HFDS 3

15.6K 649 4
                                    

"ELL.. itu bukan tunang kau ke? Kenapa dia keluar dengan perempuan lain? Siap berpeluk lagi." kata Fira sambil tangannya menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang memeluk erat seorang wanita. Mendengar sahaja bicara Fira, terus sahaja dia berpaling melihat.

Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Matanya sudah mula terasa panas. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh. Sedih? bukan tapi dia tahu nak buat apa lagi lepas ni. Gembira sudah pasti.

Telefon bimbit dikeluarkan lalu mengambil beberapa aksi gambar mereka. Dengan kadar segera dia membawa Fira beredar menjauh.

"Apasal kau tak serang je tadi?" ujarnya hairan. Kepala yang tak gatal di garu, kalau perempuan lain memang dah lama buat.

"Aku memang nak putus. Jadi dah alang-alang tu bagi aje terus bukti. Senang cerita" jawap ku senang. Tak sia-sia Fira paksa keluar hari ni.

"Peliknya kau", komennya berjalan ke depan. Aku mengangkat bahu tak memberi komen apa-apa. 

"Tak payah cakap pasal dialah. Aku malas nak cerita", ujar ku bosan.

"Eh jom makan tadi bukan ada orang nak belanja ke?", ujar Elina segera menukar topik. Malah mengungkit jurus pujukan tadi.

"Yelah, yelah. Laju aje kalau pasal makan" Mereka masuk ke sebuah makan fast food iaitu KFC. Selepas sahaja kami makan, terus saja berjalan mengelilingi shopping complex.

"Wow, banyaknya korang shopping. That's a lot of bag shoppings. Untuk  beberapa bulan ni nak pakai?" soal teman lelaki Fira, Azim iaitu teman sekolah ku jugak. 

"You know, women.." jawapku.

"Beside there on side sale. We cannot stop from looking at all that thing. Well.. women never turn down on discount.", jawap Fira senyum meleret.

"Or else we'll be so heartbroken" sambung ku semula mempersetujui kata Fira tadi dengan anggukan. Jangan lepas peluang.

Azim buat muka toya. Alasan tak boleh diterima sangat. Ada ke sale hendak patah hati kalau tak layan? Alasan perempuan aje tu.

"Lepas ni nak pergi mana? Dah nak balik ke?" tanya Azim terus. Tak rancang pun sebenarnya nak ikut mereka ni, buang masa dan duit saja',bisiknya dalam hati.

"Tak aa penat. Nak balik sebab tu panggil kau datang ambil."

"Haa sama. Tak larat lagi ni. Boleh bawak kan tak? Penatlaa sayang.." adu Fira mengada-ada sambil menyerahkan beg shopping kepadanya.

"Kesiannya dia. Meh biar abang sado bawakan" kata Azim perasan.  Fira yang mulanya muka monyok kini tersenyum gedik. Berhampir dengan Azim mula datang gediknya nak pegang-pegang lengan lelaki.

"Yang aku punya ni, kau tak bawa kan pulak?" tempelak ku tak puas hati ditinggalkan oleh mereka berdua.

"Suruh tunang kau bawakan," ujar Fira dan Azim serentak kemudian dari jarak hampir kedengaran ketawa mereka berdua. Aku mendengus.

Dengan tenaga yang diperah aku dapat membawa sendiri bukan macam Si Fira tu. Lembik! kutuk ku perlahan. Dari belakang mengikuti mereka menuju parkir.

"Cepatlah lina", gesa Azim sedia sudah membuka bonet.

"Sabarlah. Kau bukan nak tolong pun"

"Yelah, yelah meh aku tolong bawakan." Azim mengambil beg shopping dari ku.

Aku masuk dan duduk bahagian belakang. Lama mata ku terasa berat hingga pandangan pun jadi gelap.

"Amboi, amboi sedapnya dia tidur. Macamlah balik ni jauh perjalanan", sindir Fira bila menoleh kebelakang. Patutlah sunyi aje, rupanya orang belakang tu tidur.

"Kejutkan dia. Kejap lagi nak sampai rumah dia ni", beritahu Azim.

"Lina.. bangun. Dah nak sampai ni. Penat sangat dah aku tengok kau ni. Macam tak pernah shopping saja aku tengok"

"Dah bangun.." suruhnya lagi bila aku hanya berkelip mata tanpa riak.

"Aku penatlah. Kau mana tau."


"I nak ke washroom kejap." Dia bangkit setelah menghabiskan makananya. Hari ni biar aku sendiri mengajaknya keluar. Hari ni jugak akan ku selesaikan.

"Handphone awak ni tak bawa ke?", soalku bila telefonnya dibiarkan atas meja.

"Biarlah. You boleh jagakan kan?" soalnya.

Aku mengganguk. Dia terus pergi. 

Beberapa ketika kemudian, telefonnya berkelip-kelip dan bercahaya menandakan ada panggilan.  Tiada getaran. Tiada bunyi dering. Aku menilik namanya. Baby!

Saat itu jugak hatiku semakin membara untuk mengakhiri hubungan yang sudah terjalin. Kenapa nak bertahan kalau sudah dari awal buat curang. Pandai betul dia ni bermuka-muka!

Aku buat tidak nampak saja. Membuat sibuk membelek telefon sendiri sehinggalah dia dia muncul.

"Sorry lama, I jumpa kawan lama tadi. Terserempak. Kebetulan dia makan sini tadi. Berbual dengan dia sekajap tadi." Azrin berkata. 

"Oh, lama ke? Time flies.." ujar Elina buat terkejut. Kononnya. Sepanjang dia main telefon tu, takde benda pun dia nak cek. Saja main.

Dia tengok telefonnya. Mukanya agak gelisah.

"Ada orang call I ke tadi?"  Aku berkerut kening.

"Tak tahu. Takde bunyi pun tadi", kata ku berpura tidak tahu.

"Oh I lupa handphone ni silent. Dah jomlah balik. Kejap lagi I ada meeting"

"Ada meeting ke dating?" sindir ku masih lagi di tempat sama. Azrin yang berdiri kini duduk semula. Wajahnya tanpa riak.

"Ye dating dengan you buat masa ni. Tapi lepas ni I meeting dengar tak?" Azrin senyum lembut pada ku. Aku ketawa perlahan.

"Saya rasa kita patut putus tunang ajelah. Senang awak nak buat suka  hati", balas ku senada. Azrin berkerut kening. Tak faham.

"Kenapa you ni?"

"Kita putus. Takkan tak faham, awak dah ada spare buat apa nak teruskan kan?"

"Jangan nak mengarut", pintasnya berdiri laju. Cepat break you dah nak habiskan?" tanyanya melihat jam tangan sekilas. 

"Saya belum habis cakap lagi, Azrin. Tak payahlah nak bermuka sangat!" marah ku. Dia macam mengelak.

"Cepat Elina.. I tak masa nak cakap hal benda ni" Azrin melihat ku lama begitu jugak aku. Lama kami menatap sesama sendiri. Aku mendengus dan berdiri. 

"You nak pergi mana? Biar I hantar" suaranya.

"Nak balik sendiri. Kata ada meeting kan? Haa pergilah"

Sepuluh tapak ku berjalan dan menoleh kebelakang. Azrin sedah tiada. Betullah dia pergi baby dia tu? Sakit pula hati aku!

Kenapalah aku tak betul-betul marah tadi? Macam mana ni, tak berhasil pun, tanya diri ku bingung.

#####

Huhu tak tahu bosan sikit bab ni. Vote yee😊

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now