💙 HTL 17 💙

59 7 2
                                    

Suasana di dalam bilik tidur gelap. Mata Jaebeom terarah ke atas siling. Kipas siling berputar meniup rambutnya yang masih basah kerana baru sahaja mandi. Kedua belah tangan diletakkan di bawah kepala. Bunyi air paip hujan dari bilik air langsung tidak menganggu renungan lelaki itu. Kejadian yang berlaku pagi tadi terimbas kembali dalam ingatannya. Dia langsung tidak menyangka dia akan bersemuka dengan Suzy. Yang hanya dia tahu Suzy telah kembali setelah Hyunji memaklumkan perkara itu kepadanya.

Hyunji keluar dari bilik air. Dia juga baru sahaja menyegarkan diri. Feng Er telah tidur di katil kecil bersebelahan katil mereka berdua. Hyunji ternampak suaminya termenung ke atas siling. Sambil berjalan ke arah Jaebeom,rambutnya dikeringkan dengan tuala. Hyunji berasa pelik.

"Sayang"

Jaebeom tersentak. Dia terus duduk dari pembaringannya dan mengukir senyuman.

"Ya? Hyunji nak apa?"

"Oppa okey? Nampak macam ada masalah je" soal Hyunji.

"Oh...oppa baik-baik sahaja. Cuma...Hyunji pernah beritahu oppa pasal Suzy dua hari lepas. Kan?"

Pengeringan rambut Hyunji terhenti. "Ya...ada. Kenapa?"

"Dia datang pejabat oppa pagi tadi"

Hyunji hanya diam. Dia menjadi tidak sedap hati. Jangan fikir benda buruk pasal Suzy tu dulu,Ji. Tak baik,pujuk hati Hyunji.

"Lepas tu?"

"Dia nampak terkejut sangat bila nampak oppa. Dia terus peluk oppa. Dia kata dia rindukan oppa. Dia rasa bersalah sebab curang"

Curang? Ish mengada betul perempuan tu,marah batin Hyunji.

"Tapi oppa buat tak endah je. Sebenarnya,oppa betul-betul kecewa dengan Suzy. Sanggup dia curang dengan oppa. Tapi,oppa berterima kasih dengan dia juga sebab kalau dia tak larikan diri,mesti oppa takkan berkahwin dengan gadis manis dan baik macam sayang ni. Feng Er pun mungkin takkan ada dengan kita sekarang"

Kata-kata itu dihambur lembut kepada sang isteri dengan satu cubitan manja di dagu Hyunji. Wanita muda itu tersenyum dan juga tergelak kecil.

"Oppa tahu sayang cemburu. Kan? Kan? Nampak tadi muka sayang merah" Jaebeom tergelak. Hyunji mencemberutkan wajah. Dia mencubit lengan Jaebeom membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Padan muka"

Akibat dari aduh si Jaebeom,Feng Er terjaga dan menangis.

"Alamak"

Hyunji bangun dan mendukung anak sulung mereka. Jaebeom tersenyum terharu melihat Hyunji mendodoikan Feng Er. Dia tahu perancangan Tuhan adalah yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya. Dia juga bersyukur kerana Tuhan telah menunjukkan perangai buruk Suzy sebelum gadis itu menjadi isterinya.

______

Kelihatan Namjoon dan Jaebeom sedang membincangkan sesuatu di dalam pejabat persendirian Jaebeom. Jaebeom duduk manakala Namjoon berdiri di sebelahnya dengan jari telunjuk menunjukkan sesuatu di atas sehelai kertas yang besar. Sebuah projek barangkali. Kosentrasi mereka berdua terganggu dek ketukan pintu.

"Tuan Im,cik Fei nak berjumpa dengan Tuan" - PA Lee

Jaebeom menggulingkan matanya. Tapi dia tidak boleh halang atau marah Fei untuk masuk. Wanita itu tidak ada apa-apa kesalahan dengannya. Jaebeom mengangguk dan menyuruh Fei masuk. Namjoon juga kenal Fei. Rakan sepejabatkan kan.

"Selamat pagi,Tuan Im,Encik Kim"

"Awak nak apa?" Soal Jaebeom dengan suara yang sedikit meninggi. Namjoon mengetuk perlahan bahu kawan baiknya.

"Apa?"

"Hormatlah sikit"

Kenapa? Fei lebih tua dari Jaebeom.

Jaebeom mendengus. "Cik Fei mahu apa?"

Fei tersenyum kecil dengan penuh pengharapan. "Saya nak mohon,Tuan. Bagilah Suzy kerja di sini"

Jaebeom menjeling Fei. "Kenapa saya kena bagi dia kerja di sini? Awak tak nampak macam mana saya layan dia kelmarin? Cik fikir saya akan setuju nak beri dia kerja?"

Ya,rasa marah masih belum hilang. Dia terus geram dengan diri Suzy. Perasaan nak balas dendam pun ada. Tapi Hyunji pernah berpesan tidak elok bermain dengan dendam dan sudah tentu kata-kata isterinya itu betul.

"Tapi berilah peluang kepada dia. Bapa dia telah meninggal dunia. Ibu dia pula sakit dan ditahan di hospital. Kasihanilah dia,Tuan" Fei merayu dengan sayu sekali. Namjoon menjadi kesian. Tapi tidak bagi Jaebeom. Jadi,Tuan Bae dah meninggal dunia. Puan Bae pula sakit. Padan muka,fikir Jaebeom. Senyuman sinis terbentuk.
Baiklah,bagilah peluang kan? Kasihanilah dia juga,Im Jaebeom.

"Okey,kalau macam tu saya terima dia kerja di sini. Tapi! Dia kena jadi tukang cuci dan tukang sapu di syarikat ni. Itu sahaja satu-satunya kerja yang ada"

Fei memandang Jaebeom. Senyumannya melebar. Dia menunduk hormat berkali-kali dengan mengucapkan terima kasih. Lantas itu,Fei terus beredar. Namjoon yang berada di samping merendahkan diri,sama tinggi dengan kerusi kerja Jaebeom.

"Amboi. Baik hati pula kau hari ni. Ada apa-apa ke?"

Jaebeom tidak menjawab. Malah dia hanya terus dengan senyuman sinisnya. Namjoon melihat Jaebeom dengan pelik.

'Dah kenapa dengan kawan baik aku ni?'

________

Kelihatan seorang lelaki bertubuh kurus dan muka yang cengkung duduk memeluk kedua belah kakinya di satu sudut di dalam sebuah bilik. Dia kelihatan sangat tidak terus. Matanya hanya terarah ke satu gambarnya bersama seorang lagi lelaki.

"Sehun...maafkan aku...aku tidak sengaja nak tembak kau..."

Matanya beralih pula ke arah satu gambar seorang gadis yang kelihatan ceria. Dia perlahan bangun dan mendekati gambar itu. Ibu jari mengusap foto itu dengan lembut. Senyuman gembira muncul.

"Hyunji sayang...mana awak? Jonginie rindukan Hyunji..."

Namun,apabila teringat semula kejadian dimana dia ternampak Hyunji bersama Jaebeom di sebuah pusat membeli belah,amarah mula menaik. Dia mengambil gambar Hyunji dan mengoyakkannya.

"Aku akan cari kau,Hyunji! Sampai dapat! Tak kira apa cara sekalipun! Kau tetap milik aku!"

______

TBC

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now