❄ HTL 12 ❄

92 14 1
                                    

Malam ini Jongin merancang untuk ke rumah Jaebeom dan Hyunji semula.

Tapi kali ini dia bersama dengan Sehun.

Tepat pukul 1.30 pagi mereka berdua sampai di hadapan rumah pasangan itu. Kereta milik Sehun diberhentikan di seberang jalan.

Mata Jongin tertancap pada bilik yang masih menyala. Dia tahu itu bilik Hyunji. Apa yang dia perlu buat ialah tunggu lampu bilik itu padam.

"Wei aku nak tanya kau. Selama kau asyik ekori si Hyunji tu. Kau kan pernah datang ke rumah dia kan? Macam mana kau tahu ni rumah dia?" Soal Sehun.

"Zaman sekarang senang je nak cari alamat. Dia kan ada Facebook. Kat biodata dia ada lah alamat rumahnya. Takkan tu pun kau tak boleh fikir"

Sehun mencebik. Manalah aku tahu dia ada FB.

Sehun melihat ke arah rumah tersebut. Besar juga rumah ni. Hyunji duduk sorang ke?

Bilik Hyunji yang terang tadi telah gelap. Jongin tersenyum sinis.

Inilah masanya.

Matlamat dia. Dapatkan Hyunji dan buat gadis tu ingat balik dirinya.

"Jom"

Jongin terus keluar dari kereta diikuti oleh Sehun. Mereka berdua memanjat pagar dan berjaya masuk ke halaman rumah itu.

'Maafkan aku,Hyunji. Jongin sayang sangat kat Hyun"

Jongin dan Sehun melangkah perlahan ke pintu hadapan. Jongin menekan butang loceng rumah.

"Weh. Apa kau buat ni?" Tanya Sehun dengan muka resah.

Jongin meletakkan jari di
mulutnya menyuruh Sehun diam.

"Aku tahulah apa yang aku buat. Aku ada tanya jiran Hyunji. Biasanya waktu macam ni suami dia akan balik"

Sehun mengerutkan dahi.

"Suami? Hyunji dah kahwin?"

Wajah Jongin menjadi mendung. Dia menjawab soalan Sehun dengan anggukan.

Ada sekali dia mahu ke mall untuk membeli barang keperluan dirinya dan Sehun. Tiba-tiba dia ternampak Hyunji bersama seorang lelaki.

Lelaki itu kelihatan agak mesra dengan Hyunji dan bila dia bertanyakan jiran sebelah rumah Jaebeom dan Hyunji tentang lelaki yang bersama dengan Hyunji hari tu,baru Jongin tahu Hyunji dah jadi isteri orang.

Tapi dia tak kisah. Hyunji pernah jadi miliknya dan selamanya akan jadi miliknya. Walau apa cara sekalipun dia mesti dapatkan gadis itu.

Nampaknya Jongin mula obses dengan Hyunji.

"Kau pasti ke?" Soal Sehun lagi dan Jongin sekali lagi mengangguk.

"Kau tahukan dia dah kahwin. Apa lagi yang kau nak kejarkan dia?"

Jongin menjadi geram. Bisinglah Sehun ni!

"Diamlah! Nanti dia--"

"Jaebeom ah...awak dah balik?"

Mendengar suara Hyunji di balik pintu mereka berdua terus bersembunyi.

"Eh...kereta dia takde...siapa pula yang memandai tekan butang loceng ni?"

Jongin berjalan perlahan ke arah Hyunji.

Sapu tangan dikeluarkan dari poket dan dia menekup mulut Hyunji membuatkan gadis itu meronta-ronta.

"Lepaskan-humph! Humph!"

Lama kelamaan,Hyunji pengsan kesan dari bau ubat tidur di sapu tangan itu. Jongin mengeluh kecil.

Hate To Love [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat