Bab 61

6.4K 173 21
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

    "Then you're wrong! "

     Hainan Syamimi tersengih. Tangannya sudah membaling kasar gambar dirinya dengan Hafiz Rafael sewaktu di London dahulu ke arah muka Intan Zulaikha. Intan Zulaikha mendengus geram dengan tindakan Hainan Syamimi. Suka-suka je nak baling barang dekat muka aku!

     Namun dia tunduk jua dan menterbalikkan gambar yang di lemparkan oleh Hainan Syamimi ke arah mukanya itu. Hatinya saat ini bagaikan pasu yang jatuh retak seribu saat dia melihat gambar mengaibkan antara Hainan Syamimi dan Hafiz Rafael itu. Tangannya mengigil, kelopak matanya mula bergenang. After all of this, this is what I get?! Selepas Hafiz Rafael membuatkan dirinya jatuh cinta, mengapa dia perlu tahu semua perkara ini?

    "Kenapa Ralph buat saya macam ni lepas saya bagi hati saya dekat dia?" Perlahan Intan Zulaikha berkata-kata namun dapat ditangkap oleh Hainan Syamimi yang sedang bergembira di atas kesedihan Intan Zulaikha.

     "Baik kau tinggalkan Hafiz Rafael sebab dia milik aku seorang je! Untuk pengetahuan kau, aku dah mengandungkan anak dia! Dia bukan milik kau!"

      Menderu-deru umpama peluru semua berita yang dia terima selama beberapa hari ini. Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi seperti apa lagi. Pedih! Hatinya pedih dan kecewa dengan penipuan Hafiz Rafael, dengan anak yang dikandung Mimi namun dalam masa yang sama dia masih ada perasaan empati buat suaminya itu.

     Lagi panas telinganya saat mendengar Hainan Syamimi mengatakan bahawa Hafiz Rafael bukan miliknya. Air mata yang ditahan akhirnya menitis jua. Intan Zulaikha sudah terduduk sambil meraup wajahnya. Sumpah wajahnya saat ini sudah sememeh dengan mascara yang telah cair. Dalam diam dia berdoa moga Tuhan memberikan dirinya kekuatan untuk berdepan dengan semua masalah ini.

      Hainan Syamimi tersenyum puas. 'Padan muka kau! Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan Hafiz Rafael. Kalau aku tak dapat dia, kau jugak jangan berangan nak dapat Hafiz Rafael.' Dia menyanyi kecil di dalam hati. 

      Hari itu adalah hari paling bahagia dalam hidup Hainan Syamimi melihat kehancuran cinta suci antara Hafiz Rafael dan Intan Zulaikha. Sekarang biar kau rasa macam mana perasaan kecewa yang aku rasa! Dia hanya membiarkan Intan Zulaikha menangis dan berjalan menuruni tangga. Namun entah macam mana kakinya terpelecot dan dia jatuh tergolek dari empat anak tangga.

     "Arghhhhh!!!!" Jeritan Hainan Syamimi memecahkan sunyi di rumah banglo tersebut.

     Luruh jantung Intan Zulaikha saat mendengar jeritan Hainan Syamimi dan melihat gadis itu sedang jatuh bergolek di depan matanya. Sudahlah dia tengah melayan perasaan kecewa dan patah hati tadi. Tiba-tiba nampak keadaan begitu maunya tak terkejut. Dah la tadi dia sudah berniat mahu gadis itu jatuh tangga. Tidak menyangka niatnya tadi benar-benar termakbul. Pantas dia kesat air matanya dan mendapatkan tubuh Hainan Syamimi.

     "Mimi!!!" Intan Zulaikha memegang tubuh Hainan Syamimi. Makin berdebar jantungnya tatkala dia melihat ada darah yang mula menitis di betisnya. Hainan Syamimi berkerut menahan sakit.

      Hafiz Rafael yang sedang membancuh Nescafe di dapur terkejut saat mendengar jeritan Hainan Syamimi. Laju dia berlari melihat Hainan Syamimi. Alangkah terkejutnya dia melihat Hainan Syamimi sedang berlumuran darah sambil dipegang oleh Intan Zulaikha. Dia risau jika terjadi sesuatu kepada anaknya yang belum dilahirkan itu. Jantungnya berdegup kencang umpama sedang berlari pecut.

     "Mimi!"

      Hainan Syamimi melihat Hafiz Rafael. Dia menitiskan air matanya. Pertama kali lelaki itu sangat caring terhadap dirinya ini.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now