Chapter 8 : Call Me By My Name..

406 72 2
                                    

"Lama tak jumpa Inui!" ujar Ushio dan memeluk aku dengan erat,aku pula hanya tersenyum dan membalas pelukannya.

Sudah tentu aku lakukan sebegitu,dia kakak kandung aku.

"Kenalkan,ini Fukami Rumi.. Ketua kelas aku..." ujar aku menunjukkan pada Rumi.

"Ouh...hi,kamu apa khabar?" sapa Ushio tersenyum.

"Ah...baik.." balas Rumi pendek.

"Hey,jangan buat macam tu.. Kamu takutkan dia.." ujar suaminya atau abang ipar aku,Yuzuki Daigo menarik pipi kakak aku.

"Kenalkan ketua kelas,mereka berdua adalah abang dan kakak aku..." ujar aku pula dan Rumi mengangguk sahaja.

"Saya Yuzuki Daigo,panggil je Daigo..pengkaji tinggalan sejarah..." ujar Daigo memberi pengenalan diri.

"Yuzuki Ushio,yoroshiku onegaishimasu! Panggil je Ushio..!" kata Ushio pula dengan muka ceria.

"Kochirakosou..yoroshiku onegaishimasu(begitu juga dengan saya,salam hormat),Fukami Rumi desu..Daigo-san,Ushio-san..." ujar Rumi.

"Ara... Kawaii desu-no!..(comelnya!)"

Ushio terus menerpa ke arah Rumi dan memeluknya,aku dan Daigo sekadar mendesah melihat perangainya. Namun selagi Ushio boleh tersenyum,aku puas hati kakak aku gembira. Aku mengeluarkan kunci rumah,membuka kunci pada pintu pagar dan pasangan suami isteri itu segera mengangkat bagasi mereka.

"Saya mohon minta diri..." Rumi menegur.

"Rumi.." aku memanggil namanya,Rumi terkejut dan menoleh.

"Kurogami-kun?" soal Rumi.

"Masuklah.." pelawa aku dan Rumi terkedu,Ushio dan Daigo hanya masuk tanpa menunggu aku.

"Okay ke kalau saya masuk?" soal Rumi dan aku hanya tersenyum.

"Apa salahnya?" soal aku pula dan Rumi terkejut.

"Bukan kau kawan aku ke?" sambung aku lagi dan saat itu Rumi tersenyum girang.

"Okay!" Rumi terus berjalan masuk ke dalam rumah dengan senyuman manis.

"Ojamashimasu... (maaf mengganggu...)" ujar Rumi sebaik masuk ke dalam,selepas menanggalkan kasutnya.

"Kamu duduk dulu,nak minum apa? Kopi? Teh? Maaf itu je saya pandai..." ujar aku dan Rumi berfikir sejenak.

"Kalau begitu,saya nak teh.." balas Rumi tersenyum.

Aku sekadar mengangguk sahaja,kemudian berjalan ke arah dapur yang berdekatan dengan ruang tamu. Apa yang memisahkan hanyalah dinding sahaja,aku membuat teh dengan teliti. Ushio melangkah masuk ke dapur,kami berdua berbalas senyuman.

"Hi kak.. Duduklah dulu.." ujar aku.

"Tak apa,cuma nak bermanja dengan adik akak je.." Ushio berkata sambil tersenyum.

Aku tidak berkata apa-apa lagi,lalu fokus pada pembuatan teh. Sudah menjadi kebiasaan apabila membuat sesuatu,aku hanya fokus pada benda yang aku buat sahaja. Ushio tergelak kecil dan aku pula kehairanan,Rumi pula kelihatan dia berbual dengan abang ipar aku Daigo.

"Gadis tu mesra alam,dia boleh berbual dengan Daigo..." ujar Ushio.

"Ya..dia memang penyibuk.." jelas aku jujur.

"Tak elok kata begitu..." Ushio mengerutkan dahinya.

"Maksud saya,kalau dia tak menyibuk.. Sudah tentu dia tidak akan berada di sini..." ujar aku sambil menuangkan air teh pada keetle.

CRAYON™ (C) Where stories live. Discover now