Chapter 14 : He Done it!

299 56 8
                                    


Lima kereta hitam bertimbun habis remuk semuanya,aku tergamam melihat bulldozer merempuh kenderaan itu semua. Malahan individu yang lakukan perkara tersebut seorang yang berani,malah Inui mengenalinya dan lelaki itu turun dari kenderaan tersebut.

"Shishou.." Inui menegur dan kenapa dia panggil lelaki itu shishou?

"Kau okay?" soal lelaki itu.

"Ya.. Terima kasih pada shishou.." jelas Inui dan lelaki itu hanya tersenyum.

"HOI!!" Eizan mencelah renungan tajam.

"Apa?" soal lelaki itu dengan muka selamba tanpa reaksi takut.

"Siapa kau hah?! Berani kau mengganggu urusan keluarga kami?!" soal Eizan dan lelaki itu sekadar bersahaja.

"Kenapa aku tak berani pula? Sini kawasan aku.." jelas lelaki itu dan salah seorang lelaki bersuit hitam menyerang hendap dari belakang.

Aku terkejut dan Inui melindungi aku,tetapi lelaki yang membantu kami sekadar bersahaja kemudian mencengkam muka lelaki bersut hitam. Aku terkejut kerana lelaki bersut hitam itu,bertubuh sasa dan besar tetapi diangkat dengan cengkaman hanya sebelah tangan.

"Sanzo-shishou!" ujar Inui dan lelaki bernama Sanzo itu hanya menjeling ke arah pihak keluarga Kusanagi.

"Aniki.. Simbol pada pakaian dia.." kata Takeru dan Eizan memandang ke arah simbol pada baju Sanzo.

Eizan terkejut dan menggigil,dia tahu simbol pada baju lelaki bernama Sanzo. Inui hanya mendiamkan diri,Sanzo mencampakkan lelaki bersut hitam ke tanah. Orang itu tidak sedarkan diri,namun masih hidup dan Sanzo merenung Eizan serta Takeru.

"Yamasato Sanzo?" soal Eizan.

"Ouh.. Kau kenal aku?" Sanzo berkata sambil tersenyum.

"Yamasato clan,adalah ketua bagi ketiga-tiga puak.." Inui memberikan penjelasan,aku terkejut kerana di hadapan kami adalah ketua Tiga Keluarga Keramat?

"Kalau kau kenal aku,apa lagi? Kalau nak selamat.. Berambus.." ujar Sanzo dan Eizan mendecih,kemudian dia memandang ke arah Inui dan aku.

"Semua ini tidak akan berakhir..!" ujar Eizan dan beredar diekori Takeru.

"Anak muda dari keluarga Kusanagi macam ni punya teruk?" soal Sanzo sendirian kemudian menoleh ke arah kami berdua.

"Kau Inui.. Boleh jelaskan?" ujar Sanzo merenungnya.

"Kenapa pulak?" soal Inui mengeluh.

"Kau tu mula tak nak masuk campur urusan keluarga lain,kenapa tiba-tiba nak membantu anak gadis keluarga Kusanagi?" soal Sanzo dan Inui terdiam.

"Itu.." Inui tiada kata-kata untuk membidas.

"Kamu berdua tidak perlu ke sekolah.." ujar Sanzo dan kami tersentak,Sanzo menaiki semula bulldozer miliknya.

"Ikut aku balik rumah.. Jelaskan semuanya.." kata Sanzo lagi.

"Ikut je Kaguya.. Shishou takkan berubah fikiran kalau dia dah kata macam tu.." ujar Inui dan aku hanya mampu menurut.

Kami berdua menahan segan sepanjang perjalanan,kerana menumpang jentera bulldozer. Orang awam memerhatikan kami dengan pandangan hairan,Sanzo hanya selamba memandu kenderaan besar ini.

"Inui..?" soal aku menyapa.

"Ya..?" sahut Inui.

"Kenapa awak panggil dia shishou?" soal aku ingin tahu.

"Sebab shishou yang mengajar aku dalam seni pertahanan diri.." jelas Inui dan aku terkejut.

"Ya.. Dia seorang yang memaksa.." Sanzo menyampuk dengan tiba-tiba.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now