Bab 21

6.2K 226 3
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Puas dia cuba untuk melelapkan mata namun gagal. Entah kenapa dia asyik teringat wajah Intan Zulaikha. Bergolek ke kiri, kanan namun tetap sama. Dah lah pagi nanti jadual dia padat dengan latihan terjunan payung lagi.

      Tanpa membuang masa, Iqbal Shafique keluar kearah balkoninya. Terasa mahu mengambil angin malam sebelum melelapkan matanya kembali.

      Intan Zulaikha turut sama sukar untuk melelapkan mata. Hampir sejam dia meluangkan masa mengambil angin malam diluar balkoninya sambil membaca buku motivasi 'Woman from Venus, Man from Mars'. Entah macam mana sewaktu dia sedang mengeliat meregangkan urut badannya kerana terlalu lama duduk dikerusi, penanda buku esklusif yang diberikan oleh doktor Nadia yang ditempah khas dari Turki terjatuh di hujung balkoni.

       Intan Zulaikha terkejut, cepat-cepat dia melihat. Melilau matanya mencari, mana tahu boleh diselamatkan lagi. Namun gayat pula dia melihat kebawah. Apartment dia berada sekarang di tingkat tujuh.

       Iqbal Shafique yang baru keluar kearah balkoninya terkejut saat melihat perilaku Intan Zulaikha seperti ingin terjun bangunan sahaja. Jantungnya berdegup hebat. Gila ke perempuan ni!

      "Hoi, kau nak bunuh diri ke?!" Tegur Iqbal Shafique.

      Intan Zulaikha terkejut, laju dia menoleh. Ahh, mamat sewel ni lagi!

      "You ni kalau tak menyibuk tak boleh ke?!"

     "Eh, mesti lah aku menyibuk. Kalau kau nak bunuh diri pergi lah cari tempat lain, jangan dekat kawasan ni. Nanti kau jadi hantu, terus haunted tempat ni."

     "Biar lah I jadi hantu, I boleh cekik you tiap-tiap malam."

     "Amboi, kalau ye pon kau nak bunuh diri sebab jeleskan cik dayah goda aku tadi. Fikir lah parents kau. Jangan ikut hati merana kau nanti."

     Intan Zulaikha menjeling. Arghh kenapa lah dia dipertemukan dengan lelaki ini? Tak ada ke lelaki yang tak menyakitkan hati?

      "Hello, I masih waras lagi! Dah, dah shuhhh! Pergi tidur sana." Halau Intan Zulaikha dengan wajah garang.

      "Suka hati aku lah nak tidur ke tak, yang kau tercegat kat situ kenapa? Aku kena pastikan yang kau tak buat kerja gila so kau kena masuk tidur dulu."

      "Degil betul you ni! I nak ambik barang I jatuh dekat situ. Suka hati I lah nak buat apa!" Hambur Intan Zulaikha.

      "Nyawa lagi penting ke barang kau tu? Bagi aku lah kan, nyawa kau tu lagi penting. Kalau apa-apa jadi dekat kau, aku jugak yang susah sebab abang kau kawan aku. Mak ayah kau mungkin bakal mak ayah mertua aku dan kau mungkin bakal isteri aku. Jadi takkan lah aku nak biarkan bakal isteri aku cedera sikit pun? Nanti tiap malam aku nak bermanja dengan siapa? Siapa nak lahirkan anak-anak kita?" Iqbal Shafique sudah tersengih.

       Sengaja sebenarnya dia membebel begitu. Gugur jantungnya saat melihat Intan Zulaikha seolah-olah mahu melompat dari balkoni tadi. Buatnya gadis itu tergelincir? Haila tak sanggup dia bayangkan. Nauzubillahminzalik.

       Intan Zulaikha sudah menbuntangkan matanya. Panjang betul bebelan mamat sewel ni. Memang sah dia sewel, dah lah perasan!

