Bab 2

15.5K 518 14
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end. }

••••••

"Bella, how life? Lama tak jumpa." Datin Jamila memeluk erat sahabatnya itu.

"Aku macam ni lah still maintain. Aku cari kau tak jumpa kot, aku pindah sini almost 2 years sebab husband dapat tukar kerja kat Kuala Lumpur ni." Puan Bella tersenyum.

"Lama jugak la dah dua tahun kau kat sini, eh ni anak teruna kau ke? Yang dulu-dulu selalu naik basikal dengan Ikha tu?" Mata Datin Jamila tertacap kearah Rafael.

"Ni la anak teruna aku Hafiz Rafael, mana anak dara kau sorang tu? Tak nampak pun. Mesti dia dah besar." Ujar Puan Bella teruja.

Rafael menegur Datin Jamila dengan sopan santun. "Ikha mana aunty? Lama tak jumpa dia."

Hati Datin Jamila terpaut dengan kesopanan Hafiz Rafael. Kalaulah dapat dijadikan menantu! Apa lah aku duk merepek ni, Ikha tu muda lagi. Takkan aku bagi dia kahwin umur muda-muda macam tu! Hati Datin Jamila kembali menidakkan.

"Hensem dah El sekarang ni ye. Maaflah Ikha tak sihat hari ni. Ada kat bilik." Puji Datin Jamila jujur.

"Sakit apa Jamila?" Puan Bella berkerut risau, bimbang juga apabila mendengar anak kawan baiknya itu ditimpa sakit. Dahulu pun hubungan mereka berdua hampir retak tatkala Intan Zulaikha cedera sewaktu bermain bersama Hafiz Rafael.

Datin Jamila hanya ketawa. " Biasalah masalah orang perempuan."

Mereka sama-sama tertawa, Rafael turut sama tertawa sebelum matanya tertacap kearah potret keluarga Datin Jamila. Terpampang gambar seorang gadis tersenyum indah memakai gaun biru yang dikelilingi tiga orang teruna yang segak dalam pakaian formal. Sememangnya di akui bahawa keturunan Datin Jamila yang berdarah kacukan Arab dan suaminya yang datang dari keturunan Belanda menghasilkan anak-anak yang membesar dengan kacak bergaya dan cantik. Adib, Akim dan Akram tiga nama yang tidak terlalu asing dalam Hafiz Rafael suatu ketika dahulu. Disebabkan peristiwa itu lah hubungan mereka retak, sehingga sekarang Rafael masih merasakan tumbukan padu daripada mereka yang menyalahkan kecuaiannya dalam menjaga Ikha.

"Aunty, tu ke ikha?" Polos Rafael bertanya.

Datin Jamila menalakan pandangan ke arah sorotan mata Rafael. Tergantung indah potret indah milik keluarganya yang baru digantung setahun yang lalu. Datin Jamila mengangguk.

"Tu la anak dara aunty, Intan Zulaikha."

Rafael mengangguk. "Cantik!"

Tanpa sedar mulutnya memuji anak dara Datin Jamila. Rafael tersenyum malu tatkala menyedari keterlanjurannya. Datin Jamila dan Puan Bella hanya ketawa senang hati.

