Bab 19

6.5K 229 5
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Habis sahaja waktu kerja, Iqbal Shafique terus memandu kereta Mazda 6 nya menuju kearah hospital SALAM. Mujur juga dia sempat menukar baju kasual. Sengaja dia tidak memberitahu terlebih dahulu kepada Intan Zulaikha bahawa dia telah sampai. Sebenarnya mahu mengushar awek-awek nurse. Gatal!

     "Doktor Zulaikha nak balik dah?" Tegur Emma yang baru sahaja masuk kedalam bilik Intan Zulaikha. Kelihatannya Intan Zulaikha sedang mengemas mejanya.

        Intan Zulaikha angguk sambil tersenyum. "Yup, tapi nak tukar shift dengan doktor Nadia. Doktor Nadia dah sampai?"

      "Tadi saya ada lah nampak doktor Nadia, tapi dia pergi café dulu. Doktor Zulaikha nak tahu tak?"

     "Tahu apa?" Ujar Intan Zulaikha sambil berkerut.

     "Dekat reception sana ada lelaki hemsem! MasyaAllah, SubhanaAllah!"

     Intan Zulaikha tertawa "Lah, saya ingatkan apalah tadi. Ada patient sakit ke apa, rupanya pasal lelaki hemsem awak nak cakap."

     Emma tersengih "Betul lah doktor, dia tengah tunggu seseorang"

     Gulp! Intan Zulaikha menelan air liur nya. Haish takkan lah mamat sewel tu kot. Laju dia mengecheck telefonnya namun tiada sebarang mesej pulak. Dia merasakan makin tidak sedap hati. Usai mengemas mejanya, pantas dia memegang handbagnya. Emma pula sudah membuntuti Intan Zulaikha.

     "Haa, tu lah lelaki hemsem tu." Emma membisik di telingga Intan Zulaikha.

      Arghh! sah mamat sewel tu!

     Iqbal Shafique menangkap susuk tubuh Intan Zulaikha yang berjalan kearah nya. Cantik! Pertama kali dia melihat Intan Zulaikha memakai baju kurung sopan begitu. Sejuk pula mata memandang. Hari tu dah lah pakai baju tidur kaler pink gambar hello kitty. Yang tu bila tengok comel aje, yang ni rasa berdebar pulak.

     Dia tersengih, tiba-tiba idea nak mengusik muncul.

     "Hai sayang! Dah habis waktu kerja?" Iqbal Shafique melaung sambil memandang tepat kearah Intan Zulaikha hingga menarik perhatian nurse yang berada disitu.

     Intan Zulaikha terkejut. Emma yang berada sisinya apatah lagi. Intan Zulaikha memandang kearah belakangnya. Ye la kot-kot mamat sewel ni salah orang. Namun tiada sesiapa disitu.

     "Sayang?" Emma disebelahnya berkerut sambil tersenyum mengusik kearah Intan Zulaikha

    Iqbal Shafique sudah berjalan kearahnya dan berhenti betul-betul di depannya. Pantas Iqbal Shafique melambai tangannya didepan Intan Zulaikha yang berdiri statik macam patung cendana.

   "Sayang, mengelamun pulak dia."

    Intan Zulaikha tersedar. Nurse-nurse lain sudah berbisik-bisik sambil tersenyum termasuklah Emma. Intan Zulaikha rasa macam nak sorok muka je, mamat ni sah sewel! Elok hantar tanjung rambutan je!

     "Tu boyfriend doktor Zulaikha ke? Not bad, my taste."

     "Hemsemnya boyfriend doktor" 

    "Untungnya doktor Zulaikha, pakwe datang ambik." Ada lagi suara menyambung.

     Tak tahu mana nak sorok muka dah, akhirnya Intan Zulaikha menjeling Iqbal Shafique. Dalam hati jangan cakap lah dah rasa geram sangat. Beraninya lelaki itu masuk kawasan Intan Zulaikha dan memalukan dirinya.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now