Chapter 17 : No One Will Ever Knew

270 55 2
                                    


Kamui menutup kedua telinga dia,mendengar jeritan Rumi yang menggegarkan gegendang telinganya. Rumi tergamam dengan penjelasan daripada Kamui,mereka akan ke rumah yang berpengaruh?

"Kita akan ke rumah yang berpengaruh?! Serius la!" Rumi cemas dan Kamui hanya menggelengkan kepala.

"Kenapa awak cemas sangat ni?" soal Kamui.

"Yamasato group tu seperti yakuza la kan? Mereka bunuh orang yang tidak ikut arahan mereka.." ujar Rumi.

"Rumi-san,simpan paranoid awak.. Mereka orang biasa seperti kita,mereka tidak akan apa-apakan kita kalau kita tidak buat salah.." jelas Kamui dan Rumi memandang ke arahnya.

"Betul ni?" soal Rumi.

"Ya.. Saya janji.." kata Kamui tersenyum kelat.

Pada masa yang sama,Inui baru sahaja sampai di hadapan rumah kediaman Yamasato. Matanya melirik ke arah seorang lelaki berambut hitam,bersebelahannya ada seorang wanita berambut putih dan mungkin pasangan suami isteri.

Si isteri menunduk hormat dan Inui membalas,dia sempat menjeling ke arah si suami dan mereka berbalas renungan bagaikan kilat bertembung. Pintu pagar terbuka dan Pheara muncul,dia sempat memberi sapaan pada pasangan itu sebelum kembali masuk bersama Inui.

Si suami dan si isteri memerhatikan,si suami kehairanan melihat si isteri yang tersenyum lebar. Gila ke isteri dia senyum macam tu?

"Awak kenapa?" soal si suami.

"Well.. Budak tu sama perangai macam awak masa kita berjumpa,dingin..." kata si isteri dan si suami hanya membuat muka blur.

Inui mengekori Pheara dari belakang,sambil memikirkan pasangan tadi. Dia merasakan aura luar biasa,datang dari pasangan tersebut.

"Siapa mereka?" soal Inui.

"Huh? Ouh.. Mereka? Mereka tu pasangan Kirisaki,jiran kami dan kadang setiap petang mereka akan duduk di luar menikmati permandangan petang..." jelas Pheara dan Inui mengangguk faham.

"Baiklah Inui.. Rasanya Kaguya ada di dalam.." kata Pheara dan beredar,Inui menunduk hormat.

"Kaguya..? Awak ada di dalam?" soal Inui mengetuk pintu dan terus terbuka,Kaguya dengan muka bosan merenungnya.

Kaguya.. San..?" Inui tersenyum kelat.

"Lambat!!" ujar Kaguya sambil memuncungkan mulutnya.

"Hey janganlah marah.." kata Inui memujuk.

"Saya bosan tahu? Duduk terperuk di dalam rumah.." jelas Kaguya.

"Bagaimana permainan video?" soal Inui.

"Saya dah habiskan semuanya.." jelas Kaguya dengan menjeling ke arah monitor television.

Inui menoleh dan terkejut kerana markah pencapaian permainan video,semuanya telah berjaya dipatahkan oleh Kaguya dan Inui terkebil-kebil sahaja.

"Kau ni betul-betul manusia ke?" soal Inui.

"Biadabnya,saya manusia okay?" ujar Kaguya tidak puas hati.

Yagami Kaguya sebenarnya menyimpan rahsia lain,apabila di sekolah dia adalah salah satu idol sekolah. Tetapi apabila di rumah,dia adalah gamer freak dan Inui tahu selepas beberapa hari dia bergaul dengannya.

"Hey.. Hey.. Inui! Jom main satu permainan?" pinta Kaguya dan Inui sekadar tersenyum.

Pada masa yang sama,pasangan Kirisaki itu juga menyedari kehadiran dua lagi pelajar. Kamui dan Rumi kemudian menundukkan kepala tanda hormat,pintu dibuka dan mereka melangkah masuk.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now