Hafiz Rafael terdiam dan cuba mencerna wajah gadis di potret itu, macam pernah nampak je anak aunty Jamila ni. Budak 6 atas Bestari ke?

~~~~~~

Bunyi hon kereta BMW series 6 yang baru memasuki perkarangan sekolah itu membingitkan telinga. Kelihatan pemandunya turun sambil berkerut geram.

"Baru 10 minit kot takkan dah tutup pagar?" Gadis berbaju kurung sekolah dan berkain hitam itu mengigit bibir. Geram dia dengan pengawas lelaki dan perempuan yang bertugas pada pagi itu atau lebih tepat layak dipanggil junior. Bukan sengaja dia lewat tapi keretanya yang minta disuapkan minyak pagi tadi tatkala levelnya sudah sampai ke tahap kritikal.

Sudahlah duit belanjanya habis mengisi minyak kereta pemberian papanya sempena result STPM pada semester lepas yang begitu memberangsangkan, kini berdepan pula masalah disiplin. Oh minta dijauhkan.

"Maaf kak, kami hanya ikut undang-undang sekolah." Ujar pengawas lelaki yang muka tak berapa nak matang . Mungkin dalam tingkatan 4 atau 5.

"Nama akak apa? Akak dah lambat 10 minit jadi kami akan kenakan denda kat akak." Kata pengawas perempuan yang sedang mencatit sesuatu di buku notanya. Muka bukan main angkuh lagi.

"Suka hati je junior macam korang ni nak catit nama aku ye? Kau ingat aku ni junior macam korang jugak ke?" Tungkas Intan Zulaikha yang sudah bercekak pingang. Sebal sungguh dia rasakan.

"Hei, kenapa bising-bising ni?" Seorang lelaki berbadan tegap dan berkaca mata datang kearah mereka. Nampak macam skema dengan persalinan kot hitam pengawasnya. Kulitnya yang putih dipadankan lagi dengan set mata yang menggoda.

"Abang Rafael, akak ni lambat lepas tu marah kitaorang catit nama dia pulak." Adu pengawas perempuan tadi sambil tergedik manja.

Dia lihat pengawas lelaki disisinya tadi sudah memandang meluat tatkala melihat adegan tersebut. Intan Zulaikha mencuri pandang kearah pengawas yang seusia dengan dirinya itu. Satu perkataan yang menerpa benak hatinya saat ini ialah 'kacak.

Rafael memandang gadis dihadapannya itu dengan pandangan tajam. Tiba-tiba dia rasa teramat marah dengan sikap perempuan tidak bertamadun tersebut yang suka-suka memarahi anak buahnya itu. Lantas kaki diatur menuju kearah perempuan tak cukup inci tersebut.

"Intan Zulaikha, kau dah lambat sekarang kau tak nak mengaku salah pulak?"

Intan Zulaikha mendongak saat nama penuhnya dipanggil, mentang-mentang aku pakai nametag lancar je mulut sebut nama aku kan? Tinggilah pulak mamat ni. Budak kelas sebelah rupanya ketua pengawas kat sini. Selama dua tahun dia bersekolah disini, ini kali pertama dia bertentang mata dengan mamat ni. Kecilnya dunia. Sayang muka hensem tapi mulut boleh tahan punya laser. Tolak markah! Tarik balik hensem tu Ikha!

"Encik Hafiz Rafael, masalahnya saya lambat 10 minit je. Undang-undang sekolah ni cakap paling lambat pun 15 minit after pagar sekolah kena tutup boleh dikira pelepasan lagi so bagi amaran sudahlah, tak perlulah nak catit nama saya bagai." Lancang Intan Zulaikha berkata umpama peguam bela.

Bela diri sebenarnya. Nasib baik dalam peraturan memang tercatat macam tu. Kalau tak, puas juga lah dirinya mencari alasan untuk melepaskan diri. Rafael mengerling gadis cantik bermata lentik dan berbibir mungil yang sedang berhadapan dengan dirinya, perasaan yang meluap marah seakan sejuk membeku tatkala melihat raut wajah yang mendamaikan hati itu. Pelik? Kenapa dia berasa sedemikian?

"Abang Rafael, betul ke peraturan sekolah ada cakap macam tu?" Pengawas gedik tadi sudah menarik-narik lengan Rafael. Intan Zulaikha hanya memerhati dengan perasaan meluat. Sungguh dia rasakan mahu muntah hijau melihat kegedikan gadis itu.

"Ada Erin, awak ni nama je pengawas tak baca ke buku disiplin?" Lelaki yang berada disitu turut menyampuk.

"Kau ni Mirul, boleh jangan sibuk tak?" Erin menjeling Mirul tajam.

"Nama je pengawas, peraturan tu pun tak tahu ke?" Sempat Intan Zulaikha mengomel perlahan.

Rafael yang ralit memandang wajah gadis itu,pantas berdehem. "Okey kali ni aku lepaskan, tapi kalau kau lewat lagi kami takkan teragak-agak ambil tindakan. Faham?"

Intan Zulaikha hanya menganguk acuh tak acuh, tegas bicara lelaki tersebut yang masuk kedalam telinganya. Pantas dia masuk semula kedalam keretanya tanpa mengucapkan terima kasih. Sengaja dia menjeling tajam kearah pemuda itu. Padan muka! Goodbye wish.

Rafael tersengih. "Well, Miss Intan Zulaikha our stories just like to begin. Let start the journey."

...............

Harap yuoll's Enjoy, cik writer tgh berkobar-kobar update.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now