💙 HTL 21 💙

55 7 4
                                    

Minggu tersebut merupakan cuti sekolah. Jaebeom bercadang untuk membawa Hyunji dan Feng Er ke Pulau Jeju untuk percutian mereka. Jaebeom terlebih dahulu meminta cuti dari Tuan Im dan lelaki paruh baya itu mengizinkannya.

Pada pukul 9 pagi,kelihatan keluarga itu berada di kereta Jaebeom. Barang-barang yang diperlukan sertai satu beg pakaian untuk dibawa dimasukkan ke dalam bonet. Feng Er berasa sangat gembira kerana dia dapat pergi mandi di pantai. Jaebeom dan Hyunji suka melihat reaksi anak mereka. Lalu mereka masuk ke dalam kereta.

Perjalanan dari Seoul ke Pulau Jeju hanya memakan masa 3 jam. Kereta Jaebeom berhenti di parking berkenaan. Keluarga tersebut terus membawa barang-barang masing-masing ke jeti feri.

"Eomma! Air laut cantik!" Puji Feng Er sambil memandang ke air laut di bawah feri yang dinaiki oleh mereka sekeluarga. Hyunji mengangguk.

"Memang cantik. Eomma suka pantai,pulau"

Seketika itu dia menoleh ke arah Jaebeom yang duduk menutup mata menahan mual. Hyunji terkekeh ketawa melihat suaminya. Kesian pula kena tahan muntah. Nak kata mabuk laut tak. Alahai.

30 minit kemudian,mereka pun tiba di pula tersebut. Feng Er melompat keriangan.

"Eommaaa jomlah mandiii" Feng Er menarik-narik tangan Hyunji.

"Sabar sayang. Kita kena cari hotel dulu. Petang sikit kita pergi mandi okey?"

Feng Er memuncungkan bibirnya. Tangan Hyunji dilepaskan. Dia memandang ke arah lain dengan tangan disilangkan di dada. Hyunji hanya tersenyum.

"Sayang? Boleh kan?"

"Kalau Feng Er tak izinkan eomma rehat,kita tak boleh pergi mandi. Eomma kena ada tenaga nak mandi. Kan eomma??" Ujar Jaebeom selepas habis menguap.

Hyunji tergelak kecil. Dia tahu suaminya terlelap sekejap dalam feri tadi. Wanita muda itu mengangguk. Feng Er memandang ibunya semula dengan wajah terkejut.

"Maknanya eomma akan sakit? Kesian eomma. Okey eomma boleh rehat ^^"

"Lepas siap mandi kat pantai,kita pergi makan aiskrim kat sana tu" kata Jaebeom sambil menunjuk ke arah satu gerai kecil. Feng Er tersenyum lebar. Dia mengangguk laju ke arah ayahnya.

"Okey!"

Suami isteri itu tergelak melihat anak mereka melompat keriangan. Tanpa Jaebeom,Hyunji dan Feng Er sedari,ada 2 pasang mata yang memerhatikan mereka bertiga dengan senyuman jahat melekat di muka. Selepas itu mereka berdua beredar menanti masa yang tepat

______

Pada pukul 3 petang,keluarga itu turun dengan pakaian mandi masing-masing. Sebuah bakul yang berisi makanan dan minuman tergantung di tangan Hyunji. Segulung tikar dihamparkan oleh Jaebeom di bawah pokok kepala yang sedikit menunduk. Satu spot yang terbaik untuk berteduh dari cahaya matahari.

"Appa! Jomlah mandiiiii jomlahhh" Feng Er menarik-narik tangan Jaebeom yang syok bersandar pada batang pokok tersebut dengan bucket hat miliknya menutupi muka sendiri.

"Appaaa jomlahhh" Feng Er terus menarik tangan ayahnya.

"Oppa~ tolonglah teman dia sekejap. Dia teruja sangat nak mandi air pantai tu" ujar Hyunji sambil menyapu jem coklat ke atas sekeping roti. Roti itu dilipat lalu digigit sedikit. Hyunji suka roti~

"Yelah~ jom appa temankan Feng Er" Jaebeom bangun lalu memakai seliparnya. Feng Er yang berasa riang itu mengikuti ayahnya dari belakang.

