Aku di Gangu Jin

802 61 5
                                    

Petang tu aku bermain di halaman rumah aku, pada hari itu juga aku datang bulan. "Asiyah masuk rumah nak, sudah mahgrib, tidak elok bermain di luar. Ujar mak. Aku pun menjawab " Iye mak, nanti asiyah masuk."
Jam menunjukan sudah waktu

07:15 PM.

" Asiyah anak mak ni, bila hendak masuk rumah, jam sudah pukul 7." Ujar mak. Aku pun akhir nya masuk rumah"Iya-iya mak ni, asiky membebel je, bising tahu tidak, tidak senang asiyah hendak bermain." "Eleh, mak engkau baru cakap dua kali sahaja sudah kata bising, Mak tu risau kan engkau bermain-main di luar pada waktu mahgrib, INGAT! Di luar tu banyak syaitan berkeliling, lagi-lagi engkau ni tengah datang bulan, bahaya nanti kena kacau macam mana?" ujar mak. Dengan nada agak marah mak memarahi aku. Aku pun menjawab " Iya-iya lah mak, ish mak ni jangan cakap gitu, mulut orang tua ni macam doa, nanti kalau kena susah pulak asiyah" mak pun hanya dengan muka selamba meninggal kan aku di ruang tamu. Aku pun pergi ke bilik.

09:09 PM.

Dalam bilik aku hanya main telefon, dan membuka laman sosial fecebook. Dalam masa tu juga aku rasa kan ada yg tengah main-main rambut aku dan kaki aku. Aku toleh ke kanan,kiri,atas,bawah, tak ada apa pun. Aku pun buat tak tahu apa yang berlaku tadi. Aku pun terus kan tengok berita di laman sosial fecebook, tiba-tiba ada rasa macam lain di kaki aku, macam kaki bukan kaki aku, kaki mati rasa. Bulu roma aku sudah naik, dalam benak fikiran aku pun macam-macam sudah keluar. Aku hendak keluar dari bilik, tapi kenapa aku rasa kan begitu berat kaki aku, macam ada yang tindas kaki aku, aku sudah tidak tahu hendak berbuat apa, berdiri tidak boleh, duduk pun tidak boleh, hanya takut sahaja dalam diri aku, ini yang aku rasa kan. Akhir nya aku menjerit "MAK.. MAK.. MAK." "Adui anak aku ni, sudah pandai panggil orang tua dari jauh, tidak hormat langsung, sudah kata aku bebel-bebel, padahal aku buat semua demi kebaikan diri dia pun, haish sabar, sabar. Ujar mak dalam hati.

Kemudian mak pun meluru ke arah bilik aku, dan membuka pintu krek. "Kenapa engkau ni asiyah?, menjerit-jerit, tidak hormat langsung." ujar mak. Aku pun menjawab "Mak, kaki asiyah mak, kaki asiyah, kaki ni berat mak, macam ada batu, mak asiyah takut mak." aku pun akhir nya nangis dan tercampur baur rasa nangis dan takut. Dalam nagis tu juga aku tengok muka mak cemas "Ya Allah, Ya Tuhan-Ku. Asiyah kuat kan diri, jangan nangis, baca Al-Qura'an sekuat hati" ujar mak. Aku pun tertanya-tanya, kenapa mak cakap macam tu, akhir nya aku pun akur ikut cakap mak, baca Al-Qura'an. Dan dalam aku baca Al-Qura'an kaki aku makin rasa ada satu benda, dan aku pun tak tahu apa itu. Mak pun juga ikut baca kan Al-Qura'an sekali, dan mak pun rukyah kaki aku, lama-lama aku rasa kaki aku macam dah ok, tak macam sebelum nya.

Jam 10:14 PM.

Lepas rukyah Mak pun bercerita. "Kaki engkau ni asiyah, tadi kena masuk jin, benda tu duduk dalam kaki engkau, nasib engkau cepat panggil mak, kalau tak, nasib engkau mak tak tahu." aku pun terkejut. Dalam hati, patut lah tadi mak kata Ya Allah Ya Tuhan-Ku, baru aku faham maksud mak.  Aku pun menjawab "Terima kasih mak, sebab dah tolong asiyah tadi, kalaiu asiyah tadi tak jerit tak tahu lah apa yang akan terjadi." "Terima kasih dekat mak buat apa, terima kasih dekat Allah sana, syukur pada Allah, jika semua tadi yang berlaku kehendak Allah semua tak kan terjadi, semua dengan izin-Nya, dan engaku sembuh tu izin Allah juga, FAHAM, tu lah lain kali dengar cakap mak."
ujar mak. Aku pun menjawab " Iye lah mak, lain kali InsyaAllah asiyah akan dengar cakap mak" dalam hati aku, aku hanya mampu bersyukur pada Allah, selepas kejadiaan itu memberi aku sebuah pelajaran yang cukup besar, untuk menghormati kata-kata orang tua. Aku pun peluk mak dan memberi sebuah senyuman pada mak, mak pun balas senyum aku.

                   TAMAT

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now