"Jiae milik jungkook! kepunyaan jungkook! hak milik jungkook! faham tak ni" Jungkook memeluknya jiae lagi sekali. Kening jiae terangkat. Dia rasa rimas.

"Awak kenapa ni kook?! gila" dengan kasar jiae menolak dada jungkook. Belum sempat jiae hendak berkata sesuatu.

"Kook!! nuna nak bincang sesuatu dengan kamu! pergi masuk dan naik atas sekarang!" laung jihyo tegas dari jauh lalu beredar untuk mencari taehyung dengan jimin.

Jungkook mengangguk pelan lalu memandang ke arah jiae yang tercegat di depannya. Tanpa rasa malu jungkook mengucup sekilas bibir jiae dan pergi sambil melambaikan tangannya bersama sengihan lebar dibibirnya.

"Nanti saya datang jumpa awak sayang!"

"W-what?"

Jiae tercenggang dan dia tak sangka jungkook dengan beraninya merampas ciuman pertamanya. Dia rasa malu dan pergi dari situ dengan wajah yang begitu merah.

🥀🥀🥀

"Kenapa jimin tanya macam tu? tak tengok ke saya ambil berat pasal awak? awak macam tak percaya pada saya jimin. Saya sedih kalau macam ni jimin" Jimin mula rasa bersalah menanyakan hal itu.

"Mian! mianhae!! saya janji takkan tanya lagi!" Jimin mula menarik badan sunmi ke dalam pelukannya. Dia mengelus lembut rambut sunmi. Dalam diam sunmi tersenyum lebar kerana dia tidak perlu menjawab pertanyaan jimin itu.

Nasib baik lah dia pandai berlakon sikit. Jimin melihat sunmi tiada tindak balas mungkin masih kecewa dengannya. "Jimin kalau awak masih ragu-ragu dengan saya. Tak mengapalah saya boleh pergi daripada sini"

"Mianhae sunmi! saya betul-betul tak sengaja! saya cintakan awak! jebal jangan pergi dan saya minta maaf dekat awak ni" pujuknya dan jimin memeluk erat badan sunmi sampai sunmi merasakan dirinya tiada ruang untuk bernafas.

"Baik lah kalau macam tu tapi jimin awak peluk saya kuat sangat" sunmi menepuk perlahan badan jimin supaya berhenti.

Jimin yang baru sahaja perasan hal itu dengan cepat dia meleraikannya dan hanya tersengih. Tiba-tiba pintu dibuka. Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu.

"Jimin jumpa nuna dekat atas. Nuna ada hal nak bincang dengan kamu ni" kata jihyo lalu pergi.

Jimin mula bangun. "Awak tunggu saya sekejap nanti saya datang balik" Sunmi hanya mengangguk kecil.

🥀🥀🥀

"Kenapa tak makan lagi? kata lapar?" ara melihat makanan taehyung langsung tak terusik olehnya. Taehyung menarik dagu ara ke atas supaya menatapnya. Berdebar jantung ara menatap mata hazel milik taehyung yang cantik itu.

Taehyung mengelap bibir tepi ara yang comot menggunakan ibu jarinya. "Makan tu biar lah sopan sikit. Awak tu yeoja" tegur taehyung lembut. Segera ara menepis tangan taehyung dengan lembut. Dia hanya menggulingkan matanya ke atas. Peduli apa dia dengan kata orang .

Ara berasa tak selesa bila tahu dia diperhatikan oleh taehyung sepanjang masa. Bukan taehyung sentuh pun makanan dia tu tapi asyik merenungnya dari tadi. Nak makan pun ara rasa takut.

Ara geram lalu memandang taehyung yang tersenyum lebar ke arahnya.

"Awak makan ke atau awak tengok saya sekarang ni"

Taehyung ketawa kecil dan dia tahu ara tidak menyukai perbuatannya. "Tak tahu lah kenapa tiba-tiba saya tiada selera nak makan tapi saya tengok awak pun dah kenyang sayang.."

"Apa? sayang?!"

Mulutnya ternganga. Tak percaya panggilan itu keluar daripada mulut lelaki kacak ini.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now