🤡Senarai Badut🤡

729 49 4
                                    

Sekarang ni dah bising pasal ” Killer Clown ” kat internet atau si badut pembunuh.. tapi tu olok-olok je.. saja nak bagi orang takut dan seriau.. Tapi, Tahukah anda sepanjang hingga sekarang sudah ramai ” Killer Clown ” atau Badut si pembunuh ni wujud dan betul-betul membunuh, merogol, menyiksa orang dan macam-macam jenayahlah. ishk3, mesti seram dengan kan.. tapi lagi seram kau tengok gambar-gambar badut tersebut. Jom Tengok senarai badut yang betul-betul punya.

1.Pogo

Pogo atau nama sebenar, John Wayne Gacy merupakan antara si badut pembunuh paling dikenali sebagai perogol dan pembunuh bersiri. Gacy bekerja sebagai badut dan digelar sebagai ” Pogo the Clown ” dan telah membunuh hampir 33 orang dan menanam mayat dibawah rumahnya. Pada tahun 1994, Gacy telah dihukum mati.

2.Klutzo

Amon Paul ‘Klutzo’ Carlock Jr. of Springfield, IL, merupakan badut yang pernah menghiburkan lebih beribu kanak-kanak di pelbagai jenis sekolah dan gereja diseluruh dunia. Dijadikan cerita, Carlock ni kembali ke Filipina untuk “membadut” disana.. sampai-sampai di airport kat Filipina, dekat pemeriksaan tak lepas kerana mendapati menyimpan banyak gambar bogel kanak-kanak didalam laptop dan kamerannya. Rupa-rupanya Carlock terlibat dengan Child Pornography.

3.The Harlequin

Nama The Harlequin ni diambil daripada buku kanak-kanak dan watak pun lebih kurang macam Slender Man kalau korang kenallah. Hanya budak umur bawah 6 tahun yang akan nampak dia. The Harlequin ni tak membunuh orang, cuma menakutkan orang je. Buat bunyi bising, kacau orang. Emmm

4.Zozzaby

Awal tahun 1900’s, Frederick ‘Zozzaby’ Zozabe pindah ke Liverpool, UK daripada tempat asalnya Czechoslovakia. Zozzaby didapati membunuh diri disana, tapi ada kanak-kanak melaporkan ternampak hantu Zozzaby seabad kemudian. Pada Tahun 2002, dua orang kanak-kanak dikejutkan dengan bunyi ketawa yang sangat pelik dan nampak semangat/bayang-bayang badut menunjukkan jari kearahnya. Tapi Hantu badut Zozzaby ni tak kacau orang, tak bunuh orang. dah masuk cerita hantu pulak.

AKU GERAM NAK BUNUH KLUTZO NASIB DAH MATI TU!

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now