       "Siapa entah nak jadi isteri you, perasan! Dah lah malas I layan you, tidur lagi bagus! Goodnight tuan leftenan! " Laju Intan Zulaikha memasuki rumahnya kembali.

~~~~~~

        Hafiz Rafael pulang awal ke rumahnya hari ini. Entah lah dia tak tahu kenapa dirinya terlalu letih. Mungkin lambakan kerja yang menjadikan dirinya begitu. Sengal-sengal badannya saat ini. Masuk sahaja kedalam rumah, Puan Bella menegur sambil membawa secawan teh.

      "Ralph, awalnya kamu balik hari ni? Selalu selagi matahari tak turun jangan harap batang hidung kamu ada kat dalam rumah ni."

       Hafiz Rafael mengeluh. Mukanya sudah pucat lesu. "Entah lah mama, Ralph rasa tak sedap badan."

      Puan Bella mula berkerut risau. "Ralph tak sihat ke sayang?"

      Hafiz Rafael angguk. "Ha ah mama, Ralph naik dulu lah nak rehat."

     "Ralph tak nak pergi hospital? Risau mama ni."

      "Taknak lah mama, Ralph letih sangat kot. Ralph nak tidur rehatkan badan." Ujar Hafiz Rafael yang berkeras tidak mahu ke hospital. Biarlah dia bukan sakit teruk pun!

     "Kalau ada apa-apa panggil mama okey, mama buatkan bubur untuk Ralph."

      "Thank you mama, sayang mama." Sempat Hafiz Rafael tersenyum tawar sambil mencubit pipi Puan Bella. Puan Bella berdecit namun dia tersenyum juga.

       Masuk sahaja di dalam biliknya, terus dia membuka kotak khas yang terukir nama Intan Zulaikha. Dia ambil keratan gambar Intan Zulaikha yang masih dijaga rapi. Keratan yang membawa kepada berputiknya cinta antara mereka berdua sewaktu zaman sekolah. Sewaktu peristiwa denda main kahwin-kahwin. Bibirnya mengukir senyuman, hilang sakitnya saat melihat wajah yang dirindui dirinya saban malam itu.

      "Abang, mama kata abang tak sihat?" Hainan Syamimi menerpa kedalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Terserlah wajahnya yang berkerut risau akan cinta hatinya itu.

       Hafiz Rafael terkejut. Geram pula dia dengan perangai tak makan saman adik angkatnya itu!

      "Kau tak reti ketuk pintu dulu ke hah?!" Tenking Hafiz Rafael. Rahangnya sudah tegang menahan amarah yang datang bertandang.

      "Okey okey maafkan Mimi. Mimi risaukan abang je. Jangan lah marah." Hainan Syamimi memujuk namun matanya sudah tertacap pada keratan gambar yang dipegang oleh Hafiz Rafael.

       Tiba-tiba dia berasa dilanda perasaan cemburu! Bukannya dia tidak tahu gambar yang dipegang oleh abangnya itu adalah perempuan yang menjadi pujaan lelaki itu selama ini! Hatinya benar-benar iri hati! Kerana dia tahu rahsia yang digengam kemas oleh ibu bapanya mengenai isteri Hafiz Rafael. Kalaulah abangnya itu tahu isterinya masih hidup nun jauh di Malaysia, mesti dia dah lama cari perempuan itu!

      "Siapa yang tak marah kalau kau main suka-suka masuk bilik aku tanpa kebenaran aku!"

       Hainan Syamimi mencebik. Tangannya sudah berpeluk tubuh. "Sampai bila abang nak tatap gambar orang yang dah lama mati hah?"

      "Tolong Mimi, aku minta tolong sangat. Tolong keluar dari bilik aku!" Hafiz Rafael mendengus. Kang kalau dia berkasar nanti papa marah pulak! Ye la anak kesayangan dia!

................

Pendek je eh? Syukur lah anak-anak sekalian😂Enjoy!!!!!!!

MEDIA: My heroin (Intan Zulaikha)

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now