💙 HTL 1 💙

236 20 0
                                    

"Maafkan Ji sebab tak dapat jadi yang terbaik untuk oppa"

"Kenapa kau boleh hadir dalam hidup aku?! Bla lah!"

"Yah Im Jaebeom. Kau tak boleh bersikap macam ni kat isteri kau"

"Appa nak kamu berkahwin dengan dia"

"Tapi appa, dia cuma orang gaji je. She's not my taste!"

"Hyunji unnie janganlah ambil hati sangat kat Jaebeom oppa. You are strong!"

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

Sebulan yang lalu

Seorang lelaki berumur 50an memandu ke arah satu jambatan untuk ke seberang dalam hujan yang agak lebat. Pada masa itu juga,isterinya ternampak satu susuk tubuh yang kelihatan lemah sekali. Seorang gadis basah yang amat berjalan dan mukanya pucat serta badannya terketar-ketar kerana sejuk. Melihat gadis itu tiba-tiba pengsan, si isteri meminta suaminya memberhentikan kereta untuk selamatkan gadis tersebut.

"Sayang,tengok ada orang pengsan. Berhenti dulu"

Si isteri mengambil payung yang berada di tempat duduk belakang dan keluar dari kereta sambil memayungi diri mereka berdua

"Kita bawa dia ke hospital,sayang" pinta si isteri dengan muka resah dan suaminya mengangguk lantas mengangkat gadis yang dalam 20an itu masuk ke dalam kereta dan terus ke hospital.

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

Sekarang

"Terima kasih,Hyunji"

Gadis yang dipanggil Hyunji itu mengangguk dan senyum kecil. Satu makan malam di rumah keluarga Im bersama keluarga Bae diadakan untuk mereka berbincang tentang majlis perkahwinan anak mereka, Im Jaebeom dan Bae Suzy.

"Jadi Tuan dan Puan Im,awak berdua dah setuju dengan cadangan kami,nak buat majlis perkahwinan yang gemilang untuk mereka ni?" Tanya Tuan Bae kepada suami isteri itu disertai dengan gelak kecil. Isterinya yang berada di sebelah tersenyum.

"Kami terima dan ini kan majlis anak sulung kami jadi saya mahu majlis ini istimewa untuknya" balas Tuan Im. Jaebeom hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia malas nak ambil tahu tentang persiapan majlis itu. Dia serahkan semuanya kepada orang tuanya.

"Baguslah macam tu! Hehe. Jadi,bila tarikh majlis tu. Tuan dan Puan Im dah tentukan?" Tanya ayah kepada Bae Suzy itu sekali lagi.

Kali ini,soalan itu dijawab oleh Puan Im.

"Macam mana,2 minggu lagi?"

Tuan Bae memandang isterinya,meminta pendapat dan Puan Bae mengangguk tanda setuju.

"Kami setuju!"

Makan malam itu meriah sekejap dengan gelak ketawa dari
kedua-dua lelaki berumur itu. Suzy yang berada di sebelah ibunya berbisik

"Eomma,kenapa 2 minggu lagi? Lambatlah"

"Ish kamu ni. Gelojoh. Sabar lah. Elok lah,dalam 2 minggu ni kamu rapatkan lagi diri kamu tu dengan Jaebeom. Lagi senang"

"Eomma ni. Kami memang dah rapat pun. Dah macam suami isteri,kan sayang?" Kata-kata itu dikuatkan agar Jaebeom dapat dengar. Lelaki muda yang duduk bertentangan dengan Suzy itu pula hanya tersenyum senget sambil menongkat dagunya merenung mata Suzy dalam-dalam.

Di dapur

Senyap saja ruang dapur itu. Hanya bunyi air yang keluar dari paip menguasai kesunyian ruang itu. Hyunji dengan hati yang agak sebak hanya diam membasuh pinggan. Hatinya juga terpaut pada Jaebeom kerana personaliti anak muda itu yang tegas,berpendirian tetapi agak panas baran. Mahu sahaja air matanya jatuh tapi ditahan. Apa dia boleh buat,bagi Hyunji tidak layak orang gaji dan berstatus bawahan sepertinya menjadi isteri kepada anak seorang hartawan yang terkenal.

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

2 minggu kemudian

Majlis perkahwinan antara Jaebeom dan Suzy bermula. Sudah ramai tetamu yang dikalangan mereka berpangkat tinggi,Dato,kawan-kawan Tuan Im dan Tuan Bae berkumpul di situ. Mereka sekeluarga sedang menunggu Suzy untuk melangsungkan majlis tersebut.

"Erm,Puan Bae. Mana Suzy? Dah dekat 7 minit kita tunggu dia" tanya Puan Im.

Dengan muka yang resah,Puan Bae menjawab "Nanti dia datanglah. Sikit lagi puan. Sekejap eh"

Puan Bae menjauhkan diri dari mereka untuk menelefon anak tunggalnya itu. Beberapa saat kemudian,panggilannya diangkat.

"Eomma Suzy kena pergi dulu! Suzy ada hal penting! Maafkan Suzy,eomma!"

'Beep'

"Whatta? Bertuah punya anak!! Dia dah nak kahwin nak pergi ke mana?!" Dalam nada berbisik Puan Bae membebel geram. Suzy larikan diri semasa majlis perkahwinan?

Wajah Puan Bae yang tadi geram bertukar gelisah. Dia berjalan ke arah suaminya dan membisikkan apa yang berlaku

"Apa!!?" Jeritan Tuan Bae itu menyentak semua orang yang berada di situ,termasuk Hyunji yang sedang menolong
pekerja-pekerja menyusun hidangan.

'Kenapa tu?'

'Alah Ji,tak payahlah kau ambil tahu. Kau bukannya sama taraf dengan mereka'

Hyunji menyambung kerjanya semula. Semasa menyusun,matanya terpandang Jaebeom. Nampak segak sungguh Jaebeom dengan tuxedo yang dipakai. Juga tali leher berwarna biru tua. Haha Hyunji suka warna biru. Mengingatkannya pada musim salji,musim kegemaran Hyunji. Sekali sekala,dia berangan dapat berkahwin dengan Jaebeom dalam winter.

Tapi,itu semua takkan menjadi kenyataan.

"Kenapa dia taknak datang sini?! Dah nak mula ni! Bae Suzy!"

"Dia larikan diri ke?!" Tanya Tuan Im.

Continued

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

My first fanfic of Jaebeom! Hope you guys like this 💙❄

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now