💙 HTL 13 💙

89 13 0
                                    

Cahaya matahari pagi menerobos masuk ke dalam bilik Jongin melalui tingkapnya.

Hyunji yang tangannya diikat pada tiang di tengah-tengah bilik itu membuka mata perlahan.

Baru dia sedar yang dia tidak berada dalam rumahnya.

"Arghh...aku...aku ada kat mana ni..."

Hyunji cuba untuk mengenali tempat itu tapi tidak boleh kerana sakit kepala yang menguasai.

"Awak dalam bilik saya,Hyun"

Hyunji berpaling dan matanya terbuntang melihat Jongin di hadapannya dengan senyuman sinis terpapar di muka.

Jongin berjalan ke arah Hyunji dan mencangkung depan gadis itu. Rambut Hyunji yang sedikit serabai itu dibelainya dengan lembut.

"Ke-kenapa kau bawa aku ke sini?? Apa sa-salah aku??" Tanya Hyunji dengan takut. Wajah Jongin langsung tidak dipandangnya.

"Kan saya dah cakap. Hyun ialah milik saya,Kim Jongin. Mana-mana lelaki takkan boleh miliki awak. Hanya saya seorang sahaja"

"Ta-tapi aku ni isteri Im Jaebeom. Kan kau dah tahu tu?" Ujar Hyunji lagi. Dia cuba untuk bertenang.

Jongin bertukar marah mendengar kata-kata Hyunji tadi. Dia benci mendengar nama Jaebeom. Lantas rambut gadis itu ditariknya menimbulkan jeritan kecil Hyunji.

"Aku peduli apa?! Aku seorang je yang boleh dapatkan kau! Hanya aku seorang! Kau tak faham bahasa ke?!"

Jongin menghentak kepala Hyunji pada tiang bilik sehingga gadis itu menangis. Rasa pening dan sakit bercampur. Darah segar mengalir dari atas kepala Hyunji.

"Hyu-Hyunji! Maaf sayang maafkan Jongin. Tunggu sekejap Jongin pergi ambil ubat"

Dengan muka resah,Jongin berlalu ke dapur untuk mengambil peti kecemasan.

_____

"Aku peduli apa?! Aku seorang saja yang boleh dapatkan kau! Hanya aku seorang! Kau tak faham bahasa ke?!"

Sehun yang berdiri di luar bilik Jongin hanya mampu melihat Hyunji kesakitan akibat kepalanya dihentak.

Rasa kasihan dan rasa bersalah mula timbul dalam dirinya. Oh Tuhan,apa yang aku dah buat?

Selepas Jongin keluar dari bilik,Sehun pula masuk ke dalam. Dia mendekati Hyunji.

"Kau-kau siapa?! Apa kau nak pulak?!"

"Jangan risau..aku takkan apa-apakan kau. Aku cuma nak tengok keadaan kau je" jawab Sehun dengan dingin.

Dengan muka takde perasaan dia pandang Hyunji.

Jongin kembali. Dia membuka peti kecemasan dan merawat Hyunji. Begitu lembut sekali perlakuannya pada Hyunji ketika itu.

"Dah siap. Hyunji dah okey?" Tanya Jongin tapi Hyunji menggeleng lemah.

"Tolonglah lepaskan aku...aku nak balik..."

Jongin menjadi gelabah. Dia tidak mahu Hyunji pergi tapi dia juga tidak mahu berkasar pada gadis itu.

Dah macam orang gila Sehun tengok.

"Shush jangan cakap macam tu. Baiklah,maafkan Jongin pasal tadi eh? Hyunji tidur dulu"

Jongin bangun dan membuka ikatan Hyunji. Apakan daya gadis itu,dia masih tidak mampu bergerak untuk melarikan diri.

Dia turut sahaja arahan Jongin itu asalkan dia tidak diapa-apakan.

Jongin mengangkat bridal style Hyunji dan membaringkan gadis itu di atas katilnya.

Sempat juga Jongin mencium dahi Hyunji.

¤~¤

"Macam mana Hyunji boleh kena culik?!"

Tengkingan Tuan Im memenuhi ruang rumahnya pada pagi itu. Puan Im,Nayeon dan Namjoon hanya diam.

Namjoon diberitahu oleh kawan baiknya itu tentang apa yang berlaku pada Hyunji.

"Beom masa tu baru balik dari pejabat. Tengok-tengok ada dua orang lelaki cuba bawa dia lari. Jaebeom dah lawan diorang tapi-aish!"

"Yeobo,apa yang perlu kita buat sekarang??" Gelisah benar Puan Im. Nayeon hanya menunduk sedih mengingati kakak iparnya.

"Kita...buat laporan polis" jawab Tuan Im.

"Tapi ahjussi,kita kena tunggu sampai 24 jam baru boleh buat laporan polis" sampuk Namjoon.

Tuan Im kelihatan buntu. Dia amat risau akan keadaan menantu dan anak angkatnya sekarang.

Aku kena cari Hyunji,walau apa cara sekalipun,gumam Jaebeom dalam hati.

Lelaki itu mencapai kunci keretanya dan berjalan laju ke arah pintu utama.

"Abang! Abang nak ke mana??" Soal Nayeon dengan tangisan kecilnya.

"Abang nak cari isteri abang. Nak selamatkan dia dari mamat-mamat jahanam tu"

"Aku ikut! Aku taknak apa-apa berlaku kat kau" Namjoon terus berdiri. Jaebeom mengangguk lalu keluar dari rumah diikuti kawan baiknya.

"Oh Tuhan,lindungilah anak dan menantuku serta kawannya" Puan Im berdoa.

_______

Sehun termenung di atas sofa memikirkan Hyunji. Dia memang rasa bersalah sekarang. Televisyen di hadapannya dibiarkan hidup.

"Apa yang aku dah buat ni? Aku sepatutnya tak tolong Jongin. Tapi--haih! Dia tu kawan baik aku..."

"Apa yang kau bebelkan tu?"

Sehun tersentak dengan pertanyaan Jongin. Dia menoleh ke belakang dan menggelengkan kepalanya.

"Tak-takde apa-apa lah. Cuma teringatkan eomma aku" tipu Sehun.

Sebenarnya dia juga rindukan ibunya yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu akibat kanser rahim. Meninggal pada usia tua.

"Ouhh. Ni aku nak pergi beli sarapan untuk kita. Kau tolong jagakan Hyunji sekejap. Tapi kau jangan sentuh dia"

"O-ok. Faham-faham"

Jongin tersenyum. Dia sangat mempercayai Sehun yang kawan baiknya itu takkan mengkhianati dirinya.

Sebaik sahaja Jongin hilang dari pandangan,Sehun mematikan televisyen. Dia berjalan naik ke atas bilik Jongin untuk melihat keadaan Hyunji.

Gadis yang sedang tidur itu diperhatinya dari luar. Sekarang dia rasa bersalah pada dua orang,Hyunji dan mendiang ibunya.

Sehun masih ingat akan pesan ibunya. Puan Oh memberitahu jangan melakukan perkara buruk pada orang lain dan jangan jadi jahat.

Air mata Sehun mengalir.

"Eomma...maafkan Hun...Hun dah buat eomma sedih dengan apa yang Hun dah lakukan...maaf sangat.."

"Hyunji ah...aku akan bawa kau keluar dari neraka ni dan aku pun nak lari dari tempat ni"

"Maafkan aku,sahabat. Tapi aku dah janji dengan mendiang eomma aku. Aku taknak teruskan kerja bodoh ni"

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now