Mayat berlegar-ii [3]

768 62 5
                                    

Part 2 aku tak ingat sampai mana aku cerita.So aku akan bercerita start dari aku stay rumah orang asli dan mak aku masih meracau bila waktu maghrib.Tempoh sebenar family aku cari ketujuh tujuh jenis limau tu adalah dalam masa dua minggu.So aku ringkas kan la kepada satu minggu sebab tak banyak sangat jalan cerita atau perubahan mendadak kat aku dengan mak aku ni.

Aku mula kembali sihat dan tak kene histeria lagi 3 hari sebelum family aku berjaya cari kesemua jenis limau yang di perlukan. Masa kat rumah orang asli ni, tok penghulu diorang datang nak merawat aku. Entah tok batin ke tok bilal ke tok siak ke aku tak ingat nama penghulu ni. Atok ni bagi aku segelas air yang telah di baca sesuatu dan suruh aku berehat. Sebelom atok ni pergi, dia sempat toleh ke arah aku dan berkata
“pulangkan semula hak dia”
“kau telah mengambil sesuatu yang bukan hak kau tanpa kebenaran dia” “pulangkan ditempat asal nya”.
Panik giler aku masa tu, baru aku ingat “benda”yang dimaksudkan tu adalah “sampul” dan ia ada dalam beg baju aku. Rupanya histeria aku ada kaitan dengan mak.

Esok tu aku balik rumah along aku. Sebelom sempat kaki aku melangkah masuk, mak aku berdengus lantas bangun dari tempat tido di ruang tamu. Masa tu aku perasan mak aku “senyum sinis” dengan renungan yang tajam kat aku. Serius tak pernah aku nampak macam tu sebelom ni.. Along aku kata abaikan mak dan buat macam biasa.Masa aku kat dapur, tetiba dengar mak aku gelak. Gelak yang sangat besar macam baru terima jutaan ringgit. Aku dengan along hanya mampu senyap macam tak ada apa apa. Kata along inilah kali pertama mak gelak macam tu.sebelom ni mak banyak dan cakap sorang sorang.. Aku masok bilik, lepas baca Bismillah dan ayat kursi aku beranikan diri dan....

Tamat!!

Sorry,setakat tu jer aq boleh cerita😷

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now