Chapter 15 : True Reason?

274 58 3
                                    

Hai guys cerita ini point of view tidak tetap,kadang dari watak utama kadang dari third person iaitu dari pembaca

"Hmmm.... Macam tu.." ujar Sanzo sebaik mendengar penjelasan daripada Inui.

Inui sekadar menghela nafas pendek,Sanzo berfikir seketika dan Inui menunggu kata-kata pandangan daripada gurunya itu. Tiada siapa tahu apa yang gurunya akan katakan,dia sendiri masih tidak faham personaliti gurunya itu.

"Kau memang nak bantu pewaris keluarga Yagami ni?" soal Sanzo dan Inui menghela nafas pendek.

"Kebiasaan saya tidak mahu masuk campur.. Tetapi apa yang dilakukan oleh keluarga Kusanagi adalah sangat melampau.." ujar Inui.

"Maafkan saya?" Kaguya mencelah dan mereka menoleh ke arahnya.

"Boleh saya tahu siapa sebenarnya Yamasato-san?" soal Kaguya dan Inui memandang ke arah Sanzo,gurunya mengangguk.

"Jangan terkejut..." ujar Inui dan Kaguya mengangguk sahaja,Inui membuka mulut dan memberikan penerangan.

YAMASATO SANZO adalah ketua dalam keluarga Yamasato,bersikap tegas dan juga tidak mudah lari dari pendirian hidup. Tiga Keluarga Utama iaitu,Kurogami,Kusanagi dan Yagami adalah di bawah pimpinan keluarga Yamasato.

Perkara ini sudah lama berlanjutan selama 100 tahun,bagi orang awam keluarga Yamasato adalah misteri. Ini kerana ketua keluarga Yamasato,jarang tunjukkan diri kepada awam.

Keluarga Yamasato dikatakan ada puluhan ribu pengikut,tetapi masing-masing semua bergerak secara senyap atau low-profile. Mereka melindungi keluarga Yamasato,dari bayang dan jika masalah datang. Pengikut inilah yang selesaikan masalah tersebut,keluarga Yamasato mempunyai tiga syarikat korporat dan setiap satu diuruskan oleh pengikut yang dipercayai sepenuhnya oleh Yamasato Sanzo itu sendiri.

Ada khabar angin mengatakan Yamasato Sanzo adalah immortal,hidup lebih dari ratusan tahun tetapi khabar angin itu tidak tahu sama ada kesahihannya.

"Macam tu la lebih kurang..." jelas Inui.

Kaguya tergamam dan terkebil-kebil,dia memandang ke hadapan ke arah Sanzo yang sekarang duduk bersilang tangan.

"Hey khabar angin tu tak payah la cerita..." ujar Sanzo.

"Ah.. Maaf guru,saya tak sengaja.." kata Inui tersenyum kelat.

"Memang betul kan,kau kan memang immortal..." Tezuka mencelah.

"Haha.. Jangan dengar kata-kata dia.." satu suara menegur dan Tezuka ditumbuk sehingga tercampak keluar.

Seorang wanita berambut hitam berkilau,panjang paras atas pinggang mengepalkan penumbuknya sambil menghembus nafas puas hati.

"Ah... Kak Elene..." ujar Inui.

"Hey budak,lama tak jumpa.. Sibuk study ke?" soal perempuan bernama Elene tersengih.

"Lebih kurang la macam tu..." ujar Inui.

"Err... Dia okay ke?" soal Kaguya pada Sanzo,manakala Sanzo menoleh ke luar.

"Oi.. Kau okay ke?!" teriak Sanzo selamba dan Tezuka bangun menghembuskan nafas lega.

"Okay pebenda kalau kena sepak dengan gorilla tu!!" Tezuka membalas dan Elene telinga bergoyang sedikit mendengar kata-kata lelaki itu.

"Gorilla..?"

Tezuka mengemamkan mulutnya,air liur ditelan dan memanjat dinding pagar lalu melarikan diri. Elene matanya bersinar dan terus mengejar Tezuka,Kaguya terkebil-kebil melihat keadaan tersebut.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now