Bayangan putih

250 19 2
                                    

Kisah ini amatlah pendek yaa


Ok sejak cuti ni aku asyik tidur lambat lah.Memula dari kul 1 lepastu lambat kepada kul 2 then last last kul 3.Memang pukul 3 limit dia.Aku selalu main phone dekat ruang tamu kan lepastu dalam pukul 2 dan masuk 3 tu aku dengar bunyi kucing gaduh,aku buat bodoh jer.Lepastu bunyi kucing senyap,bunyi orang ketuk pintu pulak,aku pun pasanglah lagu sebab nak buat bodoh jer tapi berdebar lah pulak rasa.Last last aku pergi tidur sebab dah pukul 3.Aku pun masuk dalam bilik,masuk tandas dulu melepas lah dulu then naik katil nak tido.Mass aku nak terlelap tu aku baru teringat aku tak pakai ubat lagi *kaki aku sakit so kena pakai ubat tiap malam* so aku pun amik ubat apa then aku pergi ruang tamu sebab malas lah bukak lampu bilik lepastu kalau buat dalam gelap kan takut tak nampak sebabtu aku amik keputusan nak duduk kat ruang tamu.Masa aku tengah lap ubat dekat kaki aku,tiba tiba aku dengar bunyi ayam berkokok.Bunyi dia kuat gila macam duduk tepi aku jer duh.Lepastu aku pun dalam hati, 'senyaplah ayam kan terbangun family aku kan' dan adalah aku kutuk ayam tu sebab bising sangat.Lepas aku siap sapu ubat,aku masuk dalam bilik.Bilik aku sejuk doe sebab pasang air cond tak tutup tutup.Aku pulak malas nak tutup so aku biarkan.Aku naik atas katil nak tido memang sejuk gila lah.Nak tarik selimut tak boleh,mak aku rembat selimut dia bungkus dia sorang jer.*aku tidur dgn mak aku sebab mak sedara aku menumpang dibilik aku* Aku pun pasrah lah dapat tutup kaki jer.Janji dapatlah jugak merasa selimut tu.Lama tu aku tak boleh tido sebab memang sejuk sangat.Hehe aku bukan tutup aircond tapi aku bangun pergi amik hoodie aku then aku pakai.Masa bangun nak amik hoodie tu,aku nampak bayangan putih lah dekat dengan baju hoodie aku tu,aku ingatkan baju so aku biarkan lah.Aku buat bodoh jer then aku amiklah hoodie tu aku pakai.Esoknya aku bangun tidur dan aku teringatlah dekat baju tu kan then aku intai baju tu takde pun dekat situ.Aku pun mula mula nak sedapkan hati aku katalah mak aku pakai kot baju tu.So aku abaikan walaupun curiousity aku kuat masatu.Balik jer mak aku dari kerja,aku intai baju mak aku,bukan warna putih tapi warna kuning.So aku tak taulah baju sape kan sebab selalunya dekat tempat rak baju tu ada baju aku dan mak aku je.Aku cubalah jugak check dekat bakul kain yang ada baju nak basuh sebab aku curious dengan apa aku nampak,takde jugak dalam tu.And aku still tanak caya apa aku nampak tu hantu so aku tanya mak aku,'umie ade ambik tak baju putih tersangkut kat rak baju tu?' Lepastu mak aku balas 'tak.Ada baju putih ke kat situ?Umie tak ada nampak pun.' Then aku pun hanya angguk jelah.Tak sangka pulak benda tu muncul depan aku,nasib muncul sebagai bayangan putih jer,kalau muncul dengan muka hodoh tu?Mahu terkucil aku nanti ;-;

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now