❄ HTL 10 ❄

103 17 2
                                    

Suasana pada pagi itu begitu sunyi. Kelihatan Hyunji sedang berjalan ke arah ampaian di luar rumahnya dengan kedua-dua belah tangannya membawa satu bakul berisi pakaian yang baru dibasuh.

Semasa sedang menyidai,Hyunji terpandang ke arah satu susuk tubuh yang berdiri di seberang jalan. Diamatinya lelaki itu.

"I-itu...itu lelaki yang aku nampak kat mall sebelum ni.." gumam Hyunji. Dia memandang ke hadapan semula. Lelaki yang diingatinya itu masih berdiri kaku di situ.

Hyunji perasan yang lelaki itu tidak lepas memandangnya. Tidak berkelip langsung matanya.

Tiba-tiba Hyunji menjadi seram sejuk. Hyunji menghiraukan lelaki tersebut dan meneruskan kerjanya. Dia menjadi tidak sedap hati.

Sekali lagi Hyunji memandang ke hadapan. Matanya terbuntang tatkala melihat lelaki yang tidak dikenalinya itu berjalan menghampiri pintu pagar rumah.

Hyunji terus mengambil bakul pakaiannya dengan kelam-kabut dan berlari laju masuk ke dalam rumah. Pintu rumah terus dikunci.

Jantung Hyunji berdetak laju. Dia yang termengah sedikit itu menarik nafas dalam-dalam.

Hyunji menghampiri tingkap di tepi pintu rumahnya dan cuba mencari lelaki tadi. Nampaknya dia sudah tiada.

Walau bagaimanapun debaran yang dirasanya tidak hilang lagi. Dia takut kalau lelaki itu datang semula dan melakukan perkara buruk padanya.

"Patut ke aku beritahu Jaebeom? Tapi masa ni dia tengah bekerja. Nanti aku pulak yang kena marah sebab ganggu dia"

"Takpelah. Dia balik nantilah aku cerita kat dia. Itu pun kalau dia nak dengar"

Hyunji mengeluh kecil dan dia tersenyum tipis. Nampaknya Jaebeom masih dingin terhadapnya. Tapi Hyunji perasan yang cara Jaebeom melayaninya semakin elok.

Gambar perkahwinan mereka berdua ditatapnya dari jauh. Senyuman Jaebeom nampak macam ikhlas tak ikhlas je. Tapi tak mengapa. Hyunji berjanji pada dirinya akan menjaga Jaebeom dan menjadi isteri yang baik untuknya.

💙
💙
💙

"Jadi? Kau dapat tak bercakap depan-depan dengan Hyunji?" Tanya Sehun lalu menyedut minumannya. Dipandangnya muka Jongin yang kelihatan serabut.

"Tak. Aku-aish! Susahlah! Aku tak patut buat macam tu kat dia." Kata Jongin.

Sehun mengerutkan dahinya. Gelas minumannya diletakkan. "Apa maksud kau?"

"Aku memang dah sampai depan rumah dia tadi. Besar juga aku tengok. Masa tu jugalah aku nampak dia tengah sidai baju. Aku pun perhatikan dia dari jauh lama-lama"

"Hyunji terpandang aku dan aku perasan raut wajah dia yang tengah takut. Aku rasa bersalah sebab buat macam tu then aku jalan ke arah rumah dia. Hyunji dengan lajunya lari masuk ke dalam" jelas Jongin panjang lebar.

Jongin menatap gambar dirinya yang sedang memegang satu piala besar bersama dengan Hyunji. Masa tu mereka ialah pelajar sekolah menengah.

Redup saja mata Jongin. Sejujurnya dia rindukan Hyunji yang merupakan bekas kekasihnya. Hidup mereka aman saja sehinggalah Jongin mendapat tahu yang Hyunji telah tiada. Hilang tanpa diketahui keberadaannya.

Flashback

"Wahhh hebatlah tendangan kau tadi! Kau buat macam tu je ssup! Terus gol hahahaha!" Puji Baekhyun sambil menepuk-nepuk belakang Jongin.

"Ehhh hyung~. Tengoklah kawan siapa ni" sampuk Sehun sambil mengenyitkan matanya dan membuat thumbs up kepada Baekhyun.

"Haih! Apa-apa jelah. Jongin ni ha. Aku nak tanya. Apa nama budak perempuan yang selalu duduk bertepek dengan kau tu? Jojin?" Soal Baekhyun. Nama 'Jojin' itu menimbulkan gelak tawa mereka. Junmyeon selaku ketua pasukan bola sepak itu hanya tersenyum melihat anak-anak buahnya.

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now