Kisah Aku Yang Boleh Nampak Apa yang Orang Lain Tak Nampak

1.1K 84 8
                                    

Assalamualaikum warahmatullah readers. Saya yang tulis berkenaan hijab baru ni. First of all, saya ingin perbetulkan dahulu persepsi masyarakat berkenaan perkara ni. Benda ni jangan diminta, jangan takbur dan jangan kita sebarkan. Pertama takut takabbur (rasa diri lebih baik, boleh syirik). Yang kedua, ni ujian dalam hidup ramai orang. Saya yakin, ramai lagi masyarakat luar yang boleh nampak benda2 macam ni cuma tak menulis.

Hijab ni jangan minta dibuka. Masa aku form 2, aku duduk sebelah sorang kawan laki ni. Kawan2 dekat sekolah tau jugaklah masalah aku, sebab tersebar cerita aku disuruh refer ke psychiatric. Dia tanya aku, betul ka aku nampak benda tu. Dia cakap dia tringin sangat2 nak alami benda ni sendiri. Dengan bangga dia cakap dia takkan takut kalau nampak benda halus. Aku istighfar ja dalam hati aku sebab dia ni macam tak waras. Kau ingat senang hidup macam ni?

One day, aku duduk berdua dengan dia dalam kelas masa prep. Kawan2 semua dah keluar faham2 jalah budak asrama habis prep berlari nak makan supper pulak. Tinggal lah aku dengan budak laki yang nak terbukak hijab tu.

Aku dah berdiri nak tutup lampu. Masa aku jalan ke suis dia dah tunggu luar kelas sambil pandang pokok bunga luar kelas tu. Entah macam mana elok aku nak petik suis tu ada tangan hitam nak pegang aku.

Aku terus tarik tangan aku. Setan!! Rasa berderau darah aku ke kepala sebab masa ni aku tak pandai sangat kawal perasaan aku bila nampak benda2 ni. Aku terdiam. Aku panggil kawan aku masuk kelas dia terus tercengang depan pintu. Dia tak bergerak pandang aku. Aku gugup hanya Allah yang tau masa tu sebab aku rasa dia nampak sesuatu belakang aku. Aku rasa nak pengsan tapi aku ingat pesan ayah aku kalau nampak kena benda tu kena buat2 tak nampak.

“kalau kau nampak dia kau kena buat2 tak perasan. Kalau kau tunjuk kau nampak dia, dia lagi kacau kau sebab dia rasa tergugat. Dia takut kita bunuh kaum dia jadi dia ganggu kita.”

Sedar2, kawan aku menjerit depan pintu. Aku terduduk atas kerusi pandang dia. Kebetulan ada 2 3 orang budak.laki kelas sebelah masa tu terus tengok kami. Pendekkan cerita warden sampai. Lepas semua settled, barulah tau kawan aku tu nampak benda kurus kering macam ranting menyeringai atas kipas masa dia masuk kelas. Lepastu dia tak ingat apa2 dah.

Esok tu dia tak datang kelas sebab demam. Jenuh mak ayah dia bawa berubat dapatkan air tawar. Aku nak gelak tak nak gelak, nak kesian pun susah. Sebab dia yang minta dan suka sangat cakap besar selama ni. Benda tu baru sikit kau dah macam ni, apatah lagi allah uji kau dengan lebih berat.

Kakak aku kerap jugak rasa2 benda macam ni. Dia selalu kena tindih dan badan lebam2. Aku nak sangat cakap Dekat kakak aku sebenarnya ada jin asyik dah ganggu dia. Kakak aku ni kira cantiklah cuma satu perangai dia aku perasan, dia suka duduk dalam tandas lama2. Dia nyanyi ka apa aku tak taulah.

Perempuan jangan lama2 dalam tandas jin nampak apa kau buat. Lagi satu jangan kerap tengok cermin sangat sebab benda tu akan attract jin suka kau. Ingatlah tu. Effect jin asyik ni pelbagai. Sampaikan aku perasan kakak aku umur 25 ni takda boyfriend sebab dia rasa laki jahat sedangkan sebenarnya jin tu dah ganggu perasaan dia. Yes, kakak aku on rawatan darul syifa dan dia okeylah sikit2 tak dok dalam tandas lama2 cuma beralih ke cermin pulak dahhh 😑😑

Benda lain, gangguan rumah makcik aku sebab kena sihir. Ustaz kata yang ganggu ni sihir thailand. Memang kuat sampaikan pakcik aku tak nak tengok makcik aku dan sanggup tempah hotel. Masa mak ayah aku umrah time aku 18 tahun, aku tidur rumah makcik. Rumah makcik aku ni rumah bawah jalah, bilik aku bertentangan bilik dia. Masa pakcik aku bangun solat subuh, dia mandi dekat bilik air luar. Aku senyum tengok dia. Masa dia dah keluar tandas tu, yang aku nampak belakang dia ada perempuan thai berkemban senyum2 pandang aku. Aku diam, kuatkan semangat pandang pakcik aku. Dia okeyh macam biasa.

Aku tak tercakap apa2 dekat sapa2 pasal apa yang aku nampak. Dari cikgu sekolah yang tempang sebab ada benda bergayut dekat kaki dia (demi allah, ni yang aku nampak) sampailah ke pontianak depan rumah jiran aku pun aku takkan cakap sebab benda ni rahsia Allah . Orang pun susah nak percaya. Ni ujian aku. Samada kelak aku takbur atau musnah. Aku tergolong dalam golongan munafik.

Readers.. jangan minta yang allah tak beri tapi banyakkan bersyukur. Sekali dah buka, bukan mudah tutup. Terima kasih

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now