Bab 62

6.6K 194 11
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••    

    Semenjak pulang ke Villa mama dan papanya, Intan Zulaikha hanya berkurung di dalam bilik. Sepertinya tiada sesiapa pun yang menyedari kepulangan Intan Zulaikha disitu kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan Akram. Sudah pedih hidungnya saat ini kerana asyik menangis sedari tadi.

     Pintu biliknya diketuk, terkuak wajah Akram yang berkerut hairan melihat adiknya itu sedang berbaring di atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal. Mujur dia perasan kereta Intan Zulaikha sewaktu dia mahu memasang bunga manggar di luar pagar.

     "Sayang!" Akram dah hempas punggung di atas kaki Intan Zulaikha.

     "Don't call me sayang! " Intan Zulaikha menjerit namun mukanya masih tertutup. Aduh sakit tulang keting kaki aku! Intan Zulaikha menjerit di dalam hati.

     "Aik, kenapa sayang abang marah-marah ni?" Akram dah menguis-guis bucu bantal Intan Zulaikha. Bila-bila masa je dia nak tarik bantal yang berada di muka Intan Zulaikha itu.

     "Leave me alone!" Intan Zulaikha menepis tangan Akram. Esakannya masih bersisa mengenangkan perilaku suami sendiri.

    "Tak nak!" Laju Akram menarik bantal di muka adiknya itu. Terkejutnya dia melihat merah sahaja muka Intan Zulaikha seperti baru menangis.

    "Jangan kacau Ikha lah abang Am! Abang tak kerja ke?" Intan Zulaikha berpaling dan tidak menghiraukan Akram yang sudah berkerut risau.

     "Abang kan dah start cuti kahwin. Sayang kenapa ni? Did something happen to you? Ralph ada buat apa-apa ke?"

     Intan Zulaikha terkedu. Haila takkan lah nak mengadu pulak. Dia tidak bisa memperlakukan Hafiz Rafael seperti bukan seorang suami. Apa yang berlaku adalah aib suaminya yang perlu dia jaga kerana dia masih isteri kepada Hafiz Rafael.

     "Jangan panggil Ikha sayang! Pergilah panggil kak Maira sayang. Dia kan nanti jadi isteri abang! Ikha sedih sebab nanti abang Am nak kahwin dah. Tak ada siapa nak jadi sidekick Ikha nanti? Ikha nak gaduh dengan siapa lagi?" Bohong Intan Zulaikha. Mukanya sudah sehabis baik dia tayang riak cemburu dan mengada-ngada terhadap Akram.

      Akram dah tepuk dahi sambil ketawa. "Lah, ni kes sebab jeles lah tu abang kahwin. Habis tu dulu masa Ikha kahwin ingat abang tak jeles ke? Abang tak habis buli Ikha. Dah Ikha jadi hak orang lain."

     Intan Zulaikha sudah memuncung. "Nanti abang dah tak sayang dekat Ikha."

     "Kenapa tak sayang pulak? Ada beza ke selama ni? Mama, Umaira dengan Ikha perempuan terpenting dalam hidup abang tau."

     "Beza! Lepas ni Ikha tak boleh keluar masuk bilik abang senang-senang. Kalaulah kak Maira tahu abang ni kuat mengigau siap mengigau bagi tabik hormat sambil cakap BAIK TUAN! lagi tu.." Intan Zulaikha ketawa mengusik. Sengaja mengusik Akram yang akan mengakhiri zaman bujangnya itu. Sedikit sebanyak hatinya lega tatkala berbicara dengan abangnya.

     "Hamboi, melebih!" Akram dah tutup mulut Intan Zulaikha. Makin banyak pulak rahsia yang mahu dibocorkan adiknya itu. Mujur Umaira tiada bersama mereka. Intan Zulaikha ketawa sebelum mengigit tangan Akram sekuat hati.

     "Auchhh, sakit tangan mak." Akram dah buatbuat suara macam mak nyah.

     "Padan mukaaaa! Euwww..Tak payah nak jadi nyah sangat, geli anak tekak." Intan Zulaikha sudah buat riak geli geliman. Laju tangan dia menumbuk dada bidang Akram sebelum berlari keluar. Hambek sedas!

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now