Hyunji menjadi gembira melihat Jaebeom yang seronok bermain air dengan Feng Er. Jelas terpancar senyuman senang hati Jaebeom. Dia memegang pelampung bercorak zirafah berwarna kuning yang digunakan oleh Feng Er. Sesekali terdengar gelak besar Jaebeom mengusik anak lelaki mereka itu.

Hyunji merasakan saat itu adalah saat yang amat membahagiakan hatinya. Tidak pernah dia melihat Jaebeom sebegitu. Paling teruja pun masa dia diumum mengandungkan Feng Er. Senyuman bahagia terukir di bibir ibu Feng Er itu.

_____

Setelah 1 jam berada di pantai,mereka pun bergerak ke gerai aiskrim yang disebut oleh Jaebeom. Hyunji yang dalam perjalanan itu teringatkan sesuatu.

"Sekejap! Ji tertinggal topi Ji. Oppa dengan Feng Er tunggu dulu"

Bakul diberikan kepada Jaebeom lalu Hyunji berlari ke arah tapak berkelah mereka tadi. Feng Er hanya diam memerhatikan ibunya pergi. Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya. Feng Er menoleh ke belakang. Seorang lelaki berbadan agak sasa menunjukkannya sebatang Lolipop. Feng Er menjadi teruja lalu dia berlari ke arah lelaki itu tanpa pengetahuan Jaebeom.

"Kamu nak lolipop ni??"

"Nak! Saya nak!"

Lolipop itu dihulurkan kepada Feng Er. Si kecil itu menjilat gula-gula tersebut. "Sedapnya! Feng Er tak pernah makan coklat besar ni"

"Feng Er!"

Feng Er dan lelaki itu memandang ke arah Jaebeom dan Hyunji yang takut. Lelaki itu cepat-cepat melingkari tekak Feng Er sehingga kanak-kanak itu kekurangan nafas.

"Jangan dekat! Kalau kau nak dia mati kau jangan dekat dengan aku!"

"Berani kau datang sini Jongin! Lepaskan anak aku!" Jaebeom mengeraskan suaranya.

"Jonginnie! Hyun mohon lepaskan Feng Er!" Hyunji merayu dengan aliran air mata di pipi. Dia takut melihat Feng Er sebegitu.

Buat seketika hati Jongin menjadi lembut melihat air mata Hyunji sebelum kembali mengeras apabila otak sendiri mengatakan pengkhianatan Hyunji ke atasnya. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau lipat dan mengacunya ke arah pasangan tersebut.

"Korang nak dia balik,senang saja. Suruh Jaebeom ambil dia di gudang di Gwangju. Tapi aku takkan beritahu di mana lokasi yang tepat. Pandai-pandailah korang cari" ujar Jongin disertai gelak jahat yang kuat.

Dia terus melarikan diri bersama Feng Er ke arah sebuah sampan kecil. Seorang lagi lelaki menutup mulut dan mata Feng Er. Sampan itu terus berlayar ke tengah laut menuju ke Seoul.

"FENG ER! FENG ER!"

Hyunji berlari ke arah pinggir pantai sehingga masuk ke dalam air. Air mata mengalir laju.

"Sayang! Sayang!" Jaebeom cepat-cepat menangkap Hyunji yang semakin dalam masuk ke dalam air. Dia menarik isterinya naik ke atas darat.

"Oppa anak kita" ujar Hyunji dengan sebak yang amat. Tangisan wanita muda itu menarik perhatian orang ramai. Mereka tergamam dengan perasaan pelik melihat Hyunji.

Jaebeom juga mengalirkan air mata. Dia memeluk menenangkan Hyunji. Terduduk di pinggir pantai. Riak wajah Jaebeom bertukar amat geram.

'Aku akan dapatkan Feng Er balik! Siap kau,Jongin!'

________

TBC

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now