💙 HTL 15 💙

78 10 0
                                    

Suasana di dalam wad Hyunji meriah dengan kehadiran keluarga Im yang melawatnya. Gadis itu telah sedar dari tidurnya lama,selama 3 hari.

Itu membimbangkan Jaebeom sebenarnya tapi pada akhirnya dia bersyukur untuk Hyunji.

Berita mengujakan iaitu Hyunji mengandung telah sampai ke pengetahuan yang lain. Tuan dan Puan Im antara yang paling gembira.

Begitu juga Nayeon. Tidak sabar untuk ada anak saudara,itulah apa yang gadis bergigi arnab itu katakan.

"Jadi,bila eonnie boleh keluar?" Tanya Nayeon kepada si kakak ipar. Dia duduk di sebelah Hyunji di atas katil.

"Doktor cakap esok atau lusa"

"Wah! Baguslah kalau macam tu. Oh ya. Yeonie dengan eomma ada rancang nak buat jamuan kecil-kecilan untuk eonnie"

Hyunji tergelak kecil. "Terima kasih. Susahkan Yeonie dengan eomma saja"

"Tak ada lah,eonnie. Memang kami nak buat pun. Eonnie kan sebahagian daripada keluarga ni. Buktinya,eonnie isteri Jaebeom oppa"

Nayeon terus memeluk Hyunji dengan teruja. Dia akui yang dia rindukan gadis itu. Risau yang amat semasa kehilangannya.

Jaebeom tersenyum melihat mereka berdua dari jauh. Dia bersama dengan orang tuanya,berbincang sedikit tentang syarikat Tuan Im.

Lantas,Jaebeom mendekati Hyunji dan Nayeon.

"Nak join juga. Boleh?"

"Oppa ni sibuk lah. This is girls time okay?" Ujar Nayeon.

"Apa-apalah. Pergi kat eomma dengan appa. Oppa nak cakap dengan eonnie. Personally "

"Yelah. Personally lah sangat" sempat gadis itu memerli si sulung. Hyunji hanya terus tersenyum melihat telatah adik- beradik itu.

"Sayang"

Jaebeom mendakap Hyunji secara tiba-tiba membuat gadis itu tersentak.

Hyunji merasakan bahunya basah.

"Kenapa ni oppa? Kenapa oppa nangis?"

"Ma-maaf...hiks...maaf sebab tak dapat lindungi Hyunji...oppa lemah...maafkan oppa hiks.."

"Oppa...bukan salah oppa...benda dah jadi. Jangan cakap macam tu kat diri oppa. Hyunji tak marah langsung. Tuhan sayang Hyunji. Dia akan selalu lindungi Hyunji. Paling menggembirakan kita semua" kata-kata itu terhenti dengan ketawa kecil Hyunji yang comel.

"Oppa tahu. Mulai saat ni,oppa akan jaga Hyunji dan anak kita baik-baik. Oppa takkan biarkan kita terpisah lagi"

Jaebeom yang masih sebak itu meletakkan kepala di atas bahu sang isteri,berdoa tiada apa-apa yang akan berlaku lagi.

_____________

2 tahun kemudian

Seorang wanita berjalan dengan megah,mengenakan dres putih berpolkadot merah,kasut tumit tinggi merah,berkaca mata hitam dan straw hat di atas kepala.

Senyuman terukir lebar di bibir dengan mata meneroka setiap sudut bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kelihatan sedikit perubahan berbanding dahulu.

Bae Suzy melangkah ke arah pintu utama bersama dengan bagasi di tangan.

"Welcome back,Bae Suzy. Im Jaebeom,I'm coming"

_____________

Flashback on

Sebaik sahaja lari dari majlis perkahwinannya bersama Jaebeom,Suzy cepat-cepat mengemas barangan dan pakaiannya.

"Bae Suzy!! Apa kamu buat ni?! Kamu nak ke mana?!"

Tuan Bae masuk ke dalam bilik anaknya diikuti oleh Puan Bae,menengking gadis itu.

Suzy menggulingkan matanya dengan rasa menyampah. Tanpa menghiraukan ibu dan bapanya,dia meneruskan kerja.

Selesai mengemas,dia berlalu begitu sahaja,tidak mempedulikan Tuan dan Puan Bae

" BAE SUZY! I'M TALKING TO YOU!"

"Dahlah appa. Suzy dah bosan dengan semua ni. Suzy dah jumpa orang lain. Yang lebih kaya dari Jaebeom tu"

Sampai di pintu rumah,seorang lelaki melambai ke arah Suzy.

"Nickhun!"

"Sayang,jom! Nanti terlepas penerbangan!"

"Okey!"

"Suzy! Kamu mahu ke mana???"

Suzy tidak melayan panggilan ibunya malah berlari ke arah kekasihnya dan masuk ke dalam kereta.

"Suzy!! Jangan tinggalkan eomma,sayang!"

Flashback off

______________

Rumah tersegam lama ditatapi dengan wajah sendu. Kelihatan kesan retak di sekitar dinding rumah itu.

Suzy menarik nafas dalam. Dia berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah lama,rumah yang penuh memori indah bersama ibu bapanya dahulu sebelum melarikan diri bersama Nickhun ke New York.

Suzy boleh lihat kolam ikan milik Tuan Bae yang kelihatan agak lama,sudah tidak ada ikan-ikan mahupun air di dalamnya.

"Mungkin appa dah jual ikan-ikan tu" gumam Suzy.

Pintu rumah dibuka. Bulu roma Suzy meremang kerana aura yang dirasai di dalam rumah itu. Sunyi. Seperti tiada penghuni.

"Eomma! Appa!"

"Eomma!"

"Appa!"

"Siapa bising tu?!"

Puan Bae yang kelihatan tidak bermaya,terpandang pada Suzy.

"Eomma...." Suzy menjadi sebak.

"Siapa kamu?" Puan Bae yang berada di tingkat atas menuruni tangga mendekati wanita itu.

Semakin dekat,semakin jelas penglihatan Puan Bae. Baginya,wajah itu familiar di mata.

"Suzy? Anak eomma?"

Air mata Suzy terbentuk. Dia mengangguk laju.

"Suzy! Anak eomma! Kamu balik juga!"

Wanita paruh baya itu terus memeluk anak gadisnya. Air mata jatuh dengan galak. Begitu juga dengan Suzy. Pelukan bertambah erat. Rindu yang membebani mereka berdua akhirnya hilang.

"Appa mana? Suzy nak jumpa dia. Suzy rindu sangat dengan dia"

Senyuman Puan Bae menjadi pudar. Perlahan-lahan dia melepaskan Suzy.

"Dia..."

_____________

Suzy memandang kubur Tuan Bae dengan rasa sebak yang begitu hebat. Ada juga rasa bersalah di dalam diri,menyesal dengan tindakannya dahulu.

Dia melutut,mengusap perlahan batu nisan milik ayahnya sambil diperhatikan oleh Puan Bae.

"Appa...Suzy dah pulang. Suzy nak minta maaf dengan appa sebab degil...Suzy tahu ini semua salah Suzy...Suzy harap appa maafkan Suzy..."

Tuan Bae meninggal dunia kerana serangan jantung. Stres,tekanan kerana kerja dan tabiat buruknya,merokok serta memikirkan Suzy selalu ialah puncanya.

Langit mula mendung menandakan hujan akan turun.

"Sayang,jom balik"

Suzy memandang ibunya dan mengangguk. Kawasan makam itu ditinggalkan dengan rasa sedih yang mendalam.

__________

TBC

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now