pelajar. Aku mendecih apabila semakin lama,semakin ramai pelajar berkumpul menyaksikan keadaan itu.

"Cukup,kita pulang sekarang!" ujar ibu aku dan beredar,namun dia sempat memandang aku.

Saat itu aku tahu dia sedang kesedihan,namun aku ada sebab sendiri. Rumi dan Kaguya muncul di sebelah aku,ibu terkejut kerana kehadiran Kaguya. Aku hanya mendiamkan diri,manakala Kaguya sekadar menundukkan kepala sahaja. Ibu aku pergi sambil diekori oleh Yuuya dan Rei yang merenung aku dengan bengis. Pelajar-pelajar lain turut sama beredar,aku sekadar menghela nafas pendek.

"Kurogami-kun,apa yang berlaku...?" soal Rumi sebaik kereta yang dinaiki oleh ibu aku,hilang dari pandangan.

"Saya dah beritahu bukan?" soal Kaguya pula dan aku memandang ke arahnya.

"Yagami-san?" Rumi tidak faham apa yang berlaku.

"Jika awak masih berdegil,tuan Raito akan-"

"JANGAN KAU SEBUT NAMA DIA DI HADAPAN AKU!" aku pintas kata-kata dia sebaik nama itu disebut.

Rumi terkejut dan Kaguya membesarkan matanya,dia terkejut dengan renungan tajam daripada aku. Nama itu buatkan aku rasa sakit dan menderita,nama seorang ayah tetapi aku langsung tidak dapat rasa kasih sayang seorang ayah.

"Kurogami-kun?" soal Rumi memapah aku.

"Jangan kau berani..." ujar aku lalu beredar sambil dibantu oleh Rumi.

Aku dan Rumi berhenti di sebuah kafe,untuk berehat hilangkan penat atau tekanan. Air berperisa oren aku hirup menggunakan straw,Rumi tidak berkata apa-apa dan hanya memerhatikan aku sahaja.

"Apa yang berlaku?" soal Rumi dan aku memandangnya.

"Maaf ketua kelas.." ujar aku dan Rumi hanya menundukkan kepalanya.

"Bukan sekarang..."

"Huh?"

"Satu hari nanti saya akan jelaskan..." jelas aku dan Rumi mula tersenyum.

"Emm! Yakusoku darou na? (janji ya?)" ujar Rumi dan aku hanya tersenyum kemudian mengangguk sahaja.

"Ini kali pertama saya nampak awak senyum!" ujar Rumi teruja.

"Ah... Ye ke? Aku sendiri tak sedar..." kata aku mengusap belakang kepala.

Rumi hanya tersenyum dan aku hanya menghela nafas pendek,kemudian bunyi loceng kedengaran dan kami menoleh. Kaguya kelihatan melangkah masuk ke dalam restoran,Rumi terkejut dan apa yang dia mahukan?

"Yagami-san..." ujar Rumi sebaik Kaguya berhenti di tempat kamu duduk.

"Ada sesuatu yang kami boleh tolong?" soal aku selamba.

"Boleh kita bercakap sebentar? Cuma berdua.." ujar Kaguya merenung tajam,aku sedar jika tolak sekalipun dia akan mendesak.

"Ketua kelas,tunggu sini sekejap okay?"

"Okay..."

Aku mengekori Kaguya dan duduk di meja luar,aku sekadar memerhatikan Kaguya tanpa bersuara. Aku perhatikan keadaan sekeliling,tiada kelibat orang yang dihantar oleh pihak Kurogami.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now