HFDS 2

17.1K 664 11
                                    

"OKAY, NOW eat, eat." Arahku sebaik sahaja dia membaca doa apabila makananya sampai. Tepat sungguh pada waktunya. Sebab dia tanya soalan yang sama macam dia tanya ketika kami dalam kereta tadi.

Aku tidak mahu menjawap persoalan tu. Setiap kali berganding dengan lelaki lain mesti dia akan syak. Bosan hidup dalam dicurigai ni.

"I tak nak makan. You jawap dulu soalan tadi."

Dia menyandar ke kerusi sambil berpeluk tubuh, sengaja mahu menunjukkan ketegasan dia dalam menanti jawapan dari ku. Bukan penting sangat pun nak mereka bincangkan.

"Hei, tadi lapar sangatkan?" Aku menjegilkan mata. 

Azrin senyum sengit. Aku menyampah bila dia senyum sengit. Rela aku melihat dia senyum sinis dari  senyum senget tu. Satu, sebab dia nampak menjengkelkan. Dua, sebab dia sedang mengejek ku.

"I tak cakap pun yang I lapar sangat." Azrin mendekatkan dirinya depan ku.

"He's just my customer. Nowhere people. Nobody."

"Mana bakal isteri dia? Takkanlah you layan dia aje?" Aku mengeluh, dah agak memang dia akan tanya lebih teliti jugak.

"For your information, Encik tunang. Dia hanya tempah suit untuk event je." Aku kembali menyuap menumpukan hanya pada makanan. Dia tak lapar, aku lapar, dengusnya.

"Oh I see." Dia senyum puas dapat jawapan dari ku.

"Lepas ni kita pergi beli barang hantaran ye," suruhnya mula menyuap makanan ke mulut. Elina mengeluh perlahan.

"Kita dah bincangkan hal ni. Kenapa awak tak reti faham ni?" Sudu dilepaskan kasar. Tak peduli jika bunyinya menggangu orang lain.  Sudah lebih tiga kali kot rasanya hal ni mereka selalu gaduhkan.

"Same question to you. Kenapa you nak tangguhkan jugak? Azrul okey aje." Azrin membalas dengan mengaitkan abangnya. 

"Jadinya awak ingat abang saya akan berpihak pada awak dan ikut cakap awak aje?" Azrin mengangkat bahu dengan muka berlagak.

"Awak silap. Keputusan ni memang saya akan tentukan dan awak tak patut buat saya macam ni." Mata merenung tajam. Geram hatinya bila setiap kali mereka berjumpa pasti tercetus pergaduhan. 'Follow the flow' ini ke definasi sebenarnya. Ikut rentak lelaki tu saja tanpa nak bantah sikit dah melenting.

"Hantar saya balik jugak! Saya tak nak!" bentak ku geram.

SETIBANYA di hadapan pagar rumahnya di kawasan perumahan Bayu Damansara, Elina terus keluar tanpa sepatah kata. Sekali lagi pintu kereta Proton Persona milik Azrin itu dihempas kuat sebagai tanda yang dia masih marah. Sejurus itu, Azrin terus memecut keretanya berlalu dari situ. Elina berasa hampa kerana Azrin langsung tidak berusaha memujuknya seperti selalu.

Ee, bencinya! Elina menghentak-hentakkan kakinya. Geram benar dia dengan sikap Azrin yang tidak faham akan perasaannya. Tak apa, tak apa. Awak ingat awak seorang saja ke yang boleh buat tak peduli? Saya pun bolehlah! Jangan harap saya nak telefon awak selagi awak tak tukar fikiran. Kita tengok siapa yang akan mengalah dulu.

"Gaduh lagi ke?", tegur abang Azrul bila aku masuk rumah. Aku mula terkejut lalu menghampiri dan duduk sebelahnya. Kepala ku lentokkan pada bahunya.

"Adik penat abang.. Kenapa Azrin buat buat suka hati tanpa bincang dengan adik pun?" luah Elina.

"Azrin ada beritahu abang pasal benda ni. Abang suruh bincang dengan adik dulu sebab abang cakap apa-apa pun lagi. Mana yang baik abang okey, okey aje" Mulut ku memuncung panjang.

"Sebab tu Azrin cakap abang ni okey aje. Dia fikir abang sokong dialah tu." Kepala ku angkat dan berpaling menghadap Azrul.

"Bang boleh tak kali ni abang bertegas dengan Azrin tu. Untuk tangguhkan lagi. Please abang, adik tak sedia lagi", ujar ku buat muka sedih.

"Susahlah dik. Hati orang kena jaga jugak. Sudah tiga kali adik buat perangai macam ni. Kenapa adik tak dapat terima ni ha? Cuba terangkan pada abang", tanyanya lembut.

"Adik tak suka dia abang. Terus terang adik cakap perangai cemburu dia tu lebih-lebih. Baru jadi tunang belum lagi jadi isteri."

"Tolong abang.. adik tak nak", sayu suara ku sambil mengeleng. Azrul diam dan peka mendengar cerita darinya kemudian mengeluh perlahan.

"Maaf. Kalah abang tak cadang mesti adik tak nak tunang dengan dia kan?" Azrul menyoalku semula.

"Hmm tak pe. Kalau abang tak cadang, Azrin tetap akan suruh jugakkan?", tanya ku bila mengetahui sikapnya yang suka mendesak. Abangnya mengangguk. 

"Esok abang pergi jumpa dia ye. Dah adik abang ni busuk, pergi malu", ujarnya bergurau menolak lembut bahu ku. Aku hanya mengekek ketawa.

####

Maaf sikit. Vote.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now