💙 HTL (Ending) 💙

76 8 1
                                    

"Jongin! Kau mana?!" Jaebeom menjerit memanggil nama lelaki itu. Satu lampu dihidupkan. Menampakkan susuk tubuh Feng Er yang diikat di kerusi. Mulutnya diikat. Si kecil itu tertidur kerana keletihan dan kelaparan.

"Fenge Er sayang!"

Hyunjin mahu mendapatkan anak sulungnya namun dihalang oleh Jaebeom.

"Sabar dulu sayang"

"Tapi Feng Er ada kat situ. Takkan kita nak biarkan dia kat situ saja"

"Tunggu saja"

Niat Hyunji terbantut. Baru dia sedar dalam saat genting sebegini dia perlu mendengar kata suaminya.

"Baik,maaf oppa"

"Jongin! Aku tanya mana kau?! Keluarlah!"

Jauh di sudut gudang,ada seorang lelaki berhoodie hitam. Selubung hoodie itu menutup kepalanya. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Senyuman sinis terukir. Wajah Jongin kelihatan tatkala dia berjalan ke arah Feng Er dan berdiri di belakang kanak-kanak itu.

Jaebeom menarik Hyunji ke belakangnya. Gadis itu pula sudah takut melihat muka Jongin yang mencengkung dan ada lingkaran hitam di bawah matanya.

"Bagi aku isteri kau tu dulu. Baru aku bagi anak kau ni"

"Beritahu aku sebab kenapa aku kena serahkan Hyunji pada kau"

"Sebab dia KEKASIH AKU! AKU CINTA PERTAMA DIA! AKU YANG SUKA DIA DULU!

Sepatutnya perempuan tu jadi milik aku! Aku yang sepatutnya jadi suami dia! Bukan kau! Tapi kau tu penyibuk! Rampas dia dari aku!"

"Tapi dah ditakdirkan aku berkahwin dengan dia! Kau buat apa cara sekalipun dia tetap hak aku! Dia ialah Im Hyunji sekarang! Dan kau tak boleh ambil dia dari aku!"

Jongin mendengus. "Baiklah. Kau ambillah anak kau ni"

Jongin membuka ikatan di mulut dan pada diri Feng Er. Jaebeom sempat menyelamatkan si kecil itu daripada jatuh ke lantai.

"Feng Er" Jaebeom cepat-cepat membawa anak sulungnya jauh dari Jongin.

"Tapi takdir boleh diubahkan??" Sekali lagi senyuman sinis Jongin sekali lagi terukir.

Jaebeom memandang Jongin dengan hairan. "Maksud kau?"

Secara tiba-tiba Suzy menekup muka Hyunji dari belakang dan menarik gadis ke arah Jongin. Pemuda itu terus melingkari tekak Hyunji.

"Oppa!"

"Berani kau! "

"Bodoh juga kau ya,Jaebeom. Mesti kau tak terfikir apa yang aku akan buat ni. Yelah sebab dalam kepala kau tu ada Feng Er saja hahahahaha!" Jongin menjilat tekak Hyunji membuatkan gadis itu berasa jijik dan ketakutan.

"Tolong. Jangan buat macam ni. Hyun merayu sangat"

"Memang patut kau kena! Dahlah tak sedar diri! Orang gaji! Lepas tu kahwin dengan dia!"  Suzy pula menyampuk sambil menarik rambut Hyunji dengan penuh dendam. 

"Habis tu?! Kenapa kau lari masa kita nak kahwin!?" - JB

"Ah! Kau tak payah tahulah! Benda dah lepas! Cinta aku pada kau dah lama pudar! Sekarang dendam yang memenuhi ruang hati aku! Eomma dan appa kau tu memang tak suka bersabar eh? Dasar bodoh!!"

"KURANG AJAR!!"

Selangkah dibuat oleh Jaebeom,Jongin terus mengacukan pistol di kepala Hyunji.

"Aipp. Bersabarlah. Panas baran juga kau ya? Kenapalah kau kahwin dengan lelaki macam ni? SEPATUTNYA KAU KAHWIN DENGAN AKU!"